Thursday, September 29, 2011

Solat Tahiyyatul Masjid

Masjid ialah satu-satu tempat dan kawasan yang telah diwartakan oleh kerajaan atau diwakafkan oleh individu untuk menunaikan solat dan tidak boleh bertukar status utk perkara-perkara lain. Had kawasan masjid ialah tempat ruang solat khusus dan tidak termasuk diruang legar. Maka solat tahiyyatul masjid boleh dibuat sekiranya berada didalam masjid.

Monday, September 26, 2011

Ubat Dari Tanduk Rusa

Bahasa AsalMelayuJumlah Pembaca178Negara AsalMalaysiaRujukanJabatan Mufti Negeri Kedah dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah.NotaJILID 3 Apakah hukum memakan ubat yang diproses dari tanduk rusa?

Juz-juz binatang kecuali iakn dan belalang yang bercerai padanya samada binatang-binatang itu halal dimakan ataupun haram samada hidup ataupun mati tanpa sembelihan yang sah adalah najis kecuali rambut dan bulu yang bercerai dari binatang yang halal yang hidup atau yang mati dengan sembelihan yang sah maka ia adalah bersih.

Tanduk rusa yang diceraikan dari rusa yang hidup atau yamh mati adalah najis kecuali mati dengan kerana sembelihan yang sah pada syara’ maka ia adalah bersih yang bersih harus dimasukkan ke dalam ramuan ubat-ubatan dan yang najis haram dimasukkan ke dalam ramuan ubat-ubatan.

Para fuqaha’ di dalam semua mazhab bersepakat tentang najis juzuk-juzuk yang bercerai atau yang terpotong daripada binatang yang hidup sekalipun ia binatang yang halal kecuali rambut dan bulu kerana sbda Rasulullah s.a.w.:
ما قطع من البهيمة وهي حية فهو ميت – رواه الحاكم.

Maksud: barang yang dipotong daripada binatang yang hidup adalah najis.

Islam melarang (mengharamkan) berubat dengan benda-benda najis kecuali di dalam keadaan darurat

Friday, September 23, 2011

Permasalahan tawaf

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI Utusan Malaysia 23/9/2011

TAWAF pada bahasa bermaksud mengelilingi. Seperti yang diketahui, pada istilahnya pula, tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali yang diniatkan untuk tawaf kerana Allah dengan mengikut syarat-syaratnya.

Tawaf adalah salah satu rukun haji dan umrah yang mesti dilakukan oleh mereka yang melakukan ibadah haji dan umrah.

Cara tawaf adalah dengan bermula mengiring tubuhnya semua ke arah hajar al-aswad. Tidak sah tawaf tanpa melepasi garisan hajar al-aswad semua badannya.

Yang demikian dia mengadap kaabah dan berdiri di sebelah hajar al-aswad dengan bertentangan dengan arah rukun Yamani, di mana jadilah semua hajar al-aswad di sebelah kanannya dan bahunya yang kena di hujung sebelah hajar al-aswad.

Kemudian niatlah kerana Allah SWT dengan membanyakkan mengadap hajar al-aswad berjalan ke arah kanan hingga melepasi hajar al-aswad.

Apabila dia melepasi dengan menjadikan kirinya ke arah Baitullah dan kanannya di luar kalau dilakukan cara ini bermula daripada yang pertama lagi dan meninggalkan mengadap Hajar al-Aswad, hukumnya harus.

Kemudian hendaklah berjalan ke depan mengelilinginya (tawaf kaabah, melintasi multazam yang terletak antara Hajar al-Aswad dan pintu kaabah). Dinamakan multazam kerana ramai orang beriltizam di situ memohon doa.

Kemudian melalui rukun kedua selepas Hajar al-Aswad, dinamakan rukun Iraqi, kemudian melalui belakang Hijir Ismail yang menghadap ke arah Syam dan Maghribi. Dia berpusing mengelilinginya hingga ke rukun yang ketiga.

Diletakkan rukun ini dan yang sebelumnya dengan dua rukun Syami. Ia juga dinamakan dengan Gharbiani (dua ke arah barat).

Kemudian mengelilingi kaabah hingga sampai kepada rukun yang keempat yang dinamakan rukun Yamani, kemudian berjalan ke hajar al-aswad, tempat memulakan tawaf, maka sempurnalah sudah satu pusingan.

Kemudian dia hendaklah sempurnakan lagi hingga cukup tujuh tawaf. Setiap pusingan dengan satu tawaf dan setelah selesai tujuh pusingan baru dianggap sempurna tawaf.

Imam al-Syafie Rahimahullah memakruhkan dengan menamakan tawaf sebagai syaut dan dur (pusingan).

Berikut beberapa permasalahan hukum berkaitan ibadah tawaf:

n Isu batal wuduk bersentuhan antara lelaki dan perempuan dibahaskan oleh ulama dengan panjang lebar sejak dahulu.

Muzakarah Haji oleh Tabung Haji memutuskan jika di Mekah pada musim haji ketika tawaf atau berada dalam Masjid al-Haram tidak batal wuduk bersentuh antara lelaki dan perempuan yang ajnabi kerana darurat dan sukar untuk memelihara wuduknya.

n Dalam al-Nihayah menyatakan bahawa, orang yang haid yang perlu tawaf boleh bertaklid kepada mazhab Abu Hanifah dan Ahmad dalam salah satu riwayatnya.

Sheikh Abdul Fatah Husin Rawah berkata: "Ini kerana kedua-duanya berpendapat tidak disyaratkan taharah daripada dua hadas dalam tawaf sama seperti wuquf di Arafah."

n Orang nifas sama hukumnya dengan orang yang haid dalam berkenaan dengan sah tawafnya.

n Sheikh Abdullah bin Jasir dalam bukunya Mufid al-Anam berkata: "Sheikh al-Islam berpendapat, begitu juga perempuan yang haid jika tidak mungkin melaksanakan tawaf fardu dengan sebab kesuntukan waktu dan terpaksa meninggalkan Kota Mekah mengikut satu pendapat di kalangan ulama, memadai baginya. Namun dikenakan dam sama ada seekor kambing atau seekor unta jika haid atau janabah dan seekor kambing jika daripada hadas kecil."

Walaupun begitu, beliau berpendapat sewajarnya wanita dalam haid tidak tawaf kecuali dalam taharah.

n Niat tawaf, jika tawaf bukan ibadat haji dan umrah, maka tidak sah tanpa berniat tanpa sebarang khilaf. Ibn Allan berkata: "Adapun qasad perbuatan, maka wajib niat secara mutlak."

Sebaliknya menentukan niat adalah jika sekiranya selain daripada tawaf nusuk (haji) atau umrah. Ini kerana sunat niat atas niat. Jika fardu seperti tawaf nazar maka hukumnya adalah wajib.

n Idtiba' hanya pada tawaf yang ada berlari anak (raml), tanpa raml tiada idtiba' padanya. Didatangkan keterangan tentang tawaf yang disertai raml melainkan disunatkan idtiba' pada semua pusingan tawaf yang tujuh, sedangkan raml hanya untuk tiga pusingan yang pertama.

Kanak-kanak seperti orang yang baligh sunat idtiba' mengikut mazhab yang masyhur. Perempuan tidak boleh idtiba' kerana tempat idtiba' itu bagi perempuan adalah aurat.

n Istilam (mengucup atau menyentuh hajar al-aswad) atau jika tidak berdaya (kerana ramai orang) memadai dengan diisyaratkan menyapu daripada jauh dengan tangan kemudian mengucupnya) hajar al-aswad dan mengucupnya dengan meletakkan wajahnya pada batu tersebut dan telah diterangkan terdahulu.

Sunat juga dia istilam Rukun Yamani tanpa mengucupnya. Cukup hanya mengucup tangan yang dia istilam dengannya. Kucupan tersebut hendaklah selepas istilam. Inilah pendapat yang sahih dan pendapat jumhur ashab kami.

Imam al-Haramain berkata: "Jika dia mahu, boleh mengucupnya kemudian istilam dengannya dan jika dia mahu, dia istilam kemudian dia mengucupnya. Pendapat yang terpilih adalah mazhab jumhur."

n Imam al-Nawawi berkata: "Berturutan antara pusingan tawaf hukumnya sunat muakad. Namun, ada pendapat yang mengatakan wajib."

Jika terpisah dengan masa yang lama dan dia menyangka melihat padanya telah memutuskan tawafnya atau selesai daripada tawafnya, lebih baik melakukan semula untuk keluar daripada khilaf.

Jika dia berpegang dengan pendapat yang pertama, tidak perlu mengulang. Hukumnya harus mengikut pendapat yang asah.

n Ijmak ulama berpendapat tawaf pada waktu-waktu yang dilarang solat adalah harus.

n Dalam Mazhab Syafie, solat sunat tawaf harus dilakukan pada semua waktu tanpa makruh. Demikian juga dengan Mazhab Hanbali.

n Sunat istilam Hajar al-Aswad dan di sisi Mazhab Syafie mengucupnya dan meletakkan dahi padanya.

n Rukun Yamani mengikut Mazhab Syafie hanya sunat istilam tanpa mengucup.

n Idtiba' dan raml hukumnya sunat di sisi Mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali.

n Syarat taharah daripada dua hadas dan najis serta menutup aurat adalah syarat di sisi Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali.

n Sunat membaca al-Quran ketika tawaf mengikut pendapat jumhur ulama termasuk Mazhab Syafie dan Ahmad.

n Jika jenazah hadir untuk disolatkan sedangkan ketika itu ada yang bertawaf, ada dua pendapat:

i. Mengikut Mazhab Syafie menyempurnakan tawaf adalah lebih utama. Ini juga pendapat Malik, Ibn al-Munzir, Ata' dan Amru bin Dinar.

ii. Keluar daripada tawaf dan solat jenazah sebentar adalah lebih baik. Ini pendapat Abu Hanifah.

n Jika seorang yang dalam ihram membawa atau menanggung orang yang dalam ihram lain dan tawaf kedua-duanya dengan berniat untuk diri masing-masing ada tiga pendapat mengikut mazhab Syafie:

i. Dikira berlaku kepada yang membawa. Inilah pendapat yang asah. Ini juga pendapat Malik dan satu riwayat daripada Ahmad.

ii. Dikira berlaku kepada yang dibawa.

iii. Dikira berlaku kepada kedua-duanya. Pendapat yang terakhir ini juga dikemukakan oleh Abu Hanifah dan Ibn al-Munzir dan satu riwayat daripada Ahmad.

n Mengikut pendapat Syafie, Hanbali dan Maliki, bagi yang melakukan haji qiran hanya perlu tawaf sekali dan juga saie sekali.

Sedangkan Abu Hanifah berpendapat dua kali tawaf dan saie iaitu umrah dan haji.

Ini juga dihikayatkan oleh Ali dan Ibn Masud. Walaupun begitu, Ibn al-Munzir berkata: Nisbah kepada Saidina Ali adalah tidak benar.

n Apabila seorang selesai tawaf dan solat fardu selepas itu memadai daripada solat sunat tawaf di sisi Mazhab al-Syafie mengikut pendapat yang asah. Imam Ahmad berkata: "Aku harap ia memadai". Sedangkan Imam Malik dan Abu Hanifah berkata: "Ia tidak memadai".

Imam al-Nawawi berkata: Istimewa solat ini daripada yang lainnya dengan sesuatu iaitu dia boleh masuk ganti. Orang yang mengambil upah haji boleh solat untuk yang mengupah. Inilah pendapat yang asah.

Dalam kalangan ashab kami, yang berpendapat bahawa solat yang mengambil upah berlaku untuk dirinya. Jika dia hendak tawaf dua kali atau lebih, sunat baginya solat dua rakaat setiap kali tawaf.

Jika dia tawaf dua kali atau lebih atau banyak tanpa solat kemudian dia solat bagi setiap tawaf dua rakaat, hukumnya harus, tetapi dia telah meninggalkan cara yang afdal.

Dalam Hasyiah menyatakan memadai juga dua rakaat dari semua tujuh pusingan tersebut tanpa makruh sebagaimana juga disebut dalam al-Majmu'. Ini berdasarkan ia adalah sunat.

Batal wudhu bersentuh dgn ipar

Ulamak2 telah sepakat berkata bahawa ipar tidak termasuk mahram dan batal wuduk apabila bersentuh dengannya.

Mahram itu hanya 3 golongan yaitu dengan sebab nasab, susuan dan mushoharoh.

Thursday, September 22, 2011

Hukum Pegawai Menerima Hadiah

Soalan :

Ustaz, bolehkah seseorang pegawai menerima hadiah misalnya daripada teman, kawan-kawan dan lain-lain?

Jawapan :

Haram hukumnya seseorang pegawai menerima hadiah yang mempunyai kaitan dengan tugas atau jawatannya. Jawatan di sini adalah bermaksud setiap orang yang mempunyai autoriti menentukan sesuatu kepentingan umum tertentu. (Taqiuddin An-Nabhani, Al-Syakhsiyah Al-Islamiyah, Juz II/334; Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah al-Khilafah, hal. 119).

Banyak dalil-dalil yang menegaskan haramnya pegawai menerima hadiah. Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah ra bahawa Nabi SAW bersabda,“Hadiah-hadiah yang diberikan kepada para pemimpin adalah harta khianat (hadaya al-umara` ghulul).” (HR Thabrani dalam Al-Awsath no 5126. Dalam Majma’ Az-Zawaid Juz IV/151 Imam Al-Haitsami berkata,”Sanad hadis ini hasan”).

Diriwayatkan daripada Buraidah ra bahawa Nabi SAW bersabda,”Barangsiapa yang telah kami lantik untuk melakukan sesuatu tugas, lalu dia telah kami beri gaji, maka apa sahaja yang diambilnya selain daripada gaji adalah harta khianat (ghulul).” (HR Abu Dawud no 2554. Hadis sahih, lihat Nasiruddin Al-Albani, Sahih At-Targhib wa At-Tarhib, Juz I/191).

Diriwayatkan daripada Abu Hamid As-Sa’idi ra bahawa Nabi SAW pernah mengutuskan Ibnu Lutbiyah untuk mengumpulkan zakat dari Bani Sulaim. Setelah menyelesaikan tugasnya, Ibnu Lutbiyah berkata kepada Nabi SAW,”Ini zakat yang saya kumpulkan, saya serahkan kepada anda. Manakala ini adalah hadiah yang diberikan orang kepada saya.” Maka Nabi SAW bersabda,“Mengapa kamu tidak duduk-duduk saja di rumah ayahmu atau ibumu hingga hadiah itu datang kepadamu jika kamu memang benar?” (HR Bukhari no 6464).

Imam Taqiuddin An-Nabhani menjelaskan,”Ketiga-tiga hadis di atas dengan jelas menunjukkan bahawa hadiah yang diberikan kepada pegawai yang melaksanakan tugas umum adalah haram, baik yang diberikan sama ada sebelum dia melaksanakan polisi tertentu ataupun sesudahnya, atau diberikan kerana dia adalah pemegang polisi dalam urusan tertentu, atau diberikan kerana dia adalah orang yang berpengaruh yang rapat dengan pemerintah. Semuanya adalah haram.” (Al-Syakhsiyah Al-Islamiyah, Juz II/338).

Yang dikecualikan daripada keharaman ini adalah hadiah kepada pegawai yang diberikan bukan kerana tugas atau jawatannya. Contohnya kerana hubungan peribadi antara seseorang dengan pegawai sejak sebelum dia menjadi pegawai, sehingga telah terbiasa memberi hadiah. Hadiah seperti ini boleh (mubah) hukumnya. Dalilnya sabda Nabi SAW di atas, “Mengapa kamu tidak duduk-duduk saja di rumah ayahmu atau ibumu hingga hadiah itu datang kepadamu jika kamu memang benar?” (HR Bukhari). Daripada hadis ini, dapat ditarik pemahaman yang sebaliknya yang tersirat (mafhum mukhalafah), yakni kalau hadiah itu datang kepada seseorang sedangkan ia duduk-duduk sahaja di rumah ayahnya atau ibunya, maka hadiah itu dibolehkan. Ertinya, jika hadiah itu diberikan tidak mempunyai kaitan dengan tugas atau jawatan, hukumnya boleh (mubah). Maka jika kita sudah terbiasa memberi hadiah kepada seseorang sebelum dia menjadi pegawai, maka jika suatu hari dia menjadi pegawai, kita tetap dibolehkan untuk memberinya hadiah. (Taqiuddin An-Nabhani, Al-Syakhsiyah Al-Islamiyah, Juz II/338). Wallahu a’lam.

(www.konsultasi.wordpress.com)
Jogjakarta, 1 November 2009
Muhammad Siddiq Al-Jawi
Khamis, 10 Disember 2009 17:16

Tuesday, September 20, 2011

Pengangkatan Wali Hakim (Muhakkam)

Di tengah-tengah masyarakat Indonesia, seringkali teradi perkawinan antara seorang pria dan wanita yang tidak dihadiri oleh wali nasab dari pihak mempelai wanita. Ketidakhadiran wali nasab tersebut, bisa jadi karena yang bersangkutan tidak menyetujui dilangsungkannya pernikahan, atau bertempat tinggal di luar negeri atau luar daerah sehingga sulit menghadiri penikahan tersebut atau karena sebab lain. Agar penikahan tersebut dapat berlangsung, maka pihak mempelai wanita menunjuk wali hakim dari kalangan pegawai Kantor Urusan Agama(KUA) yang ditunjuk oleh pemerintah, atau wali muhakkam dari tokoh masyarakat atau ulama setempat

Jawapan:

Untuk memberikan pemahaman kepada umat Islam tentang sah atau tidaknya pernikahan yang dilangsungkan oleh wali hakim atau muhakkam, maka MUI Propinsi DKI Jakarta memfatwakan tentang pengangkatan wali hakim (muhakkam), sebagai berikut:

1. Bahwa pernikahan yang sah menurut syari'at Islam, adalah pernikahan yang dilaksanakan berdasarkan syari'at Islam dengan memenuhi syarat-syarat dan rukun¬-rukun pernikahan yang disebutkan dalam kitab-kitab fiqh. Seperti adanya calon suami, calon istri, wali dan dua orang saksi yang beragama Islam dan bersifat adil, serta ijab qabul. Di samping itu, harus dicatat pada Kantor Urusan Agama (KUA) kecamatan setempat sesuai dengan ketentuan peraturan perundang-undangan yang berlaku.

2. Bahwa suatu pernikahan harus dihadiri oleh wali dan kedua orang saksi laki-Iaki yang adil. Jika memungkinkan, yang menjadi wali pernikahan adalah wali nasab, yaitu; ayah kandung, atau kakek, atau saudara laki-Iaki mempelai wanita. Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah SAW dalam hadits shahih yang diriwayatkan Imam al-Baihaqi dalam kitabnya Sunan al-Kubra dari ‘Aisyah RA, sebagai berikut:

لاَ نِكَاحَ إِلاَّ بِوَلِيٍّ وَشَاهِدَيْ عَدْلٍ ( رواه البيهقي)

Artinya:
Tidak sah suatu pernikahan, kecuali jika dihadiri oleh wali dan kedua saksi yang adil.
Demikian juga sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Imam ad-Daruquthni dari sahabat Abu Hurairah RA:

لاَ تُزَوِّجُ الْمَرْأَةُ نَفْسَهَا فَإِنَّ الزَّانِيَةَ هِيَ الَّتِى تُزَوِّجُ نَفْسَهَا


Artinya:
Wanita tidak boleh menikahkan dirinya sendiri, karena sesungguhnya wanita pelaku zina adalah wanita yang menikahkan dirinya sendiri.

3.Jika wali nasab menolak untuk menikahkan anak gadisnya dengan laki-Iaki yang kafa'ah, atau tidak bisa menghadiri pernikahan karena bertempat tinggal di luar negeri atau luar daerah atau karena sebab lain, maka untuk mempermudah dan memperlancar pelaksanaan pernikahan, mempelai wanita dapat menunjuk wali hakim dari kalangan pegawai Kantor Urusan Agama (KVA) yang ditunjuk oleh pemerintah.
Hal ini didasarkan pada hadits shahih yang diriwayatkan Imam Tirmidzi dari ' Aisyah RA. sebagai berikut:

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَيُّمَا امْرَأَةٍ نَكَحَتْ بِغَيْرِ إِذْنِ وَلِيُّهَا فَنِكََاحُهَا بَاطِلٌ فَنِكَاحُهَا بَاطِلٌ فَنِكَاحُهَا بَاطِلٌ فَإِنْ دَخَلَ بِهَا فَلَهَا الْمَهْرُ بِمَااسْتَحَلَّ مِنْ فَرْجِهَا فَإِنِ اشْتَجَرُوْا فَسُّلْطَانُ وَلِيَّ مَنْ لاَ وَلِيَ لَهُ ( رواه الترمذي)

Artinya:
"Setiap wanita yang melangsungkan perkawinan tanpa seizin walinya, maka pernikahan-nya batal, batal, batal. Jika suaminya telah menggaulinya, maka ia berhak memperoleh mahar. Jika para wali berselisih (bertengkar) maka pemerintah adalah menjadi wali bagi orang yuang tidak memiliki wali.

4.Sepanjang masih ada wali hakim dari kalangan pegawai Kantor Urusan Agama (KUA) yang ditunjuk oleh pemerintah, maka mempelai wanita tidak boleh menunjuk Wali Muhakam dari tokoh masyarakat atau u!ama setempat. Sebab jika hal itu diperbolehkan, maka akan membuka pintu terjadinya perkawinan di bawah tangan yang tidak tercatat, sehingga mengakibatkan kesulitan perlindungan hukum bagi kedua mempelai dan anak-anak keturunan mereka.

5. Jika wali hakim dari kalangan pegawai Kantor Drusan Agama (KUA) yang ditunjuk oleh pemerintah mempersuIit pelaksanaan pernikahan atau menuntut honor yang memberatkan orang yang hendak melangsungkan pemikahan, atau memperlambat pelaksanaan tugasnya melebihi batas waktu yang wajar sehingga menimbulkan kegelisahan bagi orang yang bersangkutan, maka mempelai wanita boleh menunjuk Wali Muhakkam dari tokoh masyarakat atau ulama setempat

Jumlah Pembaca218Negara AsalIndonesiaTarikh Isu1981-08-18PengarangMajelis Ulama Indonesia DKI JakartaSoalan:

Wali Nikah Memberikan Wakil Kepada Seorang Sebagai Hakim Tetapi Dia Telah Berhenti Sedang Wali Nikah Tidak Mengetahuinya. Oleh Sebab Dia Tidak Berada Di Tempat Lalu Yang Menikahkan Perempuan Oleh Hakim Yang Baru, Adakah Sah Nikahnya.
Bahasa AsalMelayuJumlah Pembaca165Negara AsalThailandTahun1996PengarangHj. Wan Mohd Shaghir AbdullahRujukanMajlis Fatwa Fatani, ThailandNota39) Perkataan yang digunakan oleh kebanyakan orang ialah: menyusupkan, ertinya menyembunyikan (40) Jawaban no. 76 ini kemungkinan dijawab oleh anak beliau, iaitu Haji Wan Ismail bin Syeikh Ahmad al-Fathani, kerana pada akhir jawaban ditulis nama Ismail Ahmad Fathani. Mengenainya lihat nota kaki no. (30) dan (35) SOAL NO. 77

Masalah, seorang perempuan hendak dinikahkan dia, maka menyuruh ibunya akan seorang membawa surat pergi ambil wali, iaitu bapak saudara perempuan itu. Dan antara kampung walinya dan kampung perempuan itu perjalanan kurang dan pada dua marhalah. Maka orang pergi itu sampai kepada walinya, tiba-tiba uzur wali itu, tiada boleh datang sendiri. Maka ia buat surat beri kepada orang itu jua. Sebab di dalam surat itu ia wakil kepada hakim yang di dalam kampung itu yang tertentu namanya, Si Anu Si Anu yang akan menikahkan dia. Tetapi pada waktu itu adalah hakim itu sudah terturun daripada keadaannya sebagai hakim padahal wali itu tiada ketahui ia akan demikian itu. Tetapi ada seorang mendakwa akan bahawasanya dirinya jadi hakim di dalam kampung itu. Dan katanya, "Ada pada tangan aku cap". Kerana dihantarkan cap hakim yang dahulu itu kepadanya oleh menteri, tetapi tiada mengetahui walinya itu akan demikian itu hal pada ketika ia berwakil kepada hakim yang dahulu itu. Dan sudah demikian itu orang yang membawa surat kembali kepada perempuan itu. Maka dikira-kira o1eh ibunya akan

JAWAB NO. 77

Jika adalah hakikat perkara itu seperti yang tersebut di dalam soal, bahawa yang dituliskan di atas ini, tiadalah sah nikah yang tersebut itu. Kerana orang yang menikahkan itu bukannya wakil daripada wali bagi perempuan itu. Dan jika adalah ia hakim yang telah didirikan pada kampung itu sekali pun. Kerana tiada lazim daripada 'keadaannya hakim bahawasanya ia wakil bagi wali, padahal tiada berwakil ia (wali nikah, pen:) kepadanya (hakim, pen:). Dan kerana bahawasanya masalah ini bukan daripada masail yang mengkahwinkan padanya akan perempuan oleh hakim kerana walinya tiada ghaib ia pada masafatul qashri.

Dan sah nikah daripada wakil yang telah diturunkan daripada keadaannya hakim itu jikalau ia menikahkan akan dia, dan jika jatuh nikah atau izin kepadanya itu kemudian daripada turunnya daripada keadaannya hakim sekali pun. Kerana tiada disyaratkan pada wakil bahawa adalah ia hakim pada kampung itu.

Dan keadaan laki-laki itu, tiada hendak pulang atau menghendaki berzina dengan perempuan itu, bukannya uzur yang syar'i atas bahawasanya ia pekerjaan yang boleh ditolakkan dengan mudah, bahkan wajib ditolakkan dia. Dan jika dengan sehingga-hingga payah sekali pun. Dan tiada sah diqiyaskan keadaan wakil itu musafir pada ketika hendak nikah itu atas ihram wali, kerana ihram itu mani' yang lazim akan zatnya sebagai mulazamah yang syar'i selama belum tahallulnya pada barang mana tempat dan masa. Bersalahan safar wakil, maka ketiadaan dapat ia menikahkan itu dengan sebab semata-mata belum mengetahuinya dengan keadaan dirfuya wakil sahaja, bukannya kerana uzur yang muktabar. Dan apabila mengetahui ia dengan demikian itu, niscaya sah menikahkannya pada barang mana tempat dan masa kerana safarnya itu tiada menggugurkan dia daripada keadaannya sebagai wakil daripada wali itu. Demikian lagi terturunnya daripada keadaannya sebagai hakim tiada menggugurkan dia daripada keadaannya sebagai wakil juga. Maka tiada sah bahawa menikahkan perempuan itu oleh yang lain daripada wali atau barang mana wakil baginya dengan sebab semata-mata safar wakil itu, dan jika adalah yang menikahkan dia itu hakim syar'i pada kampung itu sekali pun. Kerana bahawasanya walinya itu ada ia, padahal tiada jauh ia, dan tiada enggan ia daripada mengkahwinkan akan mauliyahnya, dan jika dengan berwakil kepada wakil yang lain pula sekali pun. Wallahu Ta'ala a 'lam.

Masalah Perempuan Minta Dikahwinkan Cara Tahkim Daripada Seorang Laki-laki Yang Dipercayainya
Bahasa AsalMelayuJumlah Pembaca102Negara AsalThailandTahun1996PengarangHj. Wan Mohd Shaghir AbdullahRujukanMajlis Fatwa Fatani, ThailandNota(35) Jawaban no. 75 ini kemungkinan dijawab oleh anak beliau, iaitu Haji Wan Ismail bin Syeikh Ahmad al-Fathani, kerana pada akhir jawaban ditulis nama Ismail Ahmad Fathani. Mengenainya lihat nota kaki no. (30) SOAL NO. 75

Adakah harus bagi seseorang perempuan yang tiada baginya wali sama sekali atau walinya ghaib yang syar'i mentahkimkan akan seorang laki-laki bahawa mengkahwinkan ia akan dia kepada laki:' laki yang kufu sama ada pada qaryah (kampung) itu qadhi atau tiada padanya qadhi.

JAWAB NO. 75

Harus bagi seorang yang ditahkimkan akan dia. mengkahwinkan akan perempuan yang mentahkimkan jika padanya kepatutan bagi menjadi qadhi, dan jika ada pada qaryah itu qadhi sekali pun. Dan harus bagi yang ditahkimkan yang tiada padanya kepatutan menjadi qadhi, tetapi adil, ia mengkahwinkan pada qaryah yang tiada padanya qadhi. Maka yang adil itu orang yang tiada mengerjakan akan dosa besar, seperti: bunuh, zina, makan riba, makan harta anak yatim, dan lainnya. Dan tiada mengekali mengerjakan akan dosa keeil, seperti: melihat kepada perempuan yang asing, dan sentuhannya jima' akan isteri yang raj 'iyah, menjual arak, dan lainnya. Ismail Ahmad Fathani (35)

Wali Nikah
Bahasa AsalMelayuJumlah Pembaca242Negara AsalBruneiTahun2004PengarangUstaz Haji Awang Abdul Aziz bin JunidRujukanJabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei DarussalamNotaFatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam 2004 Soalan:

Dengan hormatnya sukacita dihadapkan persoalan-persoalan mengenai wali nikah seperti berikut:
1. Seorang anak bukan Islam dilahirkan sebelum kedua ibu bapanya berkahwin mengikut adat. Setelah anak terse dewasa, dia telah memeluk agama Islam sedangkan kedua i bapanya tidak memeluk agama Islam. Anak terse mempunyai seorang adik perempuan yang juga memel agama Islam, yang mana adik perempuannya itu dilahirk setelah kedua ibu bapa mereka berkahwin mengikut a Dusun.

Adakah si abang (seorang Muallaf) layak menjadi wali kepada adik perempuannya, sedangkan orang yang beragama Islam yang lahir sebelum kedua ibu bapanya berkahwin adalah dianggap anak yang tidak sah taraf dan tidak boleh menjadi wali.

2. Seorang anak bukan Islam dilahirkan setelah kedua ibu bapanya berkahwin mengikut adat. Akan tetapi kelahirannya kurang daripada 180 hari dari tarikh perkahwinan kedua ibu bapanya. Setelah anak tersebut dewasa, dia telah memeluk agama Islam, sedangkan kedua ibu bapanya tidak memeluk agama Islam. Anak tersebut mempunyai seorang adik perempuan yang juga memeluk agama Islam, yang mana adik perempuannya itu merupakan anak kedua hasil daripada perkahwinan ibu bapa mereka.

Adakah layak si abang (seorang Muallaf) menjadi wali kepada adik perempuannya, sedangkan seorang yang beragama Islam yang lahir kurang daripada 180 hari dari tarikh perkahwinan kedua ibu bapanya adalah dianggap anak yang tidak sah taraf dan tidak boleh menjadi wali.

Sehubungan dengan itu, dipohonkan fatwa berkenaan dengan seberapa segera bagi mengatasi masalah-masalah yang berbangkit dalam permohonan perkahwinan.

Jawapan:

الحمد لله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب ، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل ، وآله وصحبه أجمعين ، وبعد

Antara orang yang layak menjadi wali dalam suatu pernikahan itu ialah saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa. Saudara lelaki seibu sebapa itu berhak menjadi wali sekiranya bapa dan datuk perempuan telahpun meninggal dunia atau tidak layak menjadi wali kerana bukan beragama Islam.

Melihat kepada permasalahan di atas, kedua-dua keadaan itu tidak menggambarkan hubungan nasab seibu sebapa atau sebapa kepada perempuan yang hendak bernikah kerana dalam permasalahan pertama lelaki yang akan menjadi wali kepada adiknya itu lahir sebelum ibu bapa mereka berkahwin. Oleh itu, maka lelaki tersebut tidak sabit nasabnya kepada bapa perempuan yang akan bernikah. Maka tidaklah ada pertalian nasab seibu sebapa atau sebapa antara lelaki dan perempuan berkenaan.

Begitu juga dengan permasalahan kedua di mana lelaki yang akan menjadi wali itu telah lahir kurang daripada 180 hari dari sejak boleh bersatu ibu bapanya selepas perkahwinan mereka. Hal ini menyebabkan lelaki tersebut tidak boleh dinasabkan kepada bapa perempuan yang akan bernikah sebagaimana pendapat majoriti para ulama. (Sila lihat Hasyiah al-Baijuri, at- Tuhfah dan Fiqh al-Islami wa Adillatuh).

Maka dalam kedua-dua keadaan tersebut, lelaki yang akan menjadi wali itu tidak boleh menjadi wali nikah kepada perempuan berkenaan kerana tidak sabit nasabnya kepada bapa perempuan yang akan bernikah. Maka nasabnya juga tidak sabit sebagai abang seibu sebapa atau sebapa kepada perempuan yang akan bernikah menurut syara’.

Sindiket jurunikah ‘touch n go’ dikesanOleh Jalal Ali Abdul Rahim
bhnews@bharian.com.my
2011/09/22
IPOH: Satu sindiket juru nikah palsu dikesan bergiat aktif di beberapa negeri termasuk Perak dengan menawarkan khidmat menikahkan pasangan Islam terutama yang berdepan masalah atau kesukaran berkahwin dengan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM5,000 setiap pasangan.

Sindiket itu turut diberi jolokan sindiket nikah ‘touch n go’ kerana kelicikan dalangnya, lelaki dikenali panggilan ‘Tok Ayah’ berusia lewat 40-an atau awal 50-an yang menyediakan khidmat itu secara bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Modus operandi sindiket itu ialah Tok Ayah membawa konco-konconya bertemu pasangan yang mahu mendapatkan khidmat mereka di tempat ditetapkan, termasuk di tepi jalan sebelum menikahkan ‘pelanggannya’. Berdasarkan risikan, Tok Ayah dikatakan berpangkalan di Kedah tetapi bergerak antara negeri itu sehingga Wilayah Persekutuan bagi menawarkan khidmatnya sekali gus menarik minat pasangan tertentu yang memilihnya sebagai jalan pintas untuk bernikah.

Ia disebabkan pasangan terbabit tidak mahu bersusah payah mematuhi prosedur ditetapkan pihak berkuasa agama negeri atau apabila berdepan masalah untuk berkahwin sehingga sebelum ini pasangan seperti itu sering pergi bernikah di negara jiran.

Lelaki itu juga didakwa membekalkan sijil nikah palsu dan di Perak, kegiatan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) mengesan dan merampas beberapa sijil nikah palsu yang ditiru berdasarkan format sijil nikah baru versi jawi digunakan di Perak berkuat kuasa di negeri terbabit tahun lalu.

Pengarah JAIP, Mohd Yusop Husin, berkata siasatan mendapati Perak menjadi tempat persinggahan Tok Ayah melakukan kegiatan itu antara Kedah dan Wilayah Persekutuan dan di negeri ini, suspek dikatakan menggunakan seorang ejen bagi memudahkan urusan mendapatkan pasangan untuk dinikahkan.
Bagaimanapun, katanya, lelaki itu sukar diberkas kerana begitu licik menjalankan kegiatannya termasuk secara bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain menemui ‘pelanggannya’.

“Antara kes terbaru yang kita kesan dikatakan berlaku di Margosa (Bandar Seri Botani, dekat Simpang Pulai).

“Berdasarkan maklumat, lelaki ini menikahkan sendiri pasangan selain turut membawa bersamanya saksi sebelum memberikan sijil nikah palsu tertera nama pendaftar bertauliah. Bayaran dikenakan bagi proses itu antara RM2,000 hingga RM5,000 yang perlu dijelaskan sebaik proses selesai.

“Sijil asli mempunyai lapan ciri keselamatan namun pemeriksaan sijil nikah palsu yang kita peroleh mendapati ada perbezaan dari segi saiz, warna dan kualiti kertasnya. Dari segi warna umpamanya, warna kuning pada logo Perak lebih pudar berbanding yang asli,” katanya kepada Berita Harian.

Friday, September 16, 2011

Puasa enam dibuat berterusan lebih afdal

RAMADAN melabuhkan tirainya dengan penuh kesyahduan dan pengharapan supaya dipertemukan lagi dengan Ramadan tahun depan. Keriangan terpancar di wajah mereka yang menyambut hari raya sebagai tanda kemenangan menghadapi ujian Ramadan lalu.

Orang yang beriman hendaklah yakin dengan apa yang diperoleh daripada Ramadan baru berlalu iaitu mendapat ganjaran terbaik di sisi-Nya seterusnya bersangka baik dengan Allah SWT terhadap amalan dilakukan. Ibnu Masud menyebut, Baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Tuhan yang tiada sekutu bagi-Nya tiada sesuatu pemberian yang terbaik dari Allah SWT selain dari bersangka baik dengan-Nya kerana ia akan memperoleh seperti apa yang disangkakan.” Hadis sahih menyebut yang bermaksud: “Jika seseorang memohon, hendaklah memohon yang terbaik dan terbanyak.” (Al-Hadis)

Allah SWT tidak pernah berasa segan untuk memakbulkan doa yang dimohon dan gembira apabila diminta dalam kuantiti yang banyak.

Walaupun Ramadan sudah berlalu, kita masih lagi mempunyai talian hayat untuk menambahkan amalan Syawal, iaitu berpuasa enam hari selagi Syawal masih ada. Ia adalah puasa sunat selama enam hari bermula dua Syawal hinggalah penghujungnya.

Puasa Syawal adalah lebih afdal (lebih baik) dilakukan secara berturut-turut daripada dilakukan secara berselang seli. Berpuasa secara berturut-turut adalah digalakkan kerana ia lebih hampir kepada fokus yang tinggi kepada pengabdian berterusan.
Fadilat atau kelebihan puasa sunat Syawal disebutkan dalam hadis Abi Ayyub dari Abu Hurairah bahawa Baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian disusuli berpuasa enam hari Syawal seolah-olah ia mendapat ganjaran berpuasa setahun.” (Hadis riwayat Muslim)

Ini disokong oleh As-Sya’bi dalam kitabnya Al-Manawi yang menunjukkan bahawa ganjaran puasa sunat Syawal sangat besar di sisi Allah SWT.

Ada riwayat menyebut, Allah SWT menciptakan langit dan bumi selama enam hari, iaitu pada Syawal. Sesiapa berpuasa pada bulan ini akan dianugerahkan kebajikan pahala seperti bilangan makhluk di dalamnya, diampunkan dosanya serta diangkat darjatnya di sisi Allah SWT. (Durratul Waizin 71)

Sufyan Atthauri pernah berdoa supaya diberi kekuatan untuk melakukan puasa Ramadan dan enam hari Syawal kerana kelebihan yang ada pada kedua-duanya.

Daripada Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian disusuli dengan puasa Syawal seolah-olah ia baru saja dilahirkan dalam keadaan suci bersih dari dosa kesalahan.” (Targhib Wattarhib Fi Fadail A’mal)

Nabi SAW juga pernah mengumpamakan orang yang berpuasa selepas Ramadan seperti orang yang lari dari satu peperangan dan kembali untuk bertarung semula. Menunjukkan bahawa ia sanggup kembali ke medan perjuangan bagi meraih pahala berlipat ganda.

Antara tujuan atau hikmah puasa sunat Syawal adalah untuk mengekang nafsu balas dendam terhadap Ramadan lalu yang terkadang umat Islam terleka kerana keghairahan menyambut hari raya.

Fadilat lain, ditambahkan rahmat dan kempunan ketika hampirnya masa roh seseorang akan berpisah dengan jasad (sakratul maut), dipermudahkan ketika berurusan dengan dua malaikat di alam barzakh dan ganjaran pahala setahun serta tiket pelancongan ke syurga di bawah pembiayaan Allah SWT. (Durratu Nasihin-Ibnu Ahmad As Syakir)

Persoalan berkaitan menyatukan antara puasa sunat Syawal dan puasa qada menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan ulama muasarah (kontemporari) di mana keputusan mendapati mengasingkan antara puasa sunat Syawal dan puasa qada adalah lebih baik serta digalakkan kerana puasa qada mempunyai ruang masa yang banyak untuk dilaksanakan berbanding puasa Syawal.

Apa yang membimbangkan adalah sifat berlengah sesetengah kita untuk berpuasa Syawal sehingga luput waktu dan terlepas peluang keemasan ini. Semoga kemenangan Ramadan akan disambut lagi selepas kemenangan Syawal yang masih banyak berbaki, jangan tunggu lagi.

Bersama Ustaz Zamanuddin Jusoh
bhnews@bharian.com.my
2011/09/03
Penulis ialah Eksekutif Agama The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP)

Saturday, September 6, 2008

NIAT SEKALI; QADHA DAN PUASA ENAM
Soalan; Bolehkah puasa qada dilakukan bersama puasa sunat iaitu, Qada Ramadhan dan juga puasa sunat, contohnya puasa sunat enam yang mana niat qada ramadhan dahulu diikuti dengan puasa enam, contohnya "Sahaja aku berpuasa esok hari, Qada Ramadhan and puasa sunat enam kerana Allah Taala"?

Jawapan;

Ya. Harus diniatkan sekali. Namun jika mampu memisahkannya –yakni melakukan puasa secara berasingan- itu yang sebaik-baiknya. Apabila berlaku pertembungan antara puasa Qadha dan puasa enam, kita boleh memilih seperti berikut;
a) Yang terbaik ialah kita menyelesaikan dahulu puasa qadha, kemudian diiikuti dengan puasa enam.
b) Jika kita tidak mampu puasa kedua-dua sekali dalam bulan Syawal, harus kita mendahulukan puasa enam di bulan Syawal, adapun puasa Qadha kita lakukan pada bulan-bulan lain.
c) Jika kita tidak mampu berpuasa kedua-duanya secara berasingan, harus kita meniatkan kedua-duanya dalam satu puasa. Malah sebahagian ulamak berkata; jika seseorang berpuasa dengan niat qadha dalam bulan Syawal, otomatik akan dapat untuknya pahala puasa enam sekalipun tanpa ia meniatnya kerana yang diperkira ialah wujudnya sebarang puasa dalam bulan Syawal itu.

Susunan di atas adalah mengikut keutamaan. Yang paling utama ialah pilihan (a), diikuti (b) dan seterusnya (c).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Fatawa; Min Ahsan al-Kalam, Syeikh ‘Atiyah Saqar, 2/22-23.
2. Fatawa ‘Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 213-214.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 7:33 AM 0 comments

Labels: Ibadah


Wednesday, October 24, 2007

BENARKAH TIDAK DITERIMA RAMADHAN TANPA PUASA 6HARI BULAN SYAWAL
Soalan : Adakah benar jika seseorang itu tidak berpuasa enam selepas berpuasa ramadhan maka itu menunjukkan bahawa puasa ramadhannya tidak diterima ALLAH ?

Jawapan ;

Bismillahirrahmanirrahim

Puasa 6 hari di bulan Syawal adalah sunat berdasarkan hadis sohih dari Nabi Muhammad SAW.

“ Satu amalan sunat jika dilakukan adalah diberikan pahala dan jika ditinggalkan tidaklah berdosa.”

Oleh demikian, tidak benarlah apa yang saudara sebutkan itu memandangkan puasa 6 hari bulan Syawal hanya sunat sahaja dan tidak menjejaskan puasa Ramadhan yang dilakukan sekiranya puasa 6 hari itu tidak dikerjakan.

Apa yang boleh menjejaskan puasa Ramadhan ialah perkara-perkara yang kita lakukan semasa di bulan Ramadhan, di antaranya melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa atau tidak menajaga puasa dari sudut akhlak dan penghayatan.

Wallahualam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 10:49 AM 0 comments

Labels: Ibadah


Thursday, October 11, 2007
MENGHIMPUNKAN NIAT PUASA ENAM DENGAN PUASA QADHA

Soalan; Adakah harus menghimpunkan niat puasa enam hari di bulan Syawal dengan puasa Qadha’ iaitu satu puasa untuk dua niat/tujuan?

Jawapan;

Syeikh Dr. ‘Ali Jum’ah (Mufti Mesir sekarang) dalam buku himpunan fatwanya menjelaskan; “Jika seseorang itu mampu menunaikan puasa Qadha yang tertanggung atasnya terlebih dahulu kerana berbuka pada bulan Ramadhan, kemudian setelah itu ia menunaikan puasa enam, maka itu yang paling baik (afdhal) kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

دَيْنُ اللهُ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَىَ
“Hutang dengan Allah lebih utama untuk ditunaikan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Dalam pada itu, harus dihitung puasa enam dari puasa Qadha yang dilakukan dalam bulan Syawal mengikut pandangan mazhab Syafi’ie.[1] Namun yang paling baik ialah mengasingkan kedua-duanya (yakni dilakukan berasingan) untuk mengelak pertikaian dari pandangan mazhab lain (yang tidak mengharuskannya) di samping dapat memperbanyakkan amal soleh. Dan harus juga ia mendahulukan puasa enam hari dalam bulan syawal dan menunaikan puasa qadha di bulan-bulan yang lain (selepas syawal) sebelum tiba Ramadhan berikutnya”.

Wallhu A’lam.

Rujukan;

1. al-Kalimu at-Thayyib; Fatawa ‘Ashriyyah, Syeikh Dr. ‘Ali Jum’ah, hlm. 99.

[1] Lihat dalam al-Majmu’, 3/235.

Monday, September 12, 2011

Hukum guna barang milik orang lain

SAYA tinggal di asrama. Kawan-kawan saya sudah pindah dari asrama dan ada meninggalkan barang-barang termasuk makanan dan serbuk pencuci.

Bolehkah saya mengambil dan menggunakan barang-barang itu kerana jika tidak digunakan, apabila sampai waktu pembersihan bangunan, ia bakal dibuang pihak asrama.


Saya rasa sayang kerana ia masih boleh digunakan lagi. Apa hukumnya jika saya makan makanan itu? Saya tidak pasti sama ada mereka akan mengambil makanan itu semula atau sebaliknya.

SITI,

PERAK

MENJUMPAI barang orang lain termasuk dalam hukum luqatah dalam fiqah Islam.
Terdapat beberapa hukum berkaitan antaranya pertama, harus menggunakan dan mengambil faedah termasuk memakannya sekiranya ia dianggap remeh dan kecil oleh masyarakat setempat seperti barang yang anda temui di asrama itu.

Ia adalah rukhsah yang diberikan Rasulullah s.a.w untuk diambil faedah.
Bagaimanapun, sekiranya anda pasti tuannya, hendaklah berhubung dan meminta izin. Lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan sistem pesanan ringkas (SMS) sekarang.

Kedua, haram menggunakannya apabila ia membabitkan benda besar dan berharga seperti kereta dan haiwan yang mampu hidup sendiri.

Ia hendaklah dibiarkan atau dilaporkan kepada pihak berkuasa. Ini kerana tuannya dapat mencari benda yang hilang berkenaan. Umar pernah berkata: “Barang siapa yang mengambil haiwan yang sesat sesungguhnya ia bersalah.”

Ketiga, sekiranya ia antara benda yang dijumpai adalah pertengahan antara kedua-dua di atas seperti ikan, ayam dan barang-barang yang mudah rosak, sese�orang boleh menilai de�ngan mengambil tindakan yang lebih baik sama ada menggunakannya sebagai hutang yang perlu dibayar apabila empunyanya ditemui, menjual dan menyimpan hasil jualan untuk diserahkan kepada empunya apabila ditemui.

Sekiranya barangan itu tidak mudah rosak seperti jam dan gelang, ia hendaklah dihebahkan di tempat orang ramai seperti masjid dan pusat masyarakat.

Selepas setahun, ia boleh dimiliki atau dijual dengan hasilnya dikira sebagai simpanan. Tetapi ia tetap hak milik orang lain dan perlu dipulangkan apabila ada tuan yang menuntut dan terbukti pemiliknya selepas siasatan. (Lihat juga ‘Hukum Luqatah (jumpa barang orang lain,’ http://muis.ismaweb.net/2010/03/e-g-hukum-luqotah-jumpa-barang-org-lain/)