Doa adalah ibadat dilakukan untuk kebaikan
Oleh Abdullah Md Zain
DOA menurut Islam ialah pengharapan seseorang untuk mendapat kebaikan daripada Allah SWT dengan memohon secara langsung kepadanya. Oleh itu berdoalah dengan bersungguh-sungguh supaya mendapat keberkatan. - GAMBAR HIASAN
Digunakan bagi tujuan murni, konstruktif, bukan senjata menakut-nakutkan orang ramai
MASYARAKAT Islam di negara kita sekali lagi dikejutkan oleh kenyataan melampau dan sangat keterlaluan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika berkhutbah pada Hari Raya Korban di Kota Bharu, 27 November lalu.
Kenyataannya mendoakan agar Allah SWT memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.
Begitu juga dilaporkan bahawa sebelum ini beliau pernah membuat doa yang sama dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir dan Bagan Pinang iaitu dengan menyebut 'pergi jahanamlah Umno'.
Kenyataan Nik Aziz menimbulkan sanggahan dan kritikan daripada tokoh politik, ulama dan intelek serta pemimpin pertubuhan dan masyarakat dalam negara. Namun, Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan meminta Menteri Besar Kelantan itu menarik balik kenyataannya atau memohon maaf selepas berdoa supaya Allah SWT memusnahkan masa depannya jika tidak memberi royalti minyak kepada negeri itu.
Perdana Menteri berharap Mursyidul Am Pas itu sedar sendiri dengan tindakannya itu kerana ramai umat Islam merasakan kenyataan terbabit adalah keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keIslaman yang dituntut agama.
Sikap Nik Aziz ini dengan jelas bertentangan dengan kedudukannya sebagai seorang ulama yang tentunya amat memahami bahawa Islam sama sekali melarang umatnya berdoa dengan tujuan memusnahkan sesama Islam.
Doa menurut Islam ialah 'pengharapan seseorang untuk mendapat kebaikan daripada Allah SWT dengan memohon secara langsung kepadanya'. Setiap individu mempunyai keperluan dan keinginan masing-masing sama ada secara positif atau negatif, kerana mereka terpaksa menghadapi pelbagai ragam hidup yang berupa cabaran, halangan, dugaan dan lain-lain.
Justeru mereka berdoa kepada Allah SWT memohon limpah perkenan dan rahmatnya supaya hajat mereka termakbul. Kita disyariatkan berdoa untuk kebaikan diri, keluarga, sahabat, sesama Islam hatta kepada bukan Islam sekali pun supaya mereka diberi taufik dan hidayah oleh Allah SWT.
Allah SWT menyuruh kita berdoa dan memohon restu daripadaNya. Allah SWT berjanji memperkenankan permohonan yang diminta oleh mereka sebagaimana firmanNya dalam surah al-Mu'min ayat 60 yang bermaksud: "Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan perkenankan doa permohonan mu".
Imam Ahmad meriwayatkan daripada al Nu'man ibn Basyir bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya doa itu adalah ibadat", manakala al-Tirmizi pula meriwayatkan daripada Salman al-Farisi bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: "Qada' Allah tidak dapat dihapuskan melainkan dengan doa dan umur seseorang itu tidak akan bertambah melainkan dengan melakukan kebaikan".
Begitu juga al-Bazzar, al-Tabrani dan al-Hakim ada meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Persediaan dan berhati-hati tidak mampu untuk mengatasi takdir Allah, manakala doa berguna untuk mengatasi apa yang ditakdir dan apa yang dilaksanakan, sesungguhnya ujian Allah akan diturunkan dan akan berjumpa dengan doa yang diminta, lalu kedua-dua saling bertarung sehingga hari kiamat".
Daripada hadis-hadis di atas, jelas menerangkan peranan doa dalam Islam adalah sebagai ibadat yang perlu dilakukan untuk kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan ummah seluruhnya.
Umat Islam tidaklah disyariatkan, malah dilarang keras mendoakan kemusnahan dan kehancuran sesama Islam, kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya (seagama) sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri".
Begitu juga Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kamu dapati orang mukmin itu dalam berkasih sayang, tolong menolong dan silaturahim, bandingannya seperti satu tubuh, apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan maka seluruh anggota tubuh yang lain akan turut juga berjaga malam dan demam."
Daripada hadis di atas, jelas menggambarkan keunggulan masyarakat Islam yang dikehendaki oleh Rasulullah SAW. Mereka saling berkasih sayang, bantu membantu serta bekerjasama antara satu sama lain.
Oleh itu, Islam melarang keras berdoa untuk keburukan sesama umat Islam. Malah bukan cara Islam juga untuk mendoakan keburukan terhadap orang bukan Islam. Ini kerana Rasulullah SAW apabila dakwahnya ditolak keras oleh penduduk Taif, baginda diberi pilihan oleh malaikat yang menjaga urusan bukit-bukau supaya baginda perintahkan saja kepadanya untuk membinasakan kaum yang degil itu dengan mencampakkan bukit-bukau ke atas mereka.
Tetapi tawaran itu ditolak oleh Rasulullah SAW kerana baginda masih mengharapkan kebaikan daripada keturunan mereka yang degil tadi, mungkin suatu hari nanti keturunan mereka ada yang beriman.
Lalu Rasulullah SAW berdoa yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, berilah hidayah dan petunjukMu kepada kaumku, kerana mereka tidak mengetahui".
Sebagai kesimpulannya, doa menurut Islam, ia sebagai suatu alat untuk digunakan oleh orang Islam bagi mendapat pertolongan daripada Allah SWT. Namun begitu, ia hendaklah digunakan untuk tujuan baik dan konstruktif, bukan untuk menakut-nakutkan orang ramai.
Umat Islam hendaklah berdoa setelah didahului dengan usaha dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh dan doa digunakan untuk kebaikan dan kemaslahatan ummah seluruhnya.
1. Ameen Ya Rabbal A'lamin . Saya dan seluruh pemuda Islam insyaallah mengaminkan doa Tok Guru sebagai seorang ulama' dan pemimpin yang dizalimi tanpa sebarang belas simpati .
2. Sabda Rasulullah saw :
اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب
[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - ]
ibnu Hibban
3. Rakyat dan pemimpin negeri Kelantan telah dizalimi apabila Kerajaan UMNO dan BN gagal memberikan hak mereka berupa royalti hasil minyak petroleum kurniaan Allah swt kepada bumi Kelantan . Kegagalan Kerajaan UMNO dan BN menunaikan tanggungjawab mereka memulangkan hak rakyat negeri kelantan sebenarnya adalah sikap yang dicela oleh Allah swt .
4. Belumpun sempat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa , terlebih dahulu kutukan laknat dari Allah swt telah mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :
فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون
[ Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya - .]
5. Antara rezeki dan harta atau barang yang bermanafaat untuk rakyat Kelantan ialah royalti justeru royalti adalah hak mereka . Malangnya kerajaan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib termasuk dalam golongan mereka yang menghalang rezeki tersebut . Tuan Guru selaku pemimpin kerajaan negeri sudah jenuh berikhtiar dengan penuh diplomasi sebelum ini , nampaknya Datuk Najib dan kerajaan UMNO dan BN yang dipimpinnya tidak memahami bahasa diplomasi .
6. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi . [ الدعاء سلاح المؤمن ]
7. Adapun langkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyebut nama di dalam doa beliau sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw pernah menyebut nama - nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa :
اللهم عليك بقريش
Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy . [ sebanyak 3 kali ]
8. Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :
اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط
Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .
Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar .
Sirah Ibnu Ishaq
9. Zambry [ Menteri besar Perak yang tidak sah ] menunjukkan kejahilannya apabila mengeluarkan kenyataan kononnya Nabi saw tidak pernah mendoakan kecelakaan Abu Lahab . Mungkin Zambry juga tidak membaca al Quran Surah al Lahab . Bukankah Allah swt telah berfirman maksudnya :
Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa . Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan . kelak dia akan masuk ke dalam api yang membara . Dan begitu pula isterinya , pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut .
Jika Allah telah melaknatnya dan ayat itu dibaca sepanjang zaman . Apakah Zambry memerlukan ayat lain untuk melaknat Abu Lahab ? Ayat ini dibaca oleh Nabi saw dan seluruh ummatnya disepanjang zaman .
10. Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt . Allah adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui . Allah tidak akan mensia - siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara angkara kezaliman .
QUNUT NAZILAH
Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.
اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.
Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.
اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ
Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka
اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين
Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh pendirian tegas Kerajaan Negeri Kelantan yang tetap membuat tuntutan royalti minyak dan tidak menerima wang ehsan seperti yang diputuskan oleh Kerajaan Pusat. Malah, sekiranya Kerajaan Pusat tetap berdegil untuk memberikan wang ehsan dan bukannya royalti, Kerajaan Negeri Kelantan berhak untuk membawa tindakan undang-undang di mahkamah terhadap Kerajaan Pusat berhubung perkara tersebut.
Tindakan ini memang mempunyai asas yang kukuh di sisi undang-undang kerana Akta Pembangunan Petroleum 1974 (Petroleum Development Act 1974) menyatakan dengan jelas bahawa Petronas yang diberikan hak untuk mengendali petroleum yang ditemui di daratan atau di pesisir mana-mana negeri di Malaysia, dikehendaki membayar lima peratus daripada nilai petroleum yang ditemui kepada negeri-negeri tersebut sebagai balasan kepada penyerahan hak tersebut. Bayaran itu pula hendaklah dibuat secara tunai dan tidak langsung disebut sebagai wang ehsan. Peruntukan undang-undang ini sangat jelas dan tidak memerlukan satu interpretasi undang-undang yang sukar. Perjanjian yang telah dimeterai ini harus dihormati oleh semua pihak termasuklah Kerajaan Pusat sendiri. Justeru itu, sikap angkuh Kerajaan Pusat yang membelakangkan undang-undang yang diluluskan oleh mereka sendiri di Parlimen, jelas mencabul dan melanggar prinsip ‘Kedaulatan Undang-Undang’ seperti yang termaktub dalam prinsip keempat Rukunegara.
PAS Wilayah Persekutuan juga mempersoalkan peranan Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang Kerajaan Pusat. Mengapa Peguam Negara tidak menasihati Kerajaan dengan betul dalam isu ini tetapi hanya membisu dalam isu yang melibatkan hak seluruh rakyat negeri Kelantan, sedangkan dalam isu-isu lain yang melibatkan kepentingan langsung Kerajaan Barisan Nasional seperti dalam isu Perlembagaan Perak, isu SPRM dan yang terbaru isu berkaitan SPR dalam kes DUN Kota Seputih, Peguam Negara dilihat begitu efisyen dan bersemangat, sungguhpun Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang adil dan sewajarnya. Sikap yang jelas memihak ini benar-benar menjejaskan kredibiliti dan integriti insitusi Peguam Negara di mata rakyat. Akhirnya rakyat akan membuat kesimpulan mudah bahawa mana-mana undang-undang yang memihak kepada Kerajaan Pusat akan dipertahankan habis-habisan, sebaliknya undang-undang yang dilihat memihak kepada rakyat akan diambil sambil lewa dan dibelakangkan begitu sahaja.
Keputusan untuk memberikan wang ehsan dan bukannya royalti ini memperlihatkan kepada rakyat sikap diskriminasi jumud Kerajaan Pusat terhadap negeri yang ditadbir parti pembangkang. Terengganu pernah merasainya dulu semasa diperintah kerajaan PAS dan kini Kelantan pula bakal menerima nasib yang sama. Mengapakah undang-undang yang sama iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974 perlu berbeza dari segi pentakrifannya mengikut negeri-negeri? Bukankah undang-undang ini bertaraf ‘persekutuan’ dan perlu ditakrif dan diimplimentasi secara standard kepada semua negeri atas doktrin “Federalism”?
Sebaliknya, apa yang berlaku kini ialah negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional seperti Sabah, Sarawak dan sekarang Terengganu menikmati pembayaran royalti sebagaimana yang disebut dalam perjanjian tetapi bagi negeri yang diperintah pembangkang, bayaran royalti yang dijamin dan diperuntukkan oleh undang-undang telah dimansuhkan dan diganti dengan bayaran berbentuk wang ehsan yang bukanpun dibayar terus kepada kerajaan negeri tetapi kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Diskriminasi dan layan yang tidak adil ini bukan sahaja bercanggah dengan Akta tersebut, tetapi ia juga mencabuli Perkara 8 (3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa tidaklah boleh ada perbezaan bagi faedah seseorang hanya kerana ia adalah rakyat bagi mana-mana negeri.
Tindakan Kerajaan Pusat ini merupakan satu rompakan besar hak rakyat di siang hari. Ia tidak mencerminkan langsung konsep 1Malaysia yang digembar-gemburkan iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Kerajaan harus sedar bahawa konsep 1Malaysia tersebut bukan hanya merujuk kepada tafsiran sempit perpaduan kaum ketika merayakan sesuatu perayaan, tetapi yang lebih penting ia merujuk kepada pengagihan kekayaan negara atau hasil bumi sesuatu negeri yang perlu diagihkan secara adil dan saksama kepada mereka yang benar-benar berhak dan layak menerimanya. Tindakan merampas hak rakyat Kelantan dalam isu royalti minyak ini jelas merupakan permainan politik sempit kepartian yang sangat primitif dan tidak lagi diamalkan dalam mana-mana negara demokrasi dunia yang bertamadun.
Rakyat melihat isu ini dalam kerangka yang luas, bukan hanya terhadap negeri Kelantan sahaja tetapi dalam konteks pengagihan kekayaan dan hasil bumi negara untuk manfaat dan kepentingan rakyat secara yang lebih menyeluruh dan bebas dari segala bentuk penyelewengan dan salahguna kuasa. Jika UMNO dan Barisan Nasional masih gagal memahami denyut nadi rakyat dalam isu ini, PAS Wilayah Persekutuan yakin dan percaya bahawa mereka akan dihukum dengan lebih parah lagi oleh rakyat dalam PRU yang akan datang.
KOTA BHARU, 3 Dis: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan manipulasi yang dimainkan media punca ramai keliru isu doa yang disebutnya sebelum ini.
“Saya sendiri tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, dalam doa tu saya sebut dua perkara, meminta Allah perbetulkan pemikiran Perdana Menteri serta menteri-menterinya supaya membayar royalti kepada Kelantan.
“Dan sekiranya Perdana Menteri masih enggan menyerah royalti kepada kerajaan negeri barulah saya mendoakan sesuatu yang tidak baik, itu kaedah biasa,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Semalam segelintir penyokong Umno yang berselindung di sebalik Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan mengadakan perhimpunan di depan Kota Darulnaim bagi mendesak Menteri Besar supaya meletak jawatan.
Sebelum itu, akhbar melaporkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mendoakan supaya dimusnahkan masa depan politik pemimpin Umno sekiranya enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan.
Oleh itu Menteri Besar hari ini melahirkan rasa dukacita kerana doa yang disebut sebelum ini tidak ditulis secara betul sehingga menyebabkan ramai tidak faham.
“Sekiranya ingin mengulas tentang doa, ia harus diambil isi doa tersebut secara keseluruhan iaitu meminta kepada Allah supaya memperbetulkan jalan berfikir Perdana Menteri agar menerima Islam yang syamil (menyeluruh),” katanya.
Malah kata beliau mana mungkin seseorang yang dikhianati mengambil sikap berdiam diri tanpa dilakukan sebarang tindakan.
Beliau menjelaskan Islam tidak pernah melarang umatnya mendoakan sesuatu yang buruk terhadap musuh atau atau kepada mereka yang berniat jahat.
“Jika kita rajin membaca sejarah doa-doa yang dilakukan para Nabi, kita tentu akan berjumpa dengan kandungan doa Nabi Musa dan Nabi Muhammad saw yang pernah mendoakan bala kepada musuh Islam.
“Saya juga merasa hairan kenapa sesuatu yang tidak baik sahaja digambarkan, yang elok tidak diperbesarkan,” ujarnya.
Katanya juga memandangkan Perdana Menteri agak terasa apabila berdoa menyebut namanya maka tidak perlu disebut sewaktu berdoa beramai-ramai kecuali secara individu.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menempelak demontran yang mendesaknya melepaskan jawatan.
Kata beliau Umno Pasir Mas menggunakan topeng Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan untuk berselindung di sebalik perhimpunan tersebut.
“Ini lagi peliklah, kenapa dah malu ke nak menggunakan nama Umno sehingga terpaksa berselindung di sebalik nama lain pula.
“Malah CD yang disebutkan ada bersama memorandum tersebut untuk dijadikan bahan tidak pula disertakan.
“Biar pun tidak membaca kesemua kandungan bantahan itu, saya sudah dapat menyukat betapa tidak terurusnya sebuah rancangan yang kononnya mahu menggugat sebuah kerajaan,” katanya.
Menurut beliau juga isu membabitkan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman di Perbandanan Menteri Besar Kelantan dan tajaan haji sudah selesai.
Katanya juga mustahil baginya meletak jawatan semata-mata mengikut kerenah beberapa orang ‘budak nakal’ yang berhimpun semalam.
MB Kelantan ubah sikit saranan doa bala untuk Najib
KOTA BHARU - Setelah dikecam hebat kerana meminta orang ramai secara umum mendoakan keburukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak jika Perdana Menteri tidak memberikan royalti minyak kepada Kelantan, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menukar sedikit saranannya itu dengan meminta agar doa itu dibuat secara individu.
“Oleh kerana Perdana Menteri terasa hati bahawa sebut nama dia dalam doa, maka saya minta tidak sebut secara beramai-ramai, hanya disebut bersendirian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, semalam.
Beliau sebelum ini meminta orang ramai mendoakan agar Najib mengubah fikiran supaya memberikan royalti minyak itu, dan jika Perdana Menteri gagal berbuat demikian, orang ramai hendaklah mendoakan supaya Najib “ditimpa kemusnahan”.
Berikutan kenyataannya itu, pelbagai pihak telah mengutuk beliau, dan semalam, 1,000 orang berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan pentadbiran Kota Darulnaim di sini untuk secara terbuka menunjukkan rasa tidak senang hati mereka.
Dalam reaksinya sebelum ini, Najib berkata beliau tidak faham kenapa doa sedemikian perlu dibuat kerana kerajaan pusat telah membantu kerajaan Kelantan dengan menyediakan wang ihsan dan peruntukan lebih RM7 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan walaupun negeri itu diperintah oleh Pas.
Perdana Menteri juga berkata, Nik Aziz perlu sedar bahawa umat Islam melihat hasrat untuk mendoakan keburukan orang lain itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat Islam.
Nik Abdul Aziz berkata, beliau kesal dengan pihak yang membesar-besarkan isu doa itu sehingga mencetuskan kekeliruan.
Beliau menjelaskan permintaan doanya pada peringkat awal ini adalah untuk meminta Tuhan mengubah hati Perdana Menteri supaya memberikan royalti minyak kepada Kelantan, dan jika itu gagal, barulah dibuat doa minta bala terhadap Najib.
“Jika tak beri barulah kita doakan kepada kemusnahan. Saya nak minta dia bayar royalti. Takkan orang buat kita, kita nak dok diam,” katanya. - Bernama
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam berkata, beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan walaupun didesak pelbagai pihak.
Beliau berkata, adalah mustahil untuk beliau menerima desakan dan gesaan yang dibuat oleh sekumpulan rakyat yang menggelar diri mereka sebagai Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan (JRPK).
“Mustahil saya perlu akur dan meletak jawatan semata-mata digesa 200 budak-budak nakal di bawah pohon jati di pintu masuk Kota Darulnaim.
“Jika saya perlu meletak jawatan atas sebab desakan UMNO, sudah tentu saya berbuat demikian semasa Tan Sri Annuar Musa menjadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri empat tahun lalu.
“Akan tetapi, Alhamdulillah, saya masih tetap duduk di kerusi ini sampai ke hari ini. Sebaliknya pemimpin UMNO pula yang ‘ghaib’ dari arena politik tanah air,” katanya merujuk kepada demontrasi oleh satu kumpulan yang mahu beliau berundur kerana gagal memajukan Kelantan, kelmarin.
Beliau berkata, ada kalanya beliau hairan memikirkan telatah ahli UMNO, contohnya di dalam DUN Kota Seputih yang mana mereka cukup beria-ia untuk mempertahankan diri dengan menggunakan instrumen mahkamah bagi mengelak dari memasuki pilihan raya.
“Itu kerusi dia yang selamat. Itu pun masih berdolak-dalik untuk diuji melalui pilihan raya. Sebaliknya mereka cukup ghairah untuk mendesak saya mengosongkan kerusi Menteri Besar sedangkan tidak ada apa-apa keadaan sedikit pun yang memaksa suasana atau menyalahi undang-undang yang membolehkan saya membuat pengosongan.
“Kepada ramai pemimpin Pakatan Rakyat kita sudah lama dapat membaca bahawa telah menjadi ‘grand design’ mereka untuk mencipta suasana yang tidak tenteram di semua negeri Pakatan Rakyat. Kita tahu, bukan kita tidak tahu,” katanya. :
Sehubungan itu katanya, semua orang perlu memahami yang beliau bekerja dengan Pas dan sewajarnya beliau bersyukur dengan desakan UMNO itu kerana beliau berjaya mengucar-ngacirkan UMNO.
“Jika UMNO yang mendesak saya, maka saya sewajarnya berbangga kerana saya sudah dikira berjaya mengucar-ngacirkan UMNO. Mereka sudah keluh kesah,” katanya.
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan Datuk Husam Musa hari ini menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai respon berhubung persetujuan Najib berunding dengan kerajaan negeri Kelantan.Surat tersebut antara lain memohon pertemuan segera antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan tuntutan royalti negeri itu.Ekoran itu, Husam yang juga exco kerajaan negeri juga telah bertemu dengan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memohon agar satu pertemuan diatur di antara wakil kerajaan Kelantan dengan Jabatan Perdana Menteri JPM."Oleh kerana perdana menteri semalam telah menyatakan persetujuan untuk berunding, saya bagi pihak kerajaan negeri Kelantan selaku Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan yang dilantik oleh exco telah menghantar surat kepada perdana menteri hari ini,""Tadi juga saya telah berjumpa Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Ahmad Maslan mohon jasa baik supaya diatur perjumpaan dan perundingan di antara wakil kerajaan negeri dengan Jabatan Perdana Menteri sendiri dalam isu tuntutan royalti ini," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi.Beliau turut menjelaskan mengenai 'doa' Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menurutnya telah dimanipulasi oleh media arus perdana dengan mengambil sebahagian sahaja daripada ucapan Nik Aziz."Doa Tok Guru (Nik Aziz) bukan terus minta jatuhkan hukuman ke atas perdana menteri tetapi mengenai supaya perdana menteri berbesar hati untuk berunding dan mempertimbangkan bayaran royalti terhadap kerajaan negeri.Jika selepas satu masa beliau masih enggan (berbuat demikian) barulah tok guru minta supaya Allah letakkan bala kepada perdana menteri,""Tetapi media telah ambil sebahagian sahaja daripada ucapan tersebut dan telah memanipulasikan bahagia terakhir ucapan itu untuk menggambarkan Menteri Besar Kelantan hanya sukakan konfrantasi dengan perdana menteri," jelasnya.Jumaat lepas, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Najib dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.Nik Aziz juga dilaporkan telah menjelaskan kenyataannya itu.Husam dalam sidang media yang sama memberitahu, beliau melalui peguamnya memberi tempoh selama sepuluh hari kepada News Straits Time Berhad (NSTP) untuk membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung salah lapor akhbar berkenaan.Beliau turut menuntut bayaran saguhati daripada NSTP di atas salah lapor berkenaan.Akhbar berkenaan baru baru ini, Husam dilaporkan akan meletak jawatannya sebagai exco kerajaan negeri."Saya telah meminta peguam saya menghantar ‘Letter Of Demand’ kepada NST dan NST telah pun menjawab kepada peguam saya.Mereka meminta satu tempoh sebelum tindakan lanjut diambil ke atas mereka.Saya menganggap ini perkembangan yang positif,""Saya beri tempoh kepada NST 10 hari lagi untuk apa-apa penyelesaian.Surat dihantar pada 23 november dan NST jawab pada 26 november," jelasnya.Beliau akan memfailkan saman malu ke atas NST jika tiada permohonan maaf itu tidak dibuat dalam tempoh yang ditetapkan kerana mendakwa laporan berkenaan telah menjejaskan reputasinya sebagai exco."Berita ini telah menjejaskan saya dengan teruk sekali.Di Kelantan hampir saban hari perbincangan mengenai isu ini berlanjutan dan sudah tentu komen-komen, telefon, sms, emel, dan macam-macam lagi perkara telah menyebabkan satu gangguan yang tidak sepatutnya berlaku," tegasnya.Muka hadapan Mingguan Malaysia juga sebelum itu telah melaporkan kononnya HUsam akan meletakkan jwatan sebagai exco dan telah dinasihatkan bercuti selama lima hari untuk menenangkan fikiran."Alhamdulillah fikiran saya masih tenang, saya rasa tak perlulah suratkhabar meletakkan saya kononnya dalam keadaan kurang tenang fikiran," katanya.
Oleh Syed Azidi AlBukhary
Pada 16 Mac 2009, sebuah seminar berhubung KDNK mengikut Negeri telah diadakan di Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Menerusi bahan-bahan yang dibentangkan satu penemuan menarik telah mengesahkan segala yang sebelum ini sering cuba disembunyikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Di dalam seminar tersebut, Economic Planning Unit (EPU), Jabatan Perdana Menteri danJabatan Statistik Negara memaklumkan angka baru sektor perlombongan di Negeri Kelantan. Ianya sangat signifikan iaitu RM2,615 juta bagi tahun 2006 dan RM2,721juta bagi tahun 2005. Bagi memudahkan kita, elok sahaja angka itu dibaca sebagai RM2.6 Billion dan RM2.7 Billion. Pada kebiasaannya sumbangan sektor perlombongan kepada KDNK Negeri Kelantan hanyalah 1.5% sahaja iaitu didalam lingkungan RM70 ke RM100 juta sahaja.
Wakil Jabatan Statistik Negara memaklumkan bahawa kesahihan data tersebut adalah berpunca daripada PETRONAS. Didalam erti kata lain, apa yang difahami dari seminar sehari tersebut ialah Petroleum dan Gas Asli telah mula menyumbangkan kepada KDNK Negeri Kelantan dari tahun 2005 lagi.
Pada 9 Mei 1975, Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut yang kebelakangan ini cuba pula dinafikan oleh beberapa pemimpin BN termasuk tokoh BN Kelantan bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”.
Section 4 di dalam perjanjian tersebut di baca seperti berikut,
“Section 4. Cash payment by the Corporation.
In return for the ownership and the rights, powers, liberties and privileges vested in it by virtue of this Act, the Corporation shall make to the Government of the Federation and the Government of any relevant State such cash payment as may be agreed between the parties concerned.”
Oleh yang demikian, sekiranya royalti Petroleum dan Gas Asli dibayar kepada Kelantan berdasarkan data EPU Jabatan Perdana Menteri mengikut akta dan perjanjian yang ditandatangi maka Kelantan berhak mendapat royalti 5% daripada hasil pengeluaran.
Oleh yang demikian, royalti yang harus dibayar secara tunai oleh kepada negeri Kelantan pada tahun 2005 ialah sejumlah RM131 juta. Bagi tahun 2006 pula ialah RM136 juta. Data Rasmi bagi tahun-tahun seterusnya belum dikeluarkan. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada kenyataan Media PETRONAS, SHELL, CS MUTIARA dan AREMADA HESS menyakinkan bahawa aktiviti carigali dan penggerudian Gas Asli di beberapa blok berhampiran Perairan Kelantan sedang bertambah aktif, bererti jumlah hasil semakin meningkat setiap tahun.
Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia
Pada 2004, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan diletakkan bersama Sabah dan Terengganu sebagai penyumbang sebanyak 62.5% hasil galian Petroleum di Malaysia.
Ketiga-tiga negeri ini menghasilkan keluaran kasar sebanyak RM46,810,935 ribu (atau RM46 Billion). Sila rujuk buku mukasurat 187, Jadual 5.3 buku jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2004.
Kekeliruan Dalam Isu Petroleum dan GAS Kelantan
Kekeliruan tidak dinafikan tetapi bukan dari soal wujudnya aktiviti perlombongan Petroleum dan Gas tetapi dalam soal hak Negeri Kelantan. Tahun lalu, Menteri Senator Amirsham memberitahu Dewan Rakyat bahawa tiada sumber Petroleum dan Gas di Kelantan.
Kenyataan Media Mustapha Mohamed
Pada 28 Jun 2009, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapha Mohamed menafikan bahawa hasil bumi itu adalah hak Kelantan kerana katanya ia adalah di kawasan pertindihan antara Malaysia dan Thailand serta Malaysia dan Vietnam.
Mustapha Tidur Ketika Abdullah Badawi Merasmikan ECER 2007
Bagaimanapun, Ketua Pembangkang BN, Alwi Che Mat dan Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek lebih positif dan lebih mementingkan hak Kelantan dari bermain politik lantaran bersedia untuk bersama-sama rakyat Kelantan mendapatkan hak tersebut.
Siapa yang boleh percaya kepada Mustapha yng bercakap mengenai isu pembangunan di Kelantan itu sdangkan beliau sendiri pernah membuat membuat pengakuan bahawa beliau terlibat sebagai salah seorang ahli Majlis Peunding Ekonomi Negara satu ketika bertanggungjawab menyekat pembangunan di Kelantan?
Kita tayangkan semula pengakuan itu dan kemudian di sana ada jawapan bahawa Mustapha dan sekalian pemimpin UMNO BN adalah pendusta dan perompak yang menjadikan Kelantan sebagai mangsa kezaliman dan kedurjanaan mereka!
Peguam dan ahli politik, Zaid Ibrahim turut sama menyertai usaha mulia ini. Adalah diharapkan, YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga akan turut serta.
Memahami Kekeliruan
Perairan Negeri ditakrifkan hanya 3 batu nautikal. Bagaimanapun apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, kedua-dua negeri tersebut dijanjikan hak bahawa segala hasil petroleum mereka akan terus menjadi milik mereka walaupun telaga minyak mereka jauh ke tengah laut dan ditakrifkan sebagai jatuh kedalam Perairan Malaysia.
Akta 144
Bagaimanapun dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan hak Malaysia dari terus digerudi dan di sifon oleh syarikat-syarikat petroleum asing dengan pulangan yang sedikit kepada Malaysia, PETRONAS ditubuhkan.
Beberapa buah negeri setelah berdepan dengan pelbagai tekanan akhirnya tunduk dan menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.
Seksyen 4 Akta 144
Persoalan 3 batu nautikal tidak lagi menjadi isu. Negeri-negeri menyerahkan hak mereka terutama seperti Sabah dan Sarawak. Bagi Kelantan dan terengganu pula, sebelum tubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, kedua-dua negeri ini adalah Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Penyertaan ke dalam Persekutuan menyebabkan banyak hak Raja-Raja mereka terlucut. Oleh yang demikian, di dalam banyak hal antara Negeri dan Persekutuan, semangat yang memeterai perjanjian Persekutuan sering diutamakan.
Contoh Draf Perjanjian Yang Ditandatangi Oleh Negeri-Negeri
Atas semangat tersebut, Negeri Terengganu mendapat imbuhan royalti minyak walaupun pelantar minyaknya jauh lebih 161 Kilometer ke tengah Laut China Selatan.
Hak Kelantan
PM301 dan PM302 dalam Perairan Kelantan, Bersebelahan Dengan JDA (Lihat Juga Blok Minyak Terengganu Yang Lebih Jauh)
Perairan Kelantan tidak dinafikan kaya dengan Gas Asli. Blok PM301 iaitu bermula dari Tumpat hingga ke tengah laut dan blok PM302 yang bersempadan dengan blok PM301 adalah dua blok yang telah diterokai melalui usahasama Petronas Carigali dan Shell. Bukti hasilnya akan di dedahkan di ruangan selepas ini.
Kawasan pertindihan atau di Kenali sebagai Joint Development Area (JDA) Malaysia – Thailand pula adalah kawasan teraktif di Teluk Siam. Aktiviti mengeluarkan gas asli di sini telah mula membuahkan hasil bermula 2 Januari 2005.
Ini adalah salah satu kawasan yang disebut oleh Mustapha Mohamed, seorang rakyat Kelantan sebagai bukan hak Kelantan.
Mustapha Mohamed seorang dayus. Mustapha Mohamed juga buta geografi. Kawasan JDA di mana operasi projek Cakrawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.
Fakta JDA
Kota Bharu Hanya 150 Km dari JDA
Sehingga hari ini, Mustapha tidak pernah memperjuangkan hak mendaratkan gas asli itu ke Bachok seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Kelantan walaupun ternyata ianya adalah kawasan paling ekonomikal dan strategik.
Paip Menyalurkan Minyak Menerusi Jalan Bahaya dan Jarak yang Amat Jauh
Gas Asli dari kawasan JDA di daratkan ke Songhla 110 km lebih jauh dari Kota Bharu, bandar terdekat.
Gas Asli itu mahu disalurkan menggunakan paip ke Gurun Kedah dari Songhkla menerusi laluan konflik di wilayah bergolak di Selatan Thai.
Perjanjian penerokaan dengan Thailand adalah berdasarkan 50:50.
Hak Malaysia di hantar dulu ke Songhkla mengapa tidak terus ke Malaysia?
Apa yang dinamakan JDA ialah
Kawasan seluas 7,250 km persegi dengan bandar terdekat ialah Kota Bharu Kelantan.
Tenaga kerja di kawasan JDA berkumpul di Kota Bharu dan dihantar dengan helikopter ke JDA kerana ia paling ekonomikal.
Berdasarkan data penghujung 2007, dianggarkan kawasan JDA menpunyai reserve gas asli sebanyak 8.5 trillion standard cubic feet.
Lebih 20 zon gas asli telah ditemui.
Produksi gas asli telah bermula pada 2 Januari 2005 di zon Cakrawala.
Pada 3 Mei 2005, Kastam Thailand telah mengeluarkan kenyataan berikut,
“The Joint Development Area is 260 kilometers far from Songkhla Province, where gas, oil, and condensate are located. The gas production in the JDA has been commenced since 2 January 2005 and the approximate profit to Thailand at the first stage will be of 45,000 million baht.”
Untuk maklumat lanjut tentang hasil yang diperoleh oleh Thailand, pembaca boleh hubungi Public Relations Sub- Division Tel.02-671-7077 ,02-249-9017.
Petikan Berita Dalam Majalah Offshore
Jika Thailand memperolehi bahagiannya sebanyak 45 billion Baht dari satu zon di JDA, bererti Malaysia juga memperolehi jumlah yang sama atau lebih kurang RM4.5 Billion.
Kenyataan Media Hess
Blok eksplorasi di JDA adalah seperti berikut,
A18 – Kontraktor ialah PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%) dan Hess Oil Company of Thailand (JDA) Ltd (49.5%), Hess Oil Company of Thailand Inc. (0.5%). Operator ialah Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd.
B17 (termasuk B17-1) dan C19 – Kontraktor ialah PTTEP International Limited (50%) dan PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%). Operator Carigali PTTEP Operating Company Sdn Bhd.
Kenyataan Media PETRONAS
Pengeluaran bagi kawasan JDA adalah seperti berikut,
Blok A18 ( 9 zon) – Cakrawala, Bulan, Suriya, Bumi, Bumi East, Senja, Samudra, Wira dan Samudra North.
Blok B17 (9 zon) – Muda, Tapi, Jengka, Amarit, Mali, Jengka South, Jengka West, Jengka East dan Muda South.
B17-01 (3 zon) – Tanjung, Jinda dan Andalas.
Komplex utama terletak di Blok A18 bernama Cakrawala Production Complex. Siap pada 2002 dan mengeluarkan hasil menerusi 19 telaganya mulai 2 Januari 2005.
Blok B-17 dijangkakan akan mengeluarkan hasil pada Oktober 2009.
Mengapa Kelantan Tidak Mendapat Imbuhan?
Anak tempatan Hanya Berputih Mata Kalau Kita Tidak Sanggup berputih Tulang – Foto Ehsan LanJan
Malaysia menerusi PETRONAS memperolehi 50% dari hasil penemuan di JDA yang begitu dekat dengan Kota Bharu sehinggakan pemancing tempatan pun boleh pergi ke pelantar tersebut.
Telaga Minyak Terengganu 166 KM Pun Dihantar Balik Ke Terengganu
JDA lebih dekat dengan Kota Bharu berbanding telaga minyak di Terengganu dan jaraknya dengan Kerteh.
Hujah mengatakan Kelantan tidak berhak kerana ia terletak di kawasan bertindih adalah begitu mentah sekali kerana,
Kawasan itu dituntut sebagai hak Malaysia kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia,
Malaysia memperolehi 50% dari hasil di situ kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia.
Oleh yang demikian, ia menunjukkan pentingnya Kelantan didalam penyelesaian dan hak Malaysia ke atas JDA.
Jika Kelantan adalah sebahagian dari Thailand atau sebuah wilayah bebas, tentu sekali Malaysia tidak ada hak langsung ke atas hasil bumi dan lautan di situ.
Sempadan perairan Malaysia disitu dipengaruhi oleh kewujudan Kelantan sebagai sebuah wilayah di dalam Malaysia.
Kelantan bukan sebuah negeri yang dijajah atau dirampas oleh Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah membuktikan bahawa Kelantan pernah berada dibawah pengaruh Siam, Jepun dan Inggeris. Sewaktu dibawah pengaruh Inggeris, Kelantan diiktiraf mempunyai sebuah Kerajaan Berdaulat diketuai oleh baginda Sultannya. Inggeris mengklasifikasikan Kelantan sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu.
Penyertaan Kelantan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah atas semangat Persekutuan bukan dengan rasa dijajah. Sultan Kelantan terus dijamin hak kekuasaannya dibawah semangat Persekutuan dan juga berdasarkan haknya sewaktu menjadi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Kelantan menyertai Persekutuan Tanah Melayu atas dasar penyatuan. Bersatu turut bererti berkongsi. Kedayusan yang ada pada Mustapha Mohamed harus tidak mempengaruhi rakyat Kelantan dalam mempertahankan hak mereka.
(Bersambung kelak – Analisa PM301 dan PM302 hak Kelantan menjelang 2011 dan 2012).