Jabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei
Soalan:
Saya ada kemusykilan tentang korban dan aqiqah. Ada yang mengatakan dibolehkan 1 ekor (korban dan aqiqah). Tetapi apa yang kami ketahui daripada seorang ustaz melalui ceramah di tv Brunei bahawa ia tidak boleh disatukan. Jadi bagaimana kedudukan sebenarnya dan saya berharap Pehin Mufti dapat menjelaskannya.
Jawapan:
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين ، وبعد
Seekor unta, lembu atau kerbau dagingnya boleh dikongsikan sama ada kesemua dagingnya itu khusus untuk aqiqah atau sebahagiannya untuk daging biasa sahaja ataupun untuk daging korban, asalkan pembahagian setiap seekor unta, lembu atau kerbau itu tidak melebih daripada tujuh bahagian.
Berkata al-Iman an-nawawi dalam al-Majmu’”
وتجزئ البدانة عن سبعة ، وكذا البقرة ، سواء كانوا أهل بيت أو بيوت ، وسواء كانوا متقربين بقربة متفقة ، أو مختلفة ، واجبة أو مستحبة ، أم كان بعضهم يريد اللحم . ويجوز أن يقصد بعضهم التضحية ، وبعدضهم الهدي
Ertinya: Memadai seekor unta, demikian juga lembu untuk tujuh orang, sama ada untuk sebuah ahli keluarga ataupun untuk beberapa ahli keluarga. Sama ada mereka itu melakukan korban dengan maksud yang sama ataupun berbeza, sama ada korban wajib atau sunat, atau sebahagian mereka hanya mahukan daging. Harus juga kalau sebahagian mereka bermaksud melakukan korban dan sebahagiannya lagi bermaksud al-hadyu (binatang yang disembelih di Tanah Haram sebagai dam haji atau umrah). (AI-Majmu' Sy al- M uhadzdzab: 8/291)
والله أعلم بالصواب
Soalan; adakah ibadah korban dan aqiqah blh dilakukan serentak? Contohnya seekor lembu ada 7 bahagian, sebahagian utk korban dan sebahagian lagi utk aqiqah?
Jawapan;
Aqiqah, sebahagimana harus dengan kambing, ia juga harus dengan lembu, kerbau dan unta. Sepertujuh (1/7) bahagian lembu/kerbau/unta menyamai seekor kambing. Oleh itu, seekor lembu/kerbau/unta boleh dijadikan aqiqah untuk tujuh orang anak. Dan harus seorang yang ingin melakukan aqiqah berkongsi lembu/kerbau/unta dengan orang lain yang tidak berniat melakukan aqiqah seperti ia mengingini 1/7 atau 2/7 dari bahagian unta/lembu itu untuk aqiqah dan adapun bahagian selebihnya diingini oleh orang lain untuk korban atau untuk dagingnya sahaja. Berkata Imam an-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’; “Jika disembelih seekor lembu atau unta untuk tujuh orang anak/bayi atau berkongsi pada lembu/unta itu sekumpulan orang, harus hukumnya sama ada semua mereka mengingini aqiqah atau sebahagian mengingini aqiqah dan sebahagian lagi inginkan dagingnya sahaja”.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Al-Fiqhul-Manhaji, jil. 3, hlm. 56.
2. Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 321.
- Ust Afnan Fazil