Thursday, April 26, 2012

'KHATAMUN NUBUWWAH' & TANGKAL AZIMAT?

Apakah yang dimaksudkan dengan 'KHATAMUN NUBUWWAH'? Apakah sebenarnya IA dan bagaimana dengan pengamalannya? Benarkah dengan menjadikannya perhiasan di dalam rumah akan menghindarkan rumah tersebut dari bencana seperti kecurian dan kebakaran. Mohon penjelasan........ Terima kasih. 

Jawapan Waalaikumussalam, maksud khatamun nubuwwah ialah,nabi yang penghabisan/terakhir. Maksudnya nama yang penghabisan menurut sejarah ialah nabi Muhammad SAW. Orang Islam dikehendaki mengamalkan sifat dan akhlak mulia yang ditinggalkan oleh baginda. Di samping itu kita juga dikehendaki memperbanyakkan zikru/ingat Allah dan berselawat kepada Nabi SAW. Perkara ini tidak ada kaitan dengan perhiasan di dalam rumah, apa yang penting kita cuba amalkan sifat dan akhlak mulia baginda sepanjang hayat. 

Di samping itu kita diminta menghidupkan suasana islam di dalam rumah seperti memberi salam,berpakaian secara islam (tidak dedahkan aurat),solat jemaah,membaca al-Quran,membaca doa sebelum dan sesudah makan dan seumpamanya.Insya'Allah jika kita mampu amalkan ia akan dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.Wallahu a'lam. 

Kesaktian Di Balik Tangkal? Kesaktian Di Balik Tangkal? Abu Numair Nawawi B. Subandi http://an-nawawi.blogspot.com/ Ramai yang beranggapan batu delima tertentu memiliki kuasa pendiding, menolak kuasa jahat, menarik rezeki, dan memiliki kuasa penyembuhan.

Ada juga yang mempercayai sesetengah batu delima memiliki khadam (jin penjaga) Fenomena Tangkal Satu fenomena yang amat membimbangkan di kalangan umat Islam hari ini adalah kerapuhan aqidah yang meruncing. Ini antaranya dapat dilihat melalui suburnya amalan-amalan khurafat, tahayyul, bid’ah dan syirik. Di antara contoh mudah yang dapat kita perhatikan adalah suburnya amalan tangkal dan pelaris. Kunjungi dan singgahlah di mana-mana kedai makan orang Melayu atau Mamak, sebahagian besar dari mereka pasti ada menggantung sesuatu di bahagian dinding berdekatan kaunter bayaran. 

Kalau kita perhatikan baik-baik biasanya pada bahagian dinding tersebut mereka gantung dengan sesuatu mungkin sama ada berupa bingkai (frame) berisi kertas kuning atau kilat berwarna perak, gantungan kain hitam atau kuning yang diikat, gambar “wali keramat”, ayat bismillah 7, lambang khatamun nubuwwah, al-Qur’an kecil, cebisan kain kelambu ka’abah, tulisan-tulisan jawi berbentuk formasi aneh, “ayat 1000 dinar”, atau rajah-rajah dan simbol-simbol pelik yang hanya boleh difahami oleh pembuat tangkal. 

Kalau di rumah-rumah pula, masih ramai yang menyimpan dan menggantungkan tulisan ayat al-Kursi di pintu-pintu rumah, botol-botol berisi “bahan pendinding”, keris penjaga rumah, cincin azimat, batu geliga, dan apa-apa jua yang sewaktu dengannya. Masih ramai masyarakat Islam di negara kita hari ini meyakini tangkal-tangkal dan azimat-azimat tersebut mampu menarik kebaikan dan menolak mudharat. Seiring berleluasanya amalan khurafat ini, sebahagian media dan industri perfileman pun turut tidak melepaskan peluang mengambil kesempatan memainkan isu tersebut bagi tujuan mengaut keuntungan. Akhirnya apa yang telah sedia buruk menjadi bertambah-tambah buruk. Terutamanya terhadap pembinaan aqidah kanak-kanak dan remaja hari ini. Tangkal Tiada Manfaatnya Apabila budaya khurafat dan kepercayaan tahayyul seperti ini berleluasa, selagi itulah umat Islam akan terus dilanda kehinaan, kebodohan, kelemahan, dan kerugian. 

Kerana kebergantungan mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala telah bertukar kepada tangkal dan azimat yang tidak mampu berbuat apa-apa tersebut. Disebabkan kejahilan, wang dibelanjakan untuk membeli syirik. Kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ “Sesiapa yang menggantungkan sesuatu (berupa tangkal), maka segala urusannya akan diserahkan kepadanya (kepada tangkal).” (Hadis Riwayat Ahmad, 31/78, no. 18781. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth) Sesiapa yang menggantungkan tangkal, jiwa dan hidupnya akan mudah terganggu dan tidak tenteram. Malah ia telah melakukan pula kesyirikan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
 مَنْ تَعَلَّقَ تَمِيمَةً، فَلَا أَتَمَّ اللهُ لَهُ، وَمَنْ تَعَلَّقَ وَدَعَةً، فَلَا وَدَعَ اللهُ لَهُ “Sesiapa yang menggantung tamimah maka semoga Allah tidak menyempurnakan apa yang dimilikinya, dan sesiapa yang menggantungkan wada’ah, semoga Allah tidak membiarkannya dalam ketenangan.” (Majma’ az-Zawa’id, 5/175. Kata al-Haitsami, “Hadis Riwayat Ahmad, Abu Ya’la, dan ath-Thabrani, para perawinya tsiqah.”. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth) Dalam riwayat yang lain:  مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً، فَقَدْ أَشْرَكَ “Sesiapa menggantungkan tamimah maka dia telah melakukan syirik.” (Majma’ az-Zawa’id, 5/175, no. 8399. Kata al-Haitsami para perawinya tsiqah. Dinilai sahih oleh al-Albani) Tamimah adalah seperti tali (atau kalung) yang digantungkan pada tubuh sebagai azimat atau tangkal bertujuan mendapatkan kebaikan dan mencegah perkara-perkara berbahaya sama ada sihir, gangguan, penyakit, atau lain-lain. Biasanya diikat pada tangan atau dikalungkan pada leher anak-anak kecil. Wada’ah adalah bahan-bahan berupa cengkerang seperti kulit siput atau kerang yang diambil dari laut kemudian dijadikan sebagai kalung bertujuan menjaga diri dari gangguan dan bahaya. Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah meriwayatkan dalam Tafsirnya: دخل حذيفة على مريض، فرأى في عضده سيرًا فقطعه -أو: انتزعه -ثم قال وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلا وَهُمْ مُشْرِكُونَ “Hudzaifah pernah menjenguk seseorang yang sedang terlantar sakit. Lalu beliau terlihat seutas tali yang dijadikan azimat pada lengan pesakit. Maka beliau pun memotongnya (atau mencabutnya) dan berkata (menyebutkan firman Allah, Surah Yusuf, 12: 106): “Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah melainkan dalam keadaan mensyirikkan Allah.”.” (Tafsir Ibnu Katsir, 4/419) Membuang Tangkal Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengatakan: لاَ يَبْقَيَنَّ فِي رَقَبَةِ بَعِيرٍ قِلَادَةٌ مِنْ وَتَرٍ أَوْ قِلَادَةٌ إِلاًّ قُطِعَتْ “Jangan kamu tinggalkan satu kalung pun pada leher unta melainkan ianya harus dipotong.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/190, no. 2783) Para ulama menjelaskan berkaitan hadis ini bahawa apa jua bentuk tali yang diikatkan pada leher unta (atau haiwan) yang padanya mengandungi kepercayaan atau i’tiqad tertentu (sebagai tangkal) maka ia wajib ditanggalkan (dihapuskan). Demikian juga pada selain itu. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ “Jika engkau memohon (berdoa), mohonlah kepada Allah. Dan jika engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah.”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 9/56, no. 2440. Hasan sahih) Berkaitan dengan ini, ada satu kisah riwayat daripada Zainab isteri ‘Abdullah B. Mas’oud. Katanya:
 كَانَ عَبْدُ اللهِ إِذَا جَاءَ مِنْ حَاجَةٍ فَانْتَهَى إِلَى الْبَابِ، تَنَحْنَحَ وَبَزَقَ، كَرَاهِيَةَ أَنْ يَهْجُمَ مِنَّا عَلَى شَيْءٍ يَكْرَهُهُ، قَالَتْ: وَإِنَّهُ جَاءَ ذَاتَ يَوْمٍ، فَتَنَحْنَحَ، قَالَتْ: وَعِنْدِي عَجُوزٌ تَرْقِينِي مِنَ الْحُمْرَةِ، فَأَدْخَلْتُهَا تَحْتَ السَّرِيرِ، فَدَخَلَ، فَجَلَسَ إِلَى جَنْبِي، فَرَأَى فِي عُنُقِي خَيْطًا، قَالَ: مَا هَذَا الْخَيْطُ؟ قَالَتْ: قُلْتُ خَيْطٌ أُرْقِيَ لِي فِيهِ، قَالَتْ: فَأَخَذَهُ فَقَطَعَهُ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ آلَ عَبْدِ اللهِ لَأَغْنِيَاءُ عَنِ الشِّرْكِ، سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ الرُّقَى، وَالتَّمَائِمَ، وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ قَالَتْ: فَقُلْتُ لَهُ: لِمَ تَقُولُ هَذَا وَقَدْ كَانَتْ عَيْنِي تَقْذِفُ، فَكُنْتُ أَخْتَلِفُ إِلَى فُلَانٍ الْيَهُودِيِّ يَرْقِيهَا، وَكَانَ إِذَا رَقَاهَا سَكَنَتْ؟ قَالَ: إِنَّمَا ذَلِكَ عَمَلُ الشَّيْطَانِ كَانَ يَنْخُسُهَا بِيَدِهِ، فَإِذَا رَقَيْتِهَا كَفَّ عَنْهَا، إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكِ أَنْ تَقُولِي كَمَا قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا Apabila ‘Abdullah (Ibnu Mas’oud) selesai dari suatu keperluan, beliau berhenti pada pintu, ia berdehem dan membuang ludah kerana khuwatir menemukan sesuatu yang tidak berkenan dari kami. Suatu hari beliau datang dan berdehem, beliau berkata dan ketika itu di sisiku ada seorang nenek sedang menjampiku dari humrah (sejenis radang kulit), lalu aku menyembunyikannya di bawah tempat tidur. Beliau pun masuk dan duduk di sisiku, beliau melihat jahitan di leherku lalu bertanya, “Benang apa ini?” Aku jawab, “Benang untuk menjampiku.” Lalu beliau pun mengambil dan memotongnya sambil berkata, “Sesungguhnya keluarga ‘Abdullah tidak memerlukan syirik, aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ “Sesungguhnya jampi serapah, tangkal-tangkal, dan tiwalah adalah syirik.” Zainab berkata, “Aku katakan kepadanya, “Kenapa engkau mengatakan seperti itu padahal mataku pernah sakit. Aku selalu datang kepada fulan, seorang yahudi untuk menjampinya, dan sebaik ia menjampi, sakit itu pun reda.” Beliau (Ibnu Mas’ud) berkata, “Itu adalah perbuatan syaitan yang menggerakkan dengan tangannya, apabila engkau dijampi dengannya, maka halanglah. Sesungguhnya cukup bagimu dengan mengucapkan sebagaimana yang diucapkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا “Hilangkanlah sakit ini wahai Tuhan seluruh manusia, sembuhkanlah, Engkau Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan kesakitan.”.” (Hadis Riwayat Ahmad, 6/110, no. 3615. Abu Daud, 10/386, no. 3385. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth) Tiwalah adalah sesuatu yang dibuat bagi menjadikan seorang seorang lelaki tertentu rasa jatuh cinta kepada seorang wanita, atau seorang wanita akan tertarik kepada seorang lelaki. Dalam kalangan masyarakat Melayu hari ini mungkin ia lebih dikenali antaranya sebagai minyak dagu, minyak pengasih, minyak penunduk raja, dan ilmu pengasih asap rokok. Termasuk di dalam bentuk-bentuk alat penangkal lainnya yang popular dalam kalangan masyarakat hari ini adalah seperti susuk, gelang-gelang kesihatan, tuah batu keramat, ibu serai, khadam ayat, batu serai, ibu duit, wafaq, kayu kokka, dan batu petir.

Adapun jampi (atau ruqyah), maka ia terbahagi kepada beberapa keadaan. Dan jampi (ruqyah) yang dibenarkan adalah apa yang diambil dari al-Qur’an atau al-hadis berdasarkan tunjuk-ajar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya. Termasuk ruqyah yang dibenarkan adalah apa jua doa secara umum yang boleh difahami iaitu yang dimohon hanya kepada Allah Ta’ala selagi mana tidak mengandungi lafaz-lafaz yang syirik dan tidak disertakan dengan ritual-ritual yang bid’ah.

Setelah kita fahami perkara ini dengan jelas, maka tinggalkanlah apa-apa jua bentuk tangkal, azimat, jampi-serapah serta yang seumpamanya. Kerana ia tidak memberi sebarang manfaat melainkan kesesatan dan kesudahan yang buruk. Tiada sama sekali padanya kesaktian dan kebaikan, melainkan kebodohan dan kerugian dunia dan akhirat. Mungkin ada yang beralasan bahawa ia adalah sebahagian dari bentuk-bentuk usaha dan ikhtiar. Sedangkan bagi yang memahami perkara ini dengan baik, kita pasti akan mengatakan bahawa usaha dan ikhtiar itu sendiri perlu dilaksanakan dengan kaedah yang benar, dan bukan dengan jalan yang bathil. Kerana setiap usaha dan ikhtiar di atas jalan kebathilan, maka ia akan tetap bathil dan tidak dinamakan sebagai usaha.

Demikianlah dengan orang yang berusaha mendapatkan wang, tetapi mengusahakan (atau berikhtiar) dengan jalan yang haram seperti mencuri, merompak atau berjudi, maka ia akan tetap tidak dianggap sebagai usaha dan ikhtiar yang benar. Bahaya Syirik Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ “Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang paling besar.”
(Surah Luqman, 31: 13) وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ “Jika mereka mensyirikkan Allah, nescaya lenyaplah amal-amal kebaikan yang telah mereka usahakan.”
(Surah al-An’am, 6: 88) إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mensyirikkan-Nya, dan Allah mengampuni dosa selain syirik bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Segsiapa yang mensyirikkan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” (Surah an-Nisaa, 4: 116)

Allah tidak menerima apa jua bentuk amal daripada pelaku syirik. Bahkan amal-amal mereka seperti debu yang berterbangan. Di akhirat, doanya tidak diterima, dan dia tidak dimaafkan. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya): وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا “Dan kami nilai segala amal yang mereka usahakan, lalu kami jadikan amal itu (seperti) debu yang berterbangan.” (Surah al-Furqon, 25: 23) Wallahu a’lam.

Tangkal berbentuk Cincin Minyak Pengasih Yang Dipercayai Memiliki Kuasa Cinta Guna-guna Ramai beranggapan kayu kokka memiliki pelbagai khasiat perubatan, kuasa penyembuhan, menarik rezeki dan sebagai tangkal pendinding Contoh tangkal berbentuk gelang atau kalung untuk menolak keburukan dan kejahatan Contoh lakaran wafaq dengan rajah dan tulisan aneh yang tidak difahami melainkan oleh dukun pembuat tangkal Tangkal botol berisi ayat-ayat jampi sebagai penjaga rumah Batu jed yang dipercayai memiliki kuasa penyembuh, penenang, membuang aura kejahatan, menaikkan seri, dan menarik rezeki Contoh wafaq dengan pelbagai ragam formasi tulisan aneh. Biasanya dibungkus dalam kain hitam atau kuning. Tangkal berbentuk "angka 786" pada papan tanda salah sebuah restoran di Shah Alam. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bagi sebahagian orang, terutamanya golongan India Muslim atau mamak - "angka 786" dipercayai mampu membawa tuah dan menarik rezeki. Tangkal berbentuk frame kuning keemasan (seperti bingkai gambar) di bahagian dinding atas belakang kaunter bayaran sebuah restoran mamak di Shah Alam. Ini adalah antara bentuk-bentuk tangkal pelaris perniagaan. 

Posted by Nawawi Bin Subandi at 3:14 AM Labels: Tangkal

Tuesday, April 24, 2012

Qada' Sembahyang

SOALAN: Saya dah lama meninggalkan solat dan tidak pernah mengqadakannya kerana dikatakan bidaah sebab Nabi tidak pernah melakukannya. Tetapi akhir- akhir ini saya diberitahu bahawa setiap solat yang kita tinggal sama ada sengaja atau tidak, wajib diqada. – Arman, Merlimau, Melaka. 

JAWAPAN: Pendapat yang mengatakan tidak perlu qada itu datang daripada segelintir ulama sahaja tetapi yang mengatakan wajib qada solat yang sengaja ditinggalkan adalah pendapat kebanyakan ulama, termasuk Imam kita Syafii ra. Ini kerana dalam agama, tidak ada hukum yang membolehkan solat ditinggalkan dengan sengaja. Yang ada ialah hukum solat yang tertinggal tanpa sengaja seperti tertidur atau terlupa, maka bila terjaga dan teringat hendaklah ditunaikan. Persoalannya ialah solat yang sengaja ditinggalkan. Rasulullah tidak pernah meninggalkan solatnya dengan sengaja, sebab itu Baginda tidak pernah melakukan qada solatnya kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah hidupnya. Tetapi kita sekarang selalu melakukannya dan Rasulullah apabila ditanya mengenai amal yang ditinggalkan dan tidak sempat dilakukan oleh seseorang itu maka sabdanya bermaksud “hutang Allah itu lebih berhak untuk dibayar”. Jadi dapatlah kita fahami bahawa apabila sesuatu kewajipan itu sengaja ditinggalkan, maka tugas yang pasti ditunaikannya bukan satu lagi (membayar kewajipan tersebut) tetapi juga perlu bertaubat dan menanggung dosa sengaja meninggalkan kewajipan tersebut, sedangkan mereka yang tidak sengaja tadi, satu sahaja tugasnya iaitu membayar amalan fardu yang tertinggal tadi dan tidak ada dosanya, kerana tanpa disengajakan. Wallahualam. 

AL-Quran Sebagai Nada Dering

Assalamualaikum, semoga dalam keadaan baik. Langsung saja, ustadz bagaimana hukumnya al quran yang ada di HP? (Baik itu berupa gambar, tulisan maupun suara)? Jazakumullähu khairan


Jawab:

Wa’alaikumsalam warahmatullahi wa barakatuhu.

Saya tidak mengetahui dalil atau alasan yang melarang menyimpan Al-Quran di dalam handphone. Menurut saya sama hukumnya dengan menyimpannya di dalam komputer.

Dan yang saya simpulkan dari fatwa Syeikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan adalah membolehkan menyimpan mushhaf Al-Quran di dalam HP dan membaca darinya. (Fatwa beliau bisa di dengar disini: http://www.alfawzan.ws/AlFawzan/FatawaSearch/tabid/70/Default.aspx?PageID=5321 )

Hanya yang perlu diperhatikan, jangan menggunakan Al-Quran sebagai nada dering karena Al-Quran tidak diturunkan untuk yang demikian, dan ini bukan termasuk memuliakan syiar-syiar Allah.
Berkata Syeikh Shalih bin Fauzan:

لا يجوز استعمال الأذكار ولا سيما القرآن الكريم في الجوالات بدلاً عن المنبِّه الذي يتحرّك عند المكالمة ، فيضع منبّهًا ليس فيه نغمة موسيقى ، وإنما هو منبِّه عادي ، كمنبِّه الساعة مثلاً ، أو الجرس الخفيف ، وأما وضع الأذكار والقرآن والأذان محلّ ذلك ، فهذا مِن التنطّع ، ومِن الاستهانة بالقرآن وبهذه الأذكار
“Tidak boleh menggunakan dzikir-dzikir, khususnya Al-Quran Al-Karim di dalam handphone sebagai ganti dari nada dering yang muncul ketika ada yang mau berbicara. Hendaknya memasang nada dering biasa, yang tidak ada musiknya, seperti nada dering jam, atau suara lonceng yang ringan. Adapun menggunakan dzikir , Al-Quran, dan adzan maka ini termasuk berlebih-lebihan dan termasuk penghinaan terhadap Al-Quran dan dzikir-dzikir tersebut. (Fatwa beliau bisa di dengar disini: http://www.alfawzan.ws/AlFawzan/sounds/00057-03.ra)

Demikian pula ketika memasuki kamar kecil/WC hendaknya program mushhaf Al-Qurannya dimatikan baik suara maupun tulisan.
 
Berkata Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ketika ditanya tentang membawa kaset murattal ke dalam kamar kecil:

لا بأس أن يدخل الحمام ومعه شريط سجل عليه شيء من القرآن؛ وذلك لأن الحروف لا تظهر على هذا الشريط، ولا يبين إلا الصوت إذا مر الشريط على الجهاز الذي يظهر به الصوت، فلا حرج أن يكون مع الإنسان أشرطة فيها قرآن، أو حديث، أو غيره؛ ويدخل بها الخلاء. ……
 
“Tidak mengapa masuk ke dalam kamar kecil dengan membawa kaset yang terekam sebagian Al-Quran di dalamnya, yang demikian karena huruf-hurufnya tidak nampak di kaset, demikian pula suaranya tidak muncul kecuali kalau memakai alat yang memunculkan suara. Maka tidak mengapa seseorang membawa kaset yang di dalamnya ada Al-Quran, atau hadist, atau selainnya, ke dalam kamar kecil.” (Liqa’ Bab Al-Maftuh)

Rujukan: Tanbihun Online

HUKUM LELAKI BERAMBUT PANJANG & MEMAKAI TOPI KETIKA SOLAT

Soalan; Assalamualaikum ustaz....Saya mempunyai sedikit kemusykilan tentang pemakaian ketika solat..Terutama pada bahagian atas kepala.saya seorang yang gemar berambut panjang namun ada segelintir yang mengatakan jika rambut panjang maka ia akan jatuh kepada haram.adakah perkara ini benar?Dan satu lagi ustaz,tentang pemakaian topi ketika solat.saya sering memakai topi salji@snowcap yg kelihatan seperti anak tudung bagi wanita.Persoalannya adakah salah jika saya mengenakannya untuk digunakan sebagai pengganti songkok@kopiah memandangkan rambut saya panjang dan khuatir jatuh di bahagian dahi dan menyebabkan solat itu terbatal?Itu sahaja ya Ustaz,harap ustaz sudi menjawab soalan saya ini.

Jawapan;

1. Lelaki ingin menyimpan rambut panjang; tidaklah dilarang agama kerana rambut Nabi -shallallahu 'alaihi wasallam- sendiri adakalanya beliau membiarkan panjang hingga ke bahu. Dalam Soheh al-Bukhari, terdapat hadis dari Anas yang menceritakan; "Rambut Rasulullah mencecah dua bahunnya" (Soheh al-Bukhari, kitab al-Libas, bab al-Ja'di, hadis no. 5452). Walau bagaimanapun, hendaklah dipastikan gaya rambut tidak menyerupai orang kafir atau orang-orang fasik kerana Nabi bersabda; "Sesiapa menyerupai suatu kaum, ia dari kalangan mereka" (HR Imam Abu Daud dari Ibnu 'Umar. Lihat; Sunan Abi Daud, kitab al-Libas, bab Fi Lubsi as-Syuhrah, hadis no. 3512).

2. Memakai kopiah tidaklah menjadi syarat sah solat. Harus mengerjakan solat dengan memakai kopiah atau tanpa memakainya. Begitu juga, memakai selain kopiah (topi dan sebagainya) tidaklah membatalkan solat jika ia bersih. Walau bagaimanapun, pakaian kita ketika solat hendaklah menggambarkan kesopanan kita di hadapan Allah. Jika topi yang saudara pakai itu topi yang elok, bersih, kemas dan nampak bersopan, tidak mengapa saudara memakainya ketika solat. Jika tidak, baiklah saudara menanggalnya ketika solat sekalipun saudara solat tanpa memakai apa-apa di atas kepala. Jika saudara tetap memakainya tidaklah akan membatalkan solat, cuma masalah kesopanan sahaja.

Wallahu a'lam.

Us. Afnan.

Status Terkini Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN)

Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Status Terkini Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Bank Simpanan Nasional (BSN), Muzakarah mendapati dan berpuashati bahawa pelaksanaan skim Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh BSN telah dikemaskini dengan menggunakan akad Mudharabah (perkongsian untung) dan dana SSP dilaburkan dalam instrumen dan aset yang mematuhi Syariah serta hadiah-hadiah yang disumbangkan adalah menggunakan dana dari sumber Skim Perbankan Islam (SPI) BSN. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa skim Sijil Simpanan Premium yang telah diperbaharui pelaksanaannya oleh BSN adalah produk yang sepenuhnya mematuhi Syariah dan diharuskan oleh syarak.

Saturday, April 14, 2012

Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Larva (Maggot Debridement Therapy)Bagi Pesakit Luka Kronik

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Larva (Maggot Debridement Therapy) Bagi Pesakit Luka Kronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang bahkan menggalakkan umat Islam mencari penawar kepada penyakit yang dialami sepertimana sabda Rasulullah SAW ketika ditanya oleh para sahabat: فَقَالُوْا: "يَا رَسُوْلَ اللهِ! هَلْ عَلَيْنَا جُنَاحٌ أَنْ لاَ نَتَدَاوَى؟" قَالَ: "تَدَاوَوْا، عِبَادَ اللهِ! فَإِنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلاَّ وَضَعَ مَعَهُ شِفَاءً. إِلاَّ الْهَرَمَ". رواه ابن ماجه Maksudnya: Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah berdosa jika kami tidak merawat (penyakit kami)?” Rasulullah bersabda, “Dapatkanlah rawatan wahai hamba-hamba Allah! Sesungguhnya Allah Yang Maha Suci tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan dijadikan bersama-samanya penawar, melainkan penyakit tua”. (Riwayat Ibn Majah) Penegasan ini juga adalah selaras dengan kaedah fiqhiyyah yang menyebutkan bahawa : “Kemudaratan perlu dihilangkan” (الضرر يزال). Muzakarah berpandangan bahawa asal sesuatu haiwan itu adalah suci melainkan babi dan anjing yang jelas hukumnya najis. Pandangan ini adalah selaras dengan kaedah fiqhiyyah yang menetapkan bahawa: الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَةِ حَتَّى يَدُلَّ الدَّلِيْلُ عَلَى التَّحْرِيْمِ Maksudnya: “Hukum asal dalam semua perkara (kecuali ibadat dan hubungan lelaki dan perempuan) adalah harus dilakukan kecuali terdapat dalil yang menyatakannya sebagai haram.” Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum bagi bangkai haiwan yang tidak mempunyai darah adalah suci. Ini bermakna, sekiranya larva yang digunakan semasa proses rawatan tersebut mati, maka hukumnya adalah suci kerana komponen tubuh larva itu sendiri tidak mengandungi darah. Justeru, ia tidak menjejaskan kesucian ibadah seseorang pesakit yang menjalani Rawatan Terapi Larva tersebut. Sehubungan itu, selaras dengan ketetapan-ketetapan tersebut Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum menggunakan Rawatan Terapi Larva (Maggot Debridement Therapy) bagi pesakit luka kronik adalah harus dan ibadah yang dilakukan oleh pesakit terutamanya solat ketika menjalani rawatan terapi ini adalah sah. Muzakarah juga memutuskan bahawa pesakit luka kronik yang menjalani rawatan ini dibolehkan bertayammum untuk mengangkat hadas besar atau hadas kecil bagi mengelakkan mudarat apabila terkena air pada anggota yang sakit. Sebagai panduan melaksanakan ibadah, pesakit boleh merujuk kepada Panduan Tayammum, Wuduk dan Solat Bagi Pesakit yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Hutang perlu dibayar segera

BUDAYA MENABUNG...hutang wajib dilunaskan dan perlu melatih diri serta keluarga untuk menabung sebagai simpanan masa depan. ORANG zaman sekarang ramai yang berhutang ‘keliling pinggang’ kerana perlu membayar ansuran kereta, pinjaman pendidikan, kad kredit malah ada yang berhutang untuk melangsungkan perkahwinan.

Bukan saja golongan yang sudah lama bekerja, dilema berhutang juga melanda golongan pelajar yang baru mula bekerja.




KAD KREDIT...penggunaan kad kredit untuk membeli keperluan tidak penting perlu dielakkan.

BELI KERETA...skim tawaran pembelian kereta tanpa deposit menyebabkan ada individu diisytihar muflis oleh bank kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan yang tinggi. - Gambar hiasan

MOHD SHAHRIZAL...Pensyarah Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza).
Ada yang diisytiharkan muflis gara-gara tidak mampu membayar hutang selepas menggunakan kad kredit.

Ada yang membuat pinjaman peribadi daripada institusi kewangan atau koperasi untuk belanja perkara yang tiada keperluan. Akhirnya setiap bulan terpaksa membayar ansuran bulanan yang tinggi.



Bagi mereka yang ‘sesak’ dihimpit bebanan kewangan, tawaran membuat pinjaman peribadi itu dianggap penyelamat.


Hakikatnya, kemudahan kewangan yang diperoleh itu makin menambah beban dan serabut dalam kehidupan mereka.

Bagaimanapun, jika kewangan diurus dengan bijak, tidak timbul juga perkara sedemikian. Cuma, dalam masyarakat kita, ramai berbelanja melebihi kemampuan selain berbelanja ikut nafsu.

Bayangkan untuk bersaing dengan kawan-kawan, ada membuat pinjaman setiap tahun untuk bercuti, menukar set televisyen daripada 32 inci kepada 42 inci, sofa baru dan kereta baru.

Jauh sekali untuk memupuk amalan menabung dalam kehidupan. Duit gaji diterima setiap bulan banyak disalurkan untuk membayar semua hutang itu.

Barangkali ada yang membuat pinjaman peribadi hanya melihat kemampuan mereka membuat bayaran ansuran bulanan. Pada mata kasar sememangnya tidak memberi kesan.

Namun, kira kembali kadar faedah yang dikenakan, peminjam sebenarnya terpaksa membuat bayaran berlipat kali ganda. Tidak cukup meminjam daripada institusi kewangan, ada yang ‘menempah maut’ meminjam daripada along.

Islam jelas menyatakan kesan berhutang meninggalkan kesan negatif kepada manusia kerana hidup tidak tenteram apatah lagi beban hutang akan dibawa hingga ke liang kubur jika tidak melunaskan perkara itu.

Malah, sifat orang berhutang juga cenderung untuk melakukan pembohongan apabila diminta untuk menjelaskan hutang mereka.

Pensyarah Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), berkata Islam mengharuskan umatnya berhutang, tetapi setiap hutang perlu dibayar semula.

“Dikhuatiri perkara ini akan menjadi budaya tidak sihat di kalangan umat Islam. Meskipun pada asalnya hukum berhutang itu harus, ia boleh bertukar wajib sekiranya seseorang itu perlu berhutang bagi memenuhi tuntutan agama seperti memiliki pakaian untuk menutup aurat.

“Berhutang boleh jadi haram sekiranya dilakukan untuk tujuan maksiat seperti berjudi, membeli dadah serta bermegah-megah dengan perkara tidak berfaedah,” katanya.

Beliau berkata, konsep hutang yang diharuskan Islam itu membuktikan betapa akrabnya hubungan persaudaraan antara umat Islam.

“Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, tidak boleh menganiaya atau membiarkan (Muslim itu) dianiaya. Dan sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya, maka Allah akan memenuhi hajatnya. Dan sesiapa yang membebaskan kesusahan seorang Muslim, maka Allah akan membebaskan kesusahannya di hari kiamat.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Bagi mereka yang terpaksa berhutang atas sebab yang dibenarkan syarak, mereka akan menanggung amanah untuk melunaskan hutang berkenaan.

“Hutang itu perlu segera dijelaskan selain memanfaatkan wang itu untuk perkara yang menjadi keutamaan buat mereka,” katanya.

Firman Allah yang bermaksud: “Jika yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang, maka hendaklah orang yang dipercayai itu menyempurnakan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 283).

Menurutnya, Islam amat prihatin terhadap rezeki dan kemampuan umatnya malah Allah sentiasa memberi bantuan kepada hamba yang mengingati-Nya ketika susah dan senang.

“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu. Namun barang siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

“Ramai di kalangan kita yang membuat pinjaman peribadi untuk mendirikan rumah tangga. Dalam hal ini, mereka perlu faham tujuan perkahwinan adalah untuk memenuhi tuntutan agama.

“Tiada masalah sekiranya terpaksa membuat pinjaman bagi tujuan demikian. Cuma, majlis mesti diadakan secara sederhana dan bukan besar-besaran atau untuk menunjuk-nunjuk.

“Hutang perlu dibuat mengikut kemampuan diri dan dilunaskan mengikut perjanjian dimeterai. Jika tidak ia akan menjejaskan keberkatan ibadah perkahwinan,” katanya.

Mohd Shahrizal berkata, isu pinjaman tabung pendidikan daripada PTPTN, Mara, JPA atau yayasan negeri pinjaman itu diharuskan Islam kerana membabitkan perkara baik.

“Namun, ia perlulah dibuat mengikut tatacara yang dipersetujui kedua-dua pihak. Selepas pinjaman dibuat, setiap individu bertanggungjawab menjelaskan kembali pinjaman hutang mereka.

“Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian (yang dipersetujui).” (Surah al-Ma’idah, ayat 1).

“Sebagai peminjam, mereka perlu berfikir dan meneliti terma dan syarat yang dikenakan pihak pemberi pinjaman. Jika tidak bersetuju maka dari awal lagi mereka perlu mengelak daripada membuat pinjaman itu.

“Jika persetujuan dicapai, tiada alasan bagi mereka untuk berdolak-dalih untuk melunaskan hutang kerana dosa berhutang amat besar,” katanya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Hadis riwayat Muslim).

Beliau berkata, budaya membuat pinjaman daripada pihak yang mendatangkan bahaya seperti along dinasihatkan supaya mereka banyakkan bersabar dan sentiasa berfikiran waras.

“Sekiranya mereka berikhtiar dan bergantung harap kepada Allah pasti akan ada jalan keluar terbaik daripada masalah kewangan.

“Budaya meminjam daripada along perlu dihindari kerana mereka berdepan bahaya jika gagal melunaskan hutang mereka. Islam tidak membenarkan umatnya terjebak dalam gejala yang membinasakan,” katanya.

Firman Allah di dalam al-Quran: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Katanya banyak masalah timbul daripada amalan berhutang berpunca daripada sikap individu yang gagal memanfaatkan hal itu dengan baik.

“Justeru, jika perlu berhutang dan yakin dapat mengurusnya dengan baik, ia tidak menjadi halangan.

“Berhutang boleh menjerumuskan seseorang itu kepada nifak (menjadi golongan munafik) kerana sifat seperti dusta dan mungkir janji,” katanya.

Rasulullah pernah ditanya sahabat tatkala Baginda berdoa supaya diselamatkan daripada bahaya hutang. Rasulullah berdoa yang maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.” Lalu Baginda ditanya sahabat: “Mengapa kamu sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, maka apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my