Friday, December 18, 2009

Cukai Taksiran

Tarikh : 22 Nov2009
Masa : 1030am - 1230pm
Tempat : Dewan Serbaguna Pangsapuri Damai Mewah B
Tetamu jemputan : En Chandramohan - Ahli Majlis & En Haizul - Pegawai Penilaian
Program khas yang dianjurkan oleh JMB ini adalah merupakan siri kedua. Siri pertama telah diadakan dua mingg lalu yang dihadiri lebih 70 orang penduduk. Perkara utama yang menjadi perbincangan adalah tentang cukai pintu dan peranan MPKj dalam membantu JMB. Selain itu, ada juga beberapa isu yang tidak ketinggalan telah dibincangkan.

Berikut adalah catatan ringkas yang telah dibuat:

En Haizul memberitahu:-
Sehingga hari ini jumlah cukai yg tidak dibayar oleh pemilik PDMB berjumlah hampir RM220 ribu. Beliau menerangkan apa itu common property dan private property.
Apa itu cukai taksiran?
Nilai anggaran sewa rumah setahun X kadar (base on nilaian tahun 1985)
cth : RM200 x 12 bulan X 8.8%.
Kadar 8,8% dan RM200/sebulan dinilai berdasarkan peruntukan pada tahun 1985 (kadar ini masih diguna-pakai dan belum dikemaskini).
Tidak dinaikkan lagi atas sebab2 tertentu. Ianya ialah cukai yg dikenakan untuk menyelenggara sesuatu kawasan.
Hanya 2 PBT yang masih kekal kadar 8.8% iaitu Selayang & Kajang.
En Mohan memberithu:-

Pihak majlis sendiri tidak bepuashati dgn kutipan sampah yang kontraknya di bawah Alam Flora. Beliau cuba membangkitkan masalah ini dalam full board meeting.
Alam flora bertanggungjawab mengutip sampah 3 kali seminggu. Antara bahan buangan yg dikutip adalah household waste dan 1 trip/lori disediakn untuk barangan perabut dll sebulan sekali.
Pengecualian denda terhadap cukai buat masa ini hanya bayar cukai sahaja dan denda tidak perlu tetapi harus mengisi borang pengecualian. Alasan "terlampau tinggi".Borang ini baru sahaja diadakan olh MPKJ.
COB terletak dibawah kuasa Kerajaan persekutuan.
JMB boleh ambil tindakan keatas pemilk yg ingkar dan gagal menjelaskan semua bil dan yuran yang berkaitan. JMB dibolehkan menjana perolehan tambahan untuk tujuan pentadbiran dan kesinambungan perkhidmatan yang dilakukan seandainya kutipan yuran tertunggak mencapai jumlah yang tinggi dan membebankan penduduk yang lain.
Pengkajian semula caj cukai untuk kediaman bertingkat telah dimajukan oleh ahli Majlis.
Isu sampah yg tidak dikutip dikawasan sampah berhampiran loji (deretan kedai). Telah dimaklumkan dan MPKJ akan mgambil tindakan
Isu Anjng liar. Pihak majlis telah dmaklumkan dan tindakan akan diambil.
En Mohan berharap sekiranya ada sebarang persoalan akan dibincang dalam perjumpaan seperti ini dimasa akan datang. tujuannya supaya semua orang tahu dan sedar kenapa dan untuk apa cukai ini.