Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan halal haram dan makruh dari
segi makanan? Di dalam Al-Quran apakah barang-barang makanan halal haram dan
makruh serta pandangannya.
Jawapan:
i) yang dimaksudkan haram di segi makanan itu ialah memakan
makanan yang diharamkan oleh syarak' seperti makanan yang bernajis, bangkai,
makanan beracun dan makanan-makanan yang mengandungi bahanbahan yang memabukkan
dan menggangu kesihatan tubuh badan.
ii) Yang dimaksudkan halal dari segi makanan iaitu memakan
makanan yang tidak diharamkan oleh syarak' di segi jenis pembuatan dan
pengeluarannya.iii) Yang di maksudkan dengan makruh di makan iaitu makanan yang
terlekat bau busuknya di mulut, pakaian dan tubuh badan, berdasarkan kepada
ayat AI-Quran, suroh Baqarah. ayat 168.
يأيها الناس كلوا مما
في الأرض حلالا طيبا
ولا تتبعوا خطوات الشيطان
إنه لكم عدو مبين
Ertinya : Wahai manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi
Allah ini, yang halal dan baik-baik. Janganlah kamu mengikut jejak langkah
syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang paling nyata. الحديث: إن الحلال
بين وإن الحرام بين
وبينهما أمور متشبهات...
Ertinya: Sesungguhnya halal itu terang dan haram juga
terang. Di dalam halal dan haram itu ada perkara-perkara yang meragukan di
antara kedua-duanya. Dengan yang demikian, semua manusia hendakJah memakan
makanan yang ternyata halal dan meninggalkan makanan yang ternyata haramnya dan
juga meninggalkan perkara-perkara yang meragukan di antara kedua-duanya.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Pulau Pinang
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Ugama Pulau
Plnang
Penulis/Ulama : Dato’ Haji Hassan Bin Haji Ahmad ( Mufti
Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
Tarikh Diisu : Jun 1985
Nota: Fatwa-Fatwa Yang Telah dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal
Ugama Islam Pulau Pinang, Tahun 1961-1989