Pada pagi ini saya ingin berkongsi ilmu
berkenaan dengan sifat warak. Saya masih ingat lagi semasa dialam remaja
dibangku sekolah, saya membayangkan orang yang warak ini ialah mereka2 yang
berpakaian begini-begini, bertutur kata begini2 dan digambaran fikiran saya
ketika itujuga ialah seseorang yang yang
merendah diri atau sedikit kelihatan naïf. Adakah ianya benar dan bertepatan seperti
apa yang dikehendaki dengan Rasulullah s.a.w.
Dalam memberi pengertian warak ini Rasulullah
s.a.w. bersabda “Tinggalkan apa yang meragukan kepada apa yang menyakinkan”. Baginda
berbicacara tentang wajibnya meninggalkan segala sesuati yang mendatangkan
kesangsian dan ragu, perkara yang menimbulkan kebimbangan, kecemasan dan
ketakutan dalam hati.
Sebaliknya berpegang kepada suatu yang
mendatang rasa aman dan damai. Orang akan berhati-hati terhadap apa yang
dilakukannya agar tidak mebuat perkara haram. Sbg contoh Dia akan berhati-hati
meneliti tanda yang terdapat pada kandungan makanan yang dibeli.
Jadi bolehlah kita membuat
kesimpulan dan pengertian,,,warak ialah sikap berhati-hati dan meninggalkan terhadap
sesuatu perkara syubhah/ragu2/tidak jelas haram@halal kerana takut terjeremus
kepada perkara haram.
Semoga sedikit perkongsian ini akan bermanfaat kepada kita dalam usaha mencari warid dan redha Allah.
Tazkirah 3 minit dibangunan Mustafa Kamal, Cyberjaya