Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang halal nikah adalah haram.
Kerana firman Allah
قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم ويحفظوا فروجهم ذلك أزكى لهم إن الله خبير بما يصنعون وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;.
Ayat ini mengharam kan lelaki dan perempuan memandag antara keduanya maka diqiaskan menyentuh kerana menyentuh terlebih bersangatan membangkitkan sahwat dari memandang, qias ini dinamakan qias aulawi.
رُوِي عن معقل بن يسار أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : “لأن يُطعَن في رأس أحدِكم بمِخْيَط من حديد ، خير له من أن يَمَسَّ امرأةً لا تَحِل له” ، رواه الطبراني والبيهقي
Di riwayat daripada Ma’kil bin Yasar bahawa Rasulullah bersabda “sesunguhnya ditikam pada kepala seorang kamu dengan jarum yang diperbuat dari besi terlebih baik baginya daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya.
Menurut mazhab syafie menyentuh perempuan yang halal nikah adalah haram sama ada sahwat atau tidak, sama ada muda mahupun yang tua, melainkan kanak-kanak yang belum sampai had sahwat. والله اعلم.
Ustaz Alias, Pondok Pasir Tumbuh
Ya Allah, Jadikanlah Kecintaan terhadap Mu lebih daripada mencintai sesuatu, Mengasihi Saudara Islam Melebihi Diriku, Sucikanlah aku daripada keinginan dunia dengan rindu berjumpa dengan Mu. Sesungguhnya Kehidupan Akhirat Adalah Lebih Baik Dan Yang Kekal.
Saturday, November 19, 2011
Sunday, November 6, 2011
Apakah hukum melekatkan tag telinga pada binatang-binatang ternakan seperti yang dilakukan oleh Jabatan Haiwan Negeri Perlis dan apakah hukumnya jika
Apakah hukum melekatkan tag telinga pada binatang-binatang ternakan seperti yang dilakukan oleh Jabatan Haiwan Negeri Perlis dan apakah hukumnya jika binatang tersebut dijadikan korban atau aqiqah?
Keputusan:

JAWAPAN:
Melekatkan tag telinga pada binatang-binatang ternakan adalah harus dan membuat korban binatang tersebut adalah sah serta tidak makruh kerana ia tidak termasuk di dalam ertikata cacat yang dinyatakan di dalam hadis-hadis ataupun kitab-kitab fiqah.
Keterangan/Hujah:
DALIL:
(i) Maksudnya:
"Rasulullah saw. Mengarahkan kami supaya meneliti mata dan telinga (binatang korban) dan mengarahkan kami supaya kami tidak berkorban dengan binatang yang terpotong telinganya sehingga terjuntai atau yang telinganya carik, begitu juga yang telinganya berlubang panjang atau bulat".
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa hanya kerosakkan yang teruk sahaja yang dilarang untuk binatang korban dan tag telinga bukanlah suatu kecacatan kerana ia tidak menyebabkan telinganya carik atau berlubang yang mencacatkan dan tidak memudaratkan binatang itu.
(ii) Hadis al Barrak bin Azib
Maksudnya:
"Nabi saw bersabda; "Empat perkara yang tidak harus ada pada binatang korban, kabur mata yang bersangatan, sakit yang teruk, tempang yang menonjolkan tulang rusuk serta sangat kurus sehingga tidak ada lemak".
Hadis ini juga menunjukkan bahawa hanya kecacatan atau kurus yang bersangatan sahaja yang menyebabkan korban tidak sah atau makruh. Penggunaan tag telinga tidak membawa apa-apa kecacatan kepada binatang tersebut.
(iii) Maslahah
Penggunaan tag telinga adalah untuk memudahkan pendaftaran dan pengenalan oleh Jabatan Haiwan serta untuk kawalan kesihatan terhadap haiwan berkenaan. Oleh itu tag telinga adalah sangat bermanfaat untuk kesihatan dan keselamatan haiwan serta pemilik-pemiliknya. Dengan itu nyatalah bahawa ia tidak termasuk di dalam ertikata cacat yang boleh menyebabkan tidak sah atau makruh sesuatu ibadah korban.
(iv) Perkara ini juga termasuk di dalam maksud hadis Rasulullah saw.
Maksudnya:
"Kamu lebih mengetahui mengenai urusan dunia kamu".
Hadis ini dinyatakan ketika baginda awa menegur para sahabat yang melakukan "talqih" kepada bunga-bunga pokok kurma, lalu para sahabat tidak melakukannya sehingga menyebabkan buah kurma berkurangan pada tahun tersebut, lalu Rasulullah saw. Menyatakan hadis yang tersebut di atas.
Penggunaaan tag telinga adalah termasuk di dalam urusan keduniaan yang tidak bertentangan dengan syarak serta maqasidnya (tujuan-tujuannya). Oleh itu ia adalah harus dan sah melakukan korban binatang yang dilekatkan tag telinga yang tidak mencacatkan seperti yang disebutkan di atas.
Jabatan Mufti Perlis

KORBAN JANGAN JADI UPAH
Menjelang musim hariraya korban, maka mungkin beberapa peringata patut diulangi agar amalan korban kita benar-benar memenuhi tuntutan syarak. Antaranya, daging korban tidak boleh dijual oleh pembuat korban, sama ada dengan cara tukaran wang atau tukaran tenaga kerja. Apa sahaja transaksi yang membawa erti ‘menjual binatang yang telah dikorbankan’ samada dengan tukaran duit atau tenaga atau selainnya, adalah dilarang.
Ini kerana para fuqaha (sarjana fekah) bersependapat bahawa adalah haram hukumnya daging sembelihan korban (al-adhiyah) itu dijual. Kata Ibn Rusy di dalam Bidayah al-Mujtahid:
“Pada pengetahuanku para ulama telah sepakat bahawa tidak diharuskan menjual daging korban” (1/703, Beirut: Dar al-Khair)
Upah Hasil Korban
Secara umumnya menjual daging korban oleh pembuat korban itu dilarang ini telah diketahui oleh kebanyakan kita. Namun ada yang terlupa bahawa syarak juga menetapkan bahawa memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau sebagai sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli. Iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja. Larangan memberikan daging atau selainnya sebagi upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub dalam hadis-hadis yang sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim. Daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:
“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari Muslim).
Gambar Hiasan
Di dalam riwayat al-Imam Muslim ditambah dengan ucapan Saidina `Ali: “Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri”.
Ya, walaupun hadis di atas berkaitan dengan sembelihan haji namun sama juga hukumnya dalam masalah korban. Apa yang penting ialah larangan menjadikan sembelihan yang disembelih bagi melaksanakan suatu tuntutan ibadat sebagai bahan jual beli, iaitu membeli tenaga kerja dengan bayaran daging sembelihan korban atau al-hadi (sembelihan haji).
Ini telah dijelaskan oleh al-Imam as-Son `ani dalam Subulus as-Salam, katanya:
“Hadis ini menunjukkan bahawa disedekahkan kulit dan apa yang menutupi binantang korban sepertimana disedekahkan dagingnya. Ianya tidak boleh diberikan kepada penyembelih atau pelapah sedikitpun darinya. Ini kerana termasuk dalam hukum jualan disebabkan kedudukannya sebagai upah. Hukum sembelihan korban sama juga dengan hukum sembelih haji dimana daging dan kulitnya tidak boleh dijual juga tidak boleh diberikan kepada penyembelih dan pelapah sedikitpun daripadanya. (4/148. Beirut: Dar al-Ma’rifah)
Larangan
Dengan hadis di atas jelas bahawa dilarang sesiapa yang melakukan korban memberikan daging atau apa-apa bahagian yang boleh dimanfaatkan dari binatang korban kepada penyembelih atau pelapah sebagai upah, seperti memberi daging atau kulit atau apa yang ada dibelakang binatang tersebut seperti pelana dan lain-lainnya. Sehingga al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim mengkritik pendapat Hasan al-Basri yang membenarkan diberikan kulit kepada penyembelih atau pelapah. Al-Imam an-Nawawi terus mengulas ringkas pendapat ini dengan katanya:
“Pendapat ini telah memcampakkan (membelakangi) sunnah” (juz. 9 m.s. 435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut)
Ketika mengulas Saidina Ali bin Abi Talib di atas, al-Imam al-Imam an-Nawawi menyatakan dalam Syarh Sahih Muslim:
“Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya. Ini adalah tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).
Gambar Hiasan
Maksud al-Nawawi ialah dengan perbuatan ini bererti kita telah menjual daging korban sebagai tukaran dengan khidmat penyembelihan. Al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya yang lain iaitu al-Majmu’ sekali lagi menegaskan pendirian al-Mazhab al-Syafi`, katanya:
“Telah sepakat al-Imam al-Syafi`i dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafi`i bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah dan sembelihan korban dijual. Samada ia korban nazar atau sunat. Ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih ..”(8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr)
Kata al-Imam Taqiyuddin al-Syafi`i di dalam kitabnya Kifayah al-Akhyar:
“Tidak boleh dijadikan bahagian dari korban itu sebagai upah untuk penyembelih walaupun korban itu adalah korban sunat.( m.s 149. Beirut: Dar So`ab)
Kata al-Syeikh Muhammad Abd al-Qadir Abu Faris dalam kitabnya Ahkam al-Zabaih fi al-Islam:
“Tidak halal (haram) bagi sesiapa yang melakukan korban memberi walaupun sedikit bahagian korban kepada penyembelih sebagai upah sembelihan atau melapah.( m.s. 143. Ctk.: Jordan: Maktabah al-Manar)
Seperti yang ditegaskan tadi bahawa termasuk dalam larangan ini ialah memberikan bahagian korban kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengurusan korban atas dasar upah atau kerja yang dilakukannya.
Beri Upah Asing
Mungkin akan timbul persoalan apakah para petugas sembelihan tidak memperolehi apa-apa ganjaran dari kerja yang mereka lakukan? Kita perlu jelas bahawa hadis-hadis tersebut bukan melarang memberikan upah kepada para peneyembelih atau pelapah. Larangan dalam hadis-hadis berkenaan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Adapun jika upah itu berbentuk wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban maka itu adalah tidak termasuk dalam larangan, bahkan adalah sepatut kerja dan tenaga seseorang itu dibayar upah. Sebab itu dalam riwayat tambahan al-Imam Muslim yang disebutkan tadi, Saidina Ali menyebut: “Kami memberikan kepada penyembelih atau pelapah dari harta kami sendiri”. Ertinya mereka akan tetap mendapat ganjaran dari hasil kerja mereka melalui upah yang beri dari wang atau sebagainya tetapi bukan upah itu tidak diambil dari bahagian korban.
Setelah melihat penjelasan ringkas ini maka perlulah kita sedari kalaulah amalan ini diteruskan iaitu mengambil mana-mana bahagian dari binatang korban yang disembelih samada daging, kulit atau sebagai upah bererti kita telah merosak pahala korban yang dijanji. Kata Mustafa al-Khin dan Mustafa al-Bugha dalam Al-Fiqh al-Manhaji ketika menjelas fiqh korban di dalam mazhab al-Syafi`i:
“Tidak boleh untuk sesiapa yang melakukan korban itu menjual atau memberinya kepada penyembelih sebagai upah sembelihan, kerana ini mengurangkan apa yang dikorbankan dan merosakkannya”.( juz 1 m.s.235. Ctk. Dar al-Qalam, Damsyik.)
Syarat Dibolehkan
Walau bagaimanapun pemberian kepada penyembelih dari bahagian korban dibolehkan sekiranya ia diberikan bukan di atas dasar upah. Perkara ini dapat diukur dengan diandaikan sekiranya penyembelih atau pelapah tidak melakukan kerja-kerja tersebut pun sememangnya bahagian tersebut ingin diberikan kepadanya. Sebaliknya jika diandaikan jika tidak kerana kerja yang dilakukan maka sudah tentu dia tidak memperolehi bahagian tersebut, maka ini dianggap sebagai upah. Ia merosakkan korban. Kata Wahbah al-Zuhaili dalam Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh:
“Jika diberi kepada penyembelih dari apa yang dikorban disebabkan kefakirannya atau sebagai hadiah maka ini tidak mengapa“. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)
Ini seperti memberikan kepada penyembelih di atas dasar kemiskinan atau persahabatan yang sekirannya tanpa kerja yang telah dilakukan pun dia tetap akan diberikan. Dalam contoh yang lain, diberikan kepada penyembelih atau pelapah atau petugas upah mereka dalam bentuk wang umpamanya, kemudian ketika dibahagi-bahagikan daging kepada orangramai maka turut diberikan kepada penyembelih atau pelapah atas dasar pemberian biasa, setelah mereka memperolehi upah yang sebenar dalam bentuk wang. Perkara seperti ini tentulah dibolehkan kerana pemberian itu tidak lagi di atas dasar upah dari bahagian korban kerana upah yang sebenar telah mereka perolehi.
Kata as-Syaukani dalam Nail al-Autar bahawa diriwayatkan daripada Ibn Khuzaimah dan al-Baghawi bahawa dibolehkan memberi bahagian korban kepada penyembelih jika dia adalah seorang yang fakir dan setelah diberi kepadanya upah yang lain (selain dari bahagian korban). (5/221. Beirut: Dar al-Jil)
Apa yang dikehendaki dari keterangan di atas, agar bahagian yang diperolehi oleh penyembelih atau pelapah atau petugas itu tidak disebabkan oleh kerja yang dilakukannya. Jika ini berlaku bererti telah melanggar larangan Rasulullah dan membatalkan korban.
Setelah kita melihat dalil yang sohih iaitu larangan baginda Nabi dalam hal ini serta ulasan yang jelas yang dibuat oleh para ulama, maka hendaklah kita menjaga agar tidak melanggarnya. Cara penyelesaiannya telah ditunjukkan oleh Saidina `Ali di dalam hadis yang yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim tadi iaitu kita memberikan upah dari duit kita sendiri bukan dari bahagian korban yang mengakibatkan rosaknya korban yang kita lakukan.
Sesungguhnya sikap bakhil atau mengambil kesempatan melepaskan diri dari upah wang ringgit kepada penyembelih atau pelapah dan seumpamanya dengan cara memberikan daging atau bahagian korban kepada mereka adalah lambang ketidaktulusan.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin

DAGING KORBAN DAN AQIQAH
Soalan; ustaz, soalan saya berkenaan Daging Aqiqah dan Daging Korban:-
1)Manakah lebih baik dan lebih afdhal samaada kita sedekahkan daging tersebut secara mentah-mentah atau kita masak terlebih dahulu dan beri makan kepada mereka yang berhak (buat kenduri)
2) Adakah boleh orang bukan islam makan Daging Aqiqah / Daging Korban ( mereka hadir dalam majlis kenduri dan makan makanan tersebut )
Terima Kasih Ustaz
Jawapan;
1. Bagi daging korban, sunat diagihkan dalam keadaan mentah. Jika hendak disedekahkan (atau dihadiahkan) setelah dimasak adalah harus. Cuma bahagian yang wajib disedekah kepada fakir miskin, hendaklah disedekahkan kepada mereka dalam keadaan mentah.[1] Adapun bagi daging aqiqah, sunat dimasak[2] iaitu disedekahkan (atau dihadiahkan) dalam keadaan telah dimasak, bukan dalam keadaan mentah sebagaimana daging korban. Masakan pula disunatkan yang manis sebagai bertafaul (yakni menaruh harapan baik) agar bayi yang dilahirkan itu akan manis/elok akhlaknya. Harus sama ada hendak menghantar daging yang dimasak itu ke rumah fakir miskin atau menjemput mereka memakannya di rumah. Namun menghantar masakan kepada mereka lebih afdhal dari memanggil/menjemput mereka ke rumah.[3]
2. Mengenai memberi daging korban kepada orang kafir, menurut Imam Hasan al-Basri, Abu Hanifah dan Abu Thur; ia adalah harus. Imam Malik pula memakruhkannya, malah memakruhkan memberi kulit binatang korban kepada mereka. Begitu juga dengan Imam al-Laith memakruhkannya. Adapun pandangan mazhab Syafi’ie, menurut Imam Nawawi; harus memberi makan kepada mereka jika korban itu adalah korban sunat, bukan korban wajib (yakni korban nazar)[4].
Wallahu a’lam.
Nota Kaki;
[1] Mensedekahkan daging korban kepada faqir atau miskin dari kalangan muslimin adalah wajib sekalipun sedikit iaitu dengan kadar paling minima yang dapat dinamakan sedekah. Jika orang yang melakukan korban dan ahli keluarganya memakan kesemua daging korbannya (tanpa ada sedikitpun yang disedekahkan kepada fakir miskin), maka ia wajib menggantinya dengan nilai/harga paling minima yang memadai sebagai sedekah, kemudian hendaklah ia membeli dengan harga itu daging untuk disedekahkan sebagai ganti yang dimakannya. Disyaratkan daging yang disedekahkan itu hendaklah dalam keadaan mentah dimana orang faqir dan miskin yang memperolehinya dapat menggunakannya mengikut kehendaknya sama ada menjualnya, memakannya atau sebagainya. Tidak memadai sekiranya disedekahkan dalam keadaan daging yang sudah dimasak atau pemilik korban memasak daging korban dan menjemput orang faqir atau miskin makan dirumahnya. Begitu juga tidak memadai sekiranya disedekahkan bahagian yang bukan daging seperti kulit, perut, limpa dan sebagainya. (Lihat; Al-Muhazzab, jil. 2, hlm. 838. al-Majmu’, jil. 8, hlm. 308-309 dan Al-Iqna’, jil. 2, hlm. 824).
[2] Termasuklah daging aqiqah nazar; sunat dimasak terlebih dahulu, kemudian barulah disedekahkan kepada fakir miskin. (Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 4, hlm. 370).
[3] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 322.
[4] Rujuk; al-Majmu’, jil. 8, hlm. 316.
- Ust. afnan fazil

NIAT KORBAN
Soalan; Saya telah niat untuk memberi korban selagi saya mampu untuk keluarga saya(iaitu anak-anak saya suami dan juga diri saya sendiri). Soalan saya bagaimana cara untuk saya niat...dan ketika melakukan korban saya selalu diminta memberikan nama orang yang kita nak bagi korban itu. Nama siapakah yang harus saya bagi sebab mereka cuma minta nama seorang saja ketika hendak menyembelih.
Jawapan;
Dinisbahkan kepada sebuah rumah/keluarga, korban adalah sunat kifayah dengan pengertian kalau seorang daripada anggota rumah/keluarga telah menjalankan korban maka terhasillah sunat korban tadi bagi semua anggota keluarga. Berkata Imam ar-Rafi’ie; “Seekor kambing tidak boleh dijadikan korban melainkan untuk seorang sahaja. Namun jika seseorang melakukan korban dengannya bagi pihak ahli keluarganya, maka terhasillah syi’ar dan sunnah bagi sekelian mereka”.[1] Ini berdalil kepada hadis dari ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Nabi s.a.w. menyembelih korban dengan dua ekor biri-biri dan baginda berkata; ‘Ya Allah, terimalah korban ini dari Muhammad serta ahli keluarga Muhammad” (Riwayat Imam Muslim dari Aisyah r.a.).
Begitu hadis dari Abu Ayyub al-Ansari r.a. yang menceritakan; “Kami pada mulanya (di zaman Nabi s.a.w.) melakukan korban dengan seekor kambing yang disembelih oleh seorang lelaki bagi dirinya dan bagi ahli keluarganya. Kemudian setelah itu, orang ramai saling berbangga (dengan binatang korban mereka), maka jadilah ia suatu kebanggaan (di mana disembelih bagi setiap orang seekor kambing atau lebih)” (Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’).
Itu jika dalam sebuah rumah ada beberapa orang. Adapun jika penghuni rumah seorang sahaja maka sunat ain ke atasnya melakukan korban.[2] Adalah makruh bagi sebuah rumah/keluarga sengaja meninggalkan sunat ibadah korban sedangkan ada di kalangan mereka orang yang mampu melakukannya.[3]
Mengenai niat, dalam setiap ibadah niat adalah wajib kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Sesungguhnya segala amalan adalah dengan niat”. Sebaik-baik niat bagi ibadah korban ialah ketika binatang korban itu disembelih. Maksud niat ialah kita menghadirkan di dalam hati bahawa binatang yang sedang disembelih itu ialah ibadah korban kita kerana Allah. Disunatkan kita melafazkan semasa sedang disembelih itu sebagaimana ucapan yang dilafazkan oleh Nabi s.a.w.;
“Dengan nama Allah. Ya Allah, terimalah korban ini dari ______ dan ahli keluarga ___________(sebutkan nama kita diruang kosong)”.
Jika kita tidak dapat hadir semasa binatang korban itu disembelih, harus kita mewakilkan niat kepada orang lain yang akan menyembelihnya. Mengenai nama yang hendak diserahkan, tidak menjadi masalah kita menyerahkan nama kita sendiri kerana pahalanya nanti akan diperolehi juga oleh keluarga kita bergantung niat kita. Namun jika kita hendak melakukan korban bagi pihak orang lain (yakni melakukan korban atas namanya, bukan sekadar meniatkan pahala untuknya), wajib memaklumkan kepadanya terlebih dahulu untuk mendapatkan keizinan darinya. Jika tidak dimaklumkan kepadanya atau tidak mendapat keizinan darinya, tidak terhasil ibadah korban itu untuknya.[4]
Wallahu a’lam.
Nota kaki;
[1] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 276.
[2] Al-Iqna’, jil. 2, hlm. 816.
[3] Kifayatul-Akhyar, hlm. 528.
[4] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 299. Mughni al-Muhtaj, jil. 4, hlm. 368.
- USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

AQIQAH DAN KORBAN SERENTAK PADA SEEKOR LEMBU
Jabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei
Soalan:
Saya ada kemusykilan tentang korban dan aqiqah. Ada yang mengatakan dibolehkan 1 ekor (korban dan aqiqah). Tetapi apa yang kami ketahui daripada seorang ustaz melalui ceramah di tv Brunei bahawa ia tidak boleh disatukan. Jadi bagaimana kedudukan sebenarnya dan saya berharap Pehin Mufti dapat menjelaskannya.
Jawapan:
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين ، وبعد
Seekor unta, lembu atau kerbau dagingnya boleh dikongsikan sama ada kesemua dagingnya itu khusus untuk aqiqah atau sebahagiannya untuk daging biasa sahaja ataupun untuk daging korban, asalkan pembahagian setiap seekor unta, lembu atau kerbau itu tidak melebih daripada tujuh bahagian.
Berkata al-Iman an-nawawi dalam al-Majmu’”
وتجزئ البدانة عن سبعة ، وكذا البقرة ، سواء كانوا أهل بيت أو بيوت ، وسواء كانوا متقربين بقربة متفقة ، أو مختلفة ، واجبة أو مستحبة ، أم كان بعضهم يريد اللحم . ويجوز أن يقصد بعضهم التضحية ، وبعدضهم الهدي
Ertinya: Memadai seekor unta, demikian juga lembu untuk tujuh orang, sama ada untuk sebuah ahli keluarga ataupun untuk beberapa ahli keluarga. Sama ada mereka itu melakukan korban dengan maksud yang sama ataupun berbeza, sama ada korban wajib atau sunat, atau sebahagian mereka hanya mahukan daging. Harus juga kalau sebahagian mereka bermaksud melakukan korban dan sebahagiannya lagi bermaksud al-hadyu (binatang yang disembelih di Tanah Haram sebagai dam haji atau umrah). (AI-Majmu' Sy al- M uhadzdzab: 8/291)
والله أعلم بالصواب
Soalan; adakah ibadah korban dan aqiqah blh dilakukan serentak? Contohnya seekor lembu ada 7 bahagian, sebahagian utk korban dan sebahagian lagi utk aqiqah?
Jawapan;
Aqiqah, sebahagimana harus dengan kambing, ia juga harus dengan lembu, kerbau dan unta. Sepertujuh (1/7) bahagian lembu/kerbau/unta menyamai seekor kambing. Oleh itu, seekor lembu/kerbau/unta boleh dijadikan aqiqah untuk tujuh orang anak. Dan harus seorang yang ingin melakukan aqiqah berkongsi lembu/kerbau/unta dengan orang lain yang tidak berniat melakukan aqiqah seperti ia mengingini 1/7 atau 2/7 dari bahagian unta/lembu itu untuk aqiqah dan adapun bahagian selebihnya diingini oleh orang lain untuk korban atau untuk dagingnya sahaja. Berkata Imam an-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’; “Jika disembelih seekor lembu atau unta untuk tujuh orang anak/bayi atau berkongsi pada lembu/unta itu sekumpulan orang, harus hukumnya sama ada semua mereka mengingini aqiqah atau sebahagian mengingini aqiqah dan sebahagian lagi inginkan dagingnya sahaja”.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Al-Fiqhul-Manhaji, jil. 3, hlm. 56.
2. Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 321.
- Ust Afnan Fazil

Larangan bagi daging korban pada bukan Muslim
SAYA tertarik dengan perbincangan ustaz berkenaan korban dan akikah minggu lalu. Bagaimanapun, saya masih ada beberapa persoalan dan memohon penjelasan ustaz.
1. Berkenaan daging korban, jika selepas diagih kepada fakir miskin dan juga para petugas masih ada bakinya, bolehkah ia diberi kepada orang bukan Islam?
2. Jika seorang fakir miskin itu menerima daging korban yang dikumpulkan agak banyak, contoh 4 @ 5 kilogram, bolehkah dia menjual sebahagian daripada daging itu termasuk kepada orang bukan Islam?
3. Bagaimana pula dengan kulit lembu korban, bolehkah ia dijual kepada pengusaha makanan atau pembuat kompang?
JAWAPAN:
Kebanyakan kita faham secara asas bahawa daging korban tidak boleh diberi kepada orang bukan Islam.
Pendirian ini memang berasas, asasnya para alim ulama kita berpandangan dengan pendapat Imam al-Syafie yang tidak membenarkan daging korban diberikan kepada orang bukan Islam, sama ada daging korban sunat mahupun daging korban nazar.
Ini kerana ibadah korban adalah perbuatan taqarrub kepada Allah SWT yang dikategorikan ibadah semata-mata, ibadah ini berkaitan dengan menyembelih binatang ternakan. Orang Islam sahaja yang berhak kepada daging korban tersebut. Serta manfaat daging itu hanya kebali kepada orang Islam sahaja.
Pandangan ini adalah berdasarkan kepada pembahagian daging mentah bukan daging yang sudah dimasak.
Sekiranya kita ingin menjemput jiran atau kenalan kita yang bukan beragama Islam dengan menjamu mereka daging korban, bagi mereka yang bermazhab al-Syafie hendaklah menambahkan daging lain yang dibeli dari pasar sejumlah yang yang mungkin boleh cukup untuk hidangan orang bukan beragama Islam lalu dicampurkan daging yang dibeli di pasar dengan daging korban kemudian dimasak bersama.
Anggaplah apa yang dimakan oleh tetamu kita yang bukan beragama Islam dari daging yang dibeli dari pasar dan bukan daging korban.
Namun persoalan ini pernah saya bincangkan sebelum ini. Demi berlaku adil kepada para Ulama mazhab selain Imam al-Syafie eloklah kita sama-sama perhatikan pandangan mereka dalam masalah ini;
Ulama Malikiyah berpendapat makruh memberi makan daging korban kepada orang-orang Yahudi dan Nasara.
Mazhab Hanbali pula mengharuskan memberi hadiah daging korban sunat kepada orang bukan Islam, tidak harus menghadiahkan daging korban wajib kepada mereka. (Kasyf al-Qina' 3;19 )
Dinyatakan juga bahawa dalam kitab al-Majmu' disebutkan harus memberi makan daging korban sunat kepada golongan fakir miskin ahli zimmah, tidak harus memberi mereka makan daging korban wajib.
Di dalam kitab al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, karya Imam al-Nawawi, disebutkan bahawa Ibn al-Munzir menyatakan ulama telah sepakat (ijmak) bahawa daging korban boleh diberi makan kepada fakir miskin orang Islam, namun mereka khilaf tentang memberi makan daging korban kepada golongan fakir miskin kafir ahli zimmah. (al-Majmu' Syarh al-Muhazzab; 8, 404 ).
Imam Hasan al-Basri telah memberi keringanan (rukhsah) memberikan mereka memakannya..
Ibnu Qudamah al-Maqdisiy dan al-Syarbainiy berpendapat, mazhab Maliki menghukumnya dengan makruh menghadiahkan dan memberi makan daging korban kepada orang beragama Yahudi dan Nasrani.
Memelihara nyawa
Mazhab Hanbali, al-Hasan, Abu Thur, berpendapat harus memberi hadiah dan memberi makan orang bukan Islam, kafir zimmi daging korban sunat, tetapi daging korban wajib, seperti korban nazar tidak harus. Hukumnya sama dengan hukum zakat dan kifarat sumpah.
Mazhab Syafie pula berpendapat tidak boleh memberi hadiah dan memberi makan orang bukan Islam daging korban sunat atau wajib. (al-Mughni wa al-Syarh al-Kabir 2:381).
Ibh Hazmin dari Mazhab Zahiriyah dalam kitabnya al-Muhalla 7:383 menyatakan tuan punya korban boleh memberinya makan kepada orang kaya dan orang bukan Islam atau dia menghadiahkan sedikit daripadanya.
Kesimpulan yang boleh dibuat:
lMazhab Syafie berpendapat haram memberi makan daging korban kepada orang bukan Islam, sama ada daging korban sunat atau wajib (nazar) kepada orang bukan Islam.
lMazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban sunat kepada orang bukan Islam dan tidak harus (haram) memberi mereka makan daging korban wajib, seperti korban yang dinazarkan, sama seperti hukum zakat.
lMazhab Hanbali berpendapat harus menghadiahkan daging korban sunat kepada orang bukan Islam dan haram menghadiahkan kepada mereka daging korban wajib.
Namun sekiranya keadaan masyarakat yang bukan beragama Islam sangat memerlukan, dalam erti kata kalau tidak dibantu keadaan mereka akan bertambah buruk dan dengan membiarkan mereka dalam keadaan melarat boleh mendatangkan bencana yang lebih buruk, maka dalam keadaan ini pandangan beberapa mazhab seperti pandangan ulama Maliki boleh diamalkan. Ini kerana memelihara nyawa adalah lebih utama dalam hal ini.
Mengenai menjual sebahagian daging korban mahupun kulitnya, di dalam hadis Rasulullah SAW mengarahkan Saidina Ali r.a supaya menguruskan daging korban serta apa-apa yang berkaitan dengan ibadah korban.
Maksud sabda baginda: Dari Ali r.a bahawa Rasulullah SAW memerintahkan agar dia menguruskan budan (unta-unta yang dikorbankan) Beliau, membahagi semuanya, dan jilalnya (kain yang diletakkan dibelakang unta ). Dan dia tidak boleh memberikan sesuatupun (dari korban itu) kepada penyembelihnya. (riwayat Bukhari no. 1717, tambahan dalam riwayat Muslim no. 439/1317).
Dalam riwayat yang lain Saidina Ali r.a memberitahu, yang bermaksud: Rasulullah SAW memerintahkanku agar aku menguruskan unta-unta korban baginda, mensedekahkan dagingnya, kulitnya dan jilalnya (kain yang diletak dibelakang unta ). Dan agar aku tidak memberikan sesuatupun (dari korban itu) kepada tukang sembelihnya. Dan Beliau bersabda: Kami akan memberikan (upah) kepada tukang sembelihnya dari kami. (riwayat Muslim no. 348, 1317)
Hadis ini secara jelas menunjukkan, bahawa Saidina Ali r.a diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk menyedekahkan daging korban, kulitnya, bahkan jilalnya. Dan tidak boleh mengambil sebahagian dari binatang korban itu untuk diberikan kepada tukang sembelihnya sebagai upah, kerana hal ini termasuk jual beli.
Daripada hadis ini banyak ulama mengambil dalil tentang larangan menjual sesuatu dari binatang korban, termasuk menjual kulitnya.
Imam Asy-Syafie r.h berkata: "Jika seseorang telah menetapkan binatang korban, bulunya tidak dicukur. Adapun binatang yang seseorang tidak menetapkannya sebagai korban, dia boleh mencukur bulunya. Binatang korban termasuk nusuk (binatang yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada Allah), dibolehkan memakannya, memberikan makan (kepada orang lain) dan menyimpannya.
"Ini semua boleh terhadap seluruh (bahagian) binatang korban, kulitnya dan dagingnya. Aku membenci menjual sesuatu darinya. Menukarkannya merupakan jual beli".
Beliau juga mengatakan: "Aku tidak mengetahui perselisihan di antara manusia tentang ini iaitu: Barang siapa telah menjual sesuatu dari binatang korbannya, baik kulit atau lainnya, dia (wajib) mengembalikan harganya -atau nilai apa yang telah dia jual, jika nilainya lebih banyak dari harganya- untuk apa yang binatang korban dibolehkan untuknya. Sedangkan jika dia mensedekahkannya, (maka) lebih aku sukai, sebagaimana bersedekah dengan daging binatang korban lebih aku sukai".
Perselisihan

Beliau juga mengatakan: "Aku tidak mengetahui perselisihan di antara manusia tentang ini, iaitu perselisihan dalam melarang menjual apa-apa yang berkaitan dengan binatang korban. Imam Syafie berpendapat sesiapa telah menjual sesuatu dari binatang korbannya, baik kulit atau lainnya, dia (wajib) mengembalikan harganya-atau nilai apa yang telah dia jual, jika nilainya lebih banyak dari harganya, untuk apa yang binatang korban dibolehkan untuknya.
Tukang sembelih diberi daging korban seperti orang ramai memperolehinya. Diberi daging korban kepada mereka bukan dengan niat upah sembelih, begitu juga ketika tukang sembelih menerima daging tidak boleh menganggapnya sebagai upah.
Rujukan : Ust. Farid Ravi utusan Malaysia 4/11/2011

Apa niat dibaca untuk berkorban dalam Hari Raya Haji?
Sunat bagi orang Islam yang berkuasa membuat udhhiyyah (korban) jika ada lebih belanja, maka ia membuat udhhiyyah dengan menyembelih kambing dan lembu yang sudah berumur dua tahun, dengan niat udhhiyyah ketika menyembelih itu, atau ketika ia menentukan sesuatu binatang itu jadi udhhiyyah seperti katanya dengan lidahnya: "Saya niat membuat udhhiyyah (korban) sunat", atau "Saya niat menunaikan sunat membuat udhhiyyah". Orang ramai ada berkata ketika ia membeli binatang yang ia hendak buat udhhiyyah atau ia berkata ketika orang bertanya kepadanya akan darihal binatang-binatang itu, katanya: "Ini udhhiyyah". Apabila berlaku jawapan daripadanya seperti katanya: "Ini udhhiyyah", maka udhhiyyah itu sudah jadi wajib, tertegah ia makan sesuatu dari udhhiyyah itu. Jadinya, dia beli sahaja binatang dengan tiada bercakap-cakap udhhiyyah, apabila sampai masa berudhhiyyah baharulah ia berkata dan berniat udhhiyyah, bagaimana lafaz niat yang disebutkan di atas ini, atau ia kata kepada yang bertanya: "Kita mahu sembelih akannya pada Hari Raya", supaya jadi udhhiyyah itu udhhiyyah sunat dan harus ia memakan dari daging udhhiyyah itu. Bahkan sunat ia makan dari daging udhhiyyah itu dengan kadar beberapa suap dari dagingnya.
Harus ia berwakil kepada seseorang Islam pada berniat udhhiyyah sunat dan berwakil pada menyembelih udhhiyyah itu.
Seekor kerbau atau lembu memadai bagi tujuh udhhiyyah dan seekor kambing memadai bagi satu udhhiyyah sahaja.
Jikalau berhimpun tujuh orang atau tujuh rumah dan mereka keluarkan seekor kerbau atau seekor lembu maka itu memadai membuat udhhiyyah bagi tiap-tiap satu orang atau satu buah rumah itu 1/7 dari binatang itu.
Tiada memadai pada membuat udhhiyyah dengan binatang yang kurus kerana sakit, dan binatang yang kudung ekor, atau telinganya telah dipotong sekalipun sedikit potong itu, tiada memadai dengan binatang dengket, binatang buta, binatang yang sakit teruk, tiada mengapa dibuat udhhiyyah binatang yang telinganya pecah, atau telinganya berlubang, dan tiada sah udhhiyyah dengan binatang yang hamil.
Sunat binatang itu warna putih, kemudian warna kuning, kemudian kelabu, kemudian campur putih hitam, kemudian merah.
Orang yang membuat udhhiyyah yang ia bernazar padanya atau udhhiyyah sudah jadi wajib dengan katanya: "Ini binatang saya buat udhhiyyah", bagaimana telah lalu sebutannya di atas ini, maka haram baginya makan daging binatang nazar atau wajib itu hendaklah ia sedekahkan semuanya kepada fakir dan miskin hingga kulit dan tanduknya.
Wajib ia bersedekah walaupun kepada seorang fakir dengan sesuatu yang mentah walaupun sedikit dari udhhiyyah yang sunat itu.
Tetapi yang lebih afdhal utama ia bersedekah akan semuanya melainkan beberapa suap dari daging udhhiyyah sunat kerana mengambil berkat daripadanya.
Dia boleh memberi orang kaya dari bangsa Islam supaya makan daging itu, tiadalah boleh ia beri kepada orang kaya itu supaya ia jual daging itu
Apabila ia beri orang kaya itu supaya ia makan sama ada daging itu mentah atau sudah masak, maka orang kaya itu boleh beri atau sedekah kepada orang lain dan tiada harus orang kaya itu jual daging mentah atau sudah masak itu.
Orang kafir tiadalah boleh diberi akannya sesuatu dari udhhiyyah sunat itu.
Orang laki-Iaki membuat udhhiyyah itu sunat ia menyembelih sendiri udhhiyyah kiranya ia berdaya, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam telah membuat udhhiyyah 100 ekor unta, dan Nabi sendiri menyembelih 63 ekor, dan Baginda suruh Sayyidina 'Ali Radhiallahu 'anhu menyembelih baki 37 ekor itu.
Sunat perempuan yang membuat udhhiyyah melihat udhhiyyah disembelih dan dia berwakil kepada orang laki-laki menyembelih akannya.
Sunat membuat udhhiyyah bagi tiap-tiap orang Islam yang berkuasa tetapi memada jika seorang dari sebuah rumah membuat udhhiyyah itu.
Tiada suatu amal yang lebih utama dibuat pada Hari Raya Haji seperti menyembelih udhhiyyah dan udhhiyyah lebih utama dari sedekah biasa, dengan dari mula satu titik darah tumpah dari udhhiyyah maka Allah Ta'ala mengampunkan segala dosa yang membuat udhhiyyah itu. Udhhiyyah itu suatu tunggangan orang mukmin di atas titi shirât Hari Kiamat. Dari itu molekkan udhhiyyah itu. Demikianlah bagaimana disebutkan dalam hadis-hadis.
Tiada harus dan tiada boleh seseorang itu membuat udhhiyyah bagi orang lain dengan tiada izin kebenarannya, melainkan seperti suami berudhhiyyah kerana ahli rumahnya, dan penjaga kanak-kanak berbuat udhhiyyah kerana kanak-kanak yang dijaganya dari harta penjaga itu sendiri, dan raja dari harta Baitulmal membuat udhhiyyah kerana orang Islam, sebagaimana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam membuat udhhiyyah dengan dua kambing kibasy dan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ، وَآلِ مُحَمَّدٍ، وَمِنْ أُمَّةٍ مُحَمَّدٍ
(رواه البخاري والمسلم)
Maksudnya: "Allâhumma ya Allah mohon terima ini udhhiyyah daripada Muhammad, dan daripada keluarga Muhammad dan daripada umat Muhammad.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Orang mati jika ada wasiat sebelum ia mati menyuruh membuat udhhiyyah baginya maka itu harus.
Harus orang yang membuat udhhiyyah itu bersedekah pahala udhhiyyah yang ia buat itu kepada ibu bapa dan saudara maranya yang mati.
Udhhiyyah itu tiada sah dijadikan upah menyembelih udhhiyyah. Dari itu tiada sah sesuatu dari mana-mana udhhiyyah itu dijadikan upah dan upah mestilah dibayar dari daging lain dari udhhiyyah atau dibayar dari wang umpamanya.
Adab Menyembelih Udhhiyyah
1. Sebelum menyembelih maka orang yang menyembelihberkata: "الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،والله أكبر".
2. Ketika menyembelih ia berkata: "بسم الله الرحمن الرحيم".
3. Dan dia baca: "الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،والله أكبر ".
4. Dia baca: "اللهم صلي على سيدنا محمد وآله وصحبه وسلم".
5. Dia baca: "اللهم هذه منك، وإليك فتقبل"atau ia baca Melayunya:
"Allahumma ya Allah ini udhhiyyah yang sunat, suatu anugerah daripada Tuhan hamba, kepada hamba, dan hamba berdamping kepada Tuhan hamba dengannya, maka mohon terimalah damping hamba itu. "
Ringkas Waktu Menyembelih
Dibaca:
بِسْمِ الله الرَّحْمنِ الرَّحيْم، اللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَآلِهِ وَصَحْبه وَسَلِّمْ، اللَّهُمَّ هَذِهِ مِنْكَ
وِإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ
Atau baca Melayunya: "Ya Allah ini udhhiyyah yang sunat anugerahMu, dan hambaMu berdamping dengannya, kepadaMu, mohon terima daripada hambaMu (polan bin polan) "
Berwakil Pada Menyembelih
Saya berwakil kepada kamu berniat waktu kamu menyembelih binatang itu dengan kata kamu ini udhhiyyah sunat daripada polan bin polan dan saya berwakil kepada kamu menyembelih akannya dan lain-lain ibarat seumpamanya, wallahu a 'lam.
Bersedekah Ketika Ada Perkara Yang Membimbangkan
Berkata Sayyidina Muhammad bin Abdullah Al-'Idrus dalam kitab îdhâh Asrar 'Ulûm Al-Muqarrabîn: "Setengah dari perkara damping yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala, dan telah dicuba oleh ulama dan orang-orang yang kenalkan Allah (ahl al-ma'rifah) ialah damping yang manfaatnya melampaui kepada orang lain, seperti membuat baik dengan menghiburkan hati-hati orang susah dan sedih, dan memberi makan orang yang lapar, dan memberi suka kepada orang-orang miskin yang kurang mewah, maka perkara-perkara seperti ini memberi kesan sangat kepada hati-hati yang menerimanya."
Dan setengah dari rahsia yang telah dicuba oleh ahl al-ma'rifah bahawa mereka membanyakkan bersedekah kepada hamba-hamba Allah yang dha'îf dan lemah, ketika ditimpa perkara-perkara yang susah, ketika berlaku perkara-perkara yang menakutkan, ketika kena sakit, dan ketika jatuh ke tangan orang-orang zalim, dan bersedekah itu mengikut kadar berat dan ringan kesusahan dan perkara yang menakutkan yang datang menimpa.
Jika seseorang dapat memahamkannya dan berbuat dengannya, maka sesungguhnya ia telah dikurniakan sedikit dari ilmu ahli khusus bagi Allah Ta' ala.
Doa itu otak ibadat kepada Allah Ta' ala, bagaimana dalam hadis, dan ketika berdoa itu hendaklah ada khusyû' badan, merendah diri dan hadir hati. Hendaklah ia takut murka Allah Ta'ala dari berdoa dengan hati yang lalai dan sebaik-baik doa itu sebelum Subuh atau waktu lepas tengah malam, dan sehampir-hampir doa diterima Allah Ta' ala ialah ketika hati khusyû' kepada Allah Ta'ala.
Setengah dari syarat berdoa hendaklah makanannya itu halal, dan hendaklah sentiasa berdoa dengan tiada putus-putus, dan apabila seseorang hendak berdoa dalam perkara-perkara yang mustahak, hendaklah ia dahulukan doanya suatu sedekah dengan tujuan mohon redha Tuhan Rabb Al- 'Âlamîn, dan hendaklah ia sukakan hati orang fakir yang salih, yang tiada mengadukan halnya dan hal ahli rumahnya, dan hendaklah ia memberi hadiah kepada orang miskin. Dengan cara begitu ia berdamping kepada Allah dan mudah dikabulkan doanya, dan doa yang tulus ikhlas maka tiadalah doa itu bergantung kepada lain daripada Allah Ta'ala, hendaklah ia sembunyikan doanya, hendaklah banyak berdoa itu mengikut kadar darjat hajatnya, dan hendaklah ia banyak minta tolong daripada Allah Ta'ala.
Doa itu ada mempunyai rahsia yang sulit, iaitu doa itu terangkat kepada Allah Ta'ala dari hati yang hadir tiada lalai bengis dan dari yang rendah diri lagi pecah hati dengan qashad tujuan yang betul. Menurut suatu hadis: "Barangsiapa tiada minta daripada Allah, maka Allah Ta 'ala murka akan dia dan bahawa Allah Ta'ala apabila tiada diminta daripadaNya, maka Ia murka, dan Allah Ta 'ala malu dan pemurah, malu daripada hambaNya apabila ia menadah dua tangan kepadaNya dengan menolak keduanya dengan hampa dengan tiada meletakkan sesuatu kebajikan pada keduanya". Dari itu banyakkan doa dengan يَا حَىُّ يَا قَيُّوْمُ (hai Tuhan yang hidup sentiasa kekal), يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ(hai Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran). Hendaklah ia fahamkan rahsia ini.
Ketahui olehmu bagi sedekah itu ada banyak rahsia baginya. Maka bagi orang-orang yang mendapat faham daripada Allah Ta'ala, ada suatu jalan yang bagus dalam perkara sedekah itu dan mereka telah cuba dan mereka dapati memberi guna dan manfaat. Mereka berkata tiada sesuatu yang lebih membawa damping pada redha Allah Ta'ala dari memasukkan kesukaan kepada hati-hati orang-orang yang baik dan hati-hati mereka pecah sedih. Maka barangsiapa ada hajat kepada Allah Ta'ala, maka hendaklah mengadakan kenduri makanan yang baik-baik seperti ia buat makanan yang baik bagi dirinya, kemudian dia panggil orang-orang yang pecah hati dan susah itu, kerana Allah Ta'ala menunggu-menunggu akan orang-orang yang akan berbuat baik kepada orang-orang yang susah-susah dan sedih hati itu.
Maka hendaklah orang-orang itu memuliakan orang-orang yang susah itu dan sukakan hati-hati mereka, kerana pada berbuat begitu ada kesan yang besar, dan telah dicuba oleh ahli ma'rifah kepada Allah Ta'ala, dan ahli ma'rifah kepada Allah Ta'ala itu bermuamalah dan berbuat dengan Allah Ta'ala sebagai suatu perkara tebus diri, maka mereka menebus diri dengan diri iaitu mereka menyembelih binatang menebus diri orang sakit mereka, umpama menyembelih kambing dan mereka berkenduri dengan kambing itu dan memanggil orang fakir miskin yang baik dan salih pada jamuan kambing itu, atau mereka hadiahkan daging kambing itu kepada mereka dan mohon doa daripada mereka, kerana pada berbuat cara begitu ada kesan yang besar dan mujarab.
Dan bagi ahli ma'rifah kepada Allah Ta'ala itu suatu jalan lain yang tinggi darjatnya, yang dibuat oleh orang-orang yang benar-benar percaya kepada Allah dalam ketika berlaku perkara-perkara yang susah, dan penyakit-penyakit yang menakutkan, iaitu seseorang itu mengeluarkan benda yang sangat ia sayang dari harta bendanya, kepada jalan Allah dengan tulus ikhlas, misalnya bahawa seseorang itu apabila ia sakit, atau sakit orang yang disayang akannya, maka ia cari mana satu harta yang sangat ia sayang, dari kudanya, atau hambanya. Maka ia jual akannya dan ia belanjakan harganya itu kepada orang-orang salih daripada fakir miskin. Maka dengan buat begitu jarang-jarang akan lepas daripadanya akan apa yang dihajatkannya. Ini suatu perkara telah dicuba dan dibuat oleh orang-orang yang benar-benar percaya kepada Allah Ta'ala.
Setengah dari syarat bersedekah itu hendaklah harta itu halal, sembunyikan daripada orang seberapa dapat, sudah diberi jangan disebut-sebut lagi kepada sesiapa, kerana berbuat begitu menyakiti hati orang fakir, dan apabila orang fakir berdoa baginya maka ia balas berdoa baginya, supaya jangan hilang pahala sedekahnya dengan doa fakir itu, dan jadilah sedekahnya itu tiada berpahala. Dan hendaklah dia bersedekah dengan sebaik apa yang ada di tangannya. Jika ia bersedekah dengan makanan, maka jangan ia beri fakir akan makanan yang rendah mutunya, seberapa boleh ia bawa sendiri sedekah itu kepada fakir dan dia bertawaddhu' kepadanya, dan jangan ia sampaikan sedekah itu kepada fakir dengan rupa megah dan mulia, kerana dia pada masa itu berbuat sesuatu dan bermuamalah dengan Allah Ta'ala, kerana Allah Ta'ala melihat perbuatan hambaNya, jauhkan takabbur dan ia buat baik dan halusi cara pada melakukan sedekah dengan seberapa daya upaya, berkata ahli ma'rifah kepada Allah Ta'ala membaiki amal dan caranya itu lebih disukai Allah dari membanyakkan bilangan amal.
Bahasa Asal Melayu Jumlah Pembaca1308Negara AsalBruneiTahun1979PengarangPehin Datu seri maharaja Dato seri utama Dr Haji Ismail bin Umar Abdul AzizRujukanJabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei DarussalamNota39/1979

Subscribe to:
Posts (Atom)