BAGAIMANA saya boleh mengetahui perkiraan untuk menentukan zakat pendapatan. Saya bekerja sebagai kakitangan kontrak, adakah ia berbeza dengan pekerja seperti penjawat awam atau pekerja swasta?
Apakah kadar yang menyebabkan seseorang itu perlu membayar zakat pendapatannya?
JASMI,
Johor
ZAKAT gaji atau pendapatan bermaksud pendapatan seseorang yang diperoleh daripada sumber upah perkhidmatan (tenaga kerja), hasil daripada harta (kapital) dan hasil harta dan tenaga kerja.
Oleh itu, zakat pendapatan meliputi semua orang sama ada penjawat awam atau swasta termasuk pekerja kontrak.
Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi, zakat dikenakan dengan hanya cukup nisab tanpa cukup haul (setahun). Bagaimanapun, ada yang berpendapat, ia tidak wajib kerana seseorang itu membelanjakan pendapatannya sampai ke peringkat meminjam dan putus haul.
Kadar yang ditetapkan adalah 10 peratus bagi pendapatan bersih daripada kapital atau kapital dan tenaga manakala 2.5 peratus bagi pendapatan tenaga kerja semata-mata. Antara kelebihan menunaikan zakat gaji, ia dapat membersihkan harta dan dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan sebanyak jumlah yang dizakatkan. Untuk cara pengiraan lebih lanjut, anda boleh melayari laman web pusat zakat atau berjumpa terus dengan pegawai pusat zakat di kawasan anda.
Harian metro Dr Ab dul Salam