Monday, August 8, 2011

Zakat Pendapatan


ZAKAT KE ATAS PENDAPATAN DARI SEWAAN BANGUNAN

Soalan; Assalamualaikum ustaz, Berikut adalah beberapa persoalan yang sering menimbulkan kemusykilan kepada saya berhubung dengan zakat;
(2). A dan B mempunyai simpanan yang sama banyak, iaitu rm 100,000.00 setiap seorang. A terus menyimpan wangnya di dalam bank, dan apabila cukup haul, dia terpaksa mengeluarkan zakat sebanyak rm 2500.00. A tidak memperolehi sebarang pendapatan hasil dari simpanannya kerana dia menolak pemberian 'faedah' dari bank yang dianggapnya sebagai riba. Sedangkan B pula telah menggunakan jumlah wang yang sama dengan membina 3 buah rumah sewa dan memperolehi pendapatan bulanan rm 900.00 sebulan. Apabila cukup setahun, B tidak perlu mengeluarkan zakat keatas wangnya yang sebanyak rm 100,000.00 kerana telah dilaburkan untuk membina rumah sewa. B hanya mengeluarkan zakat keatas hasil pendapatan sewanya apabila telah cukup haul dan nisabnya. Soalannya, apakah tindakan B tidak mengeluarkan zakat keatas jumlah nilai pelaburannya yang rm 100,000.00 itu dibenarkan oleh syarak.

Jawapan;

Kedua-dua orang di atas (yakni si A dan si B) wajib mengeluarkan zakat ke atas harta masing-masing apabila mencukupi syarat-syarat wajib zakat, iaitu;
1. Milik sempurna
2. Harta yang boleh berkembang
3. Cukup nisab
4. Lebihan dari keperluan-keperluan asasi
5. Bebas dari hutang
6. Cukup haul

Zakat yang dikenakan ke atas harta si A ialah zakat simpanan atau zakat pelaburan. Oleh kerana si A memilih untuk menyimpan/melabur wangnya dalam bank riba, maka keuntungan dari pelaburannya tidak harus dimanfaatkan termasuk tidak harus dikeluarkan zakat ke atas keuntungan tersebut. Tinggallah simpanannya sahaja yang wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat-syarat wajib zakat ke atas harta simpanan, iaitu;
1. Wang simpanan itu adalah miliknya yang sempurna iaitu ia berkuasa ke atas wang itu di mana ia boleh menggunakannya dengan kehendaknya tanpa terikat dengan kebenaran dari orang lain.
2. Jumlah wang itu mencapai nisab (iaitu kadar minima yang ditetapkan Syarak untuk diwajibkan zakat). Nisab bagi zakat wang simpanan menyamai nisab bagi zakat emas dan perak iaitu 20 misqal yang menyamai 85 gram emas hari ini. Jika ada keperluan-keperluan asasi, hendaklah ditolak keperluan-keperluan asasi terlebih dahulu, kemudian baru dizakati. Maksud keperluan asasi ialah apa-apa yang diperlukan untuk menjamin kelangsungan hidup merangkumi makan-minum, pakaian, tempat tinggal, alat-alat pekerjaan, kemudahan-kemudahan asas rumah, kenderaan, belanja menuntut ilmu dan sebagainya.
3. Jika ada hutang yang perlu segera dibayar atau telah sampai tempoh pembayarannya, hendaklah ditolak hutang terlebih dahulu, baru dizakati.
4. Simpanan itu telah cukup haulnya iaitu genap 12 bulan dari tarikh ia mula disimpan mengikut takwim hijrah.

Kadar zakat yang wajib dikeluarkan ialah 2.5% dan wajib diberikan kepada asnaf-asnaf yang ditentukan sahaja, tidak harus kepada orang lain.

Si B pula, oleh kerana ia menggunakan wang itu untuk membeli asset tetap (bangunan/rumah), hendaklah dilihat;
1. Jika asset tetap yang dibelinya itu adalah untuk kegunaan sendiri, tidak wajib zakat ke atasnya kerana zakat hanya wajib ke atas harta yang berkembang atau mempunyai potensi untuk berkembang. Barang-barang kegunaan sendiri seperti rumah kediaman, perabot rumah, kenderaan sendiri dan seumpamanya tidak diwajibkan zakat ke atasnya kerana ia adalah harta beku (tidak berkembang).
2. Jika asset tetap itu dibelinya untuk diniagakan atau dijadikan sewaan iaitulah asset itu diperkembangkan untuk menghasilkan pendapatan, wajiblah zakat ke atasnya.

Zakat ke atas hasil bangunan sewaan tergolong dalam zakat al-mustaghallat iaitu zakat ke atas hasil dari harta tetap, yakni zakat bukan dikenakan ke atas harta tersebut akan tetapi ke atas hasil atau pendapatan dari harta tersebut. Harta itu tidak diniagakan, tetapi diperkembangkan untuk mendatangkan hasil berterusan. Ia merangkumi;
1. Pendapatan dari sewa rumah, bangunan, hotel dan seumpamanya.
2. Pendapatan dari sewa kenderaan (teksi sewaan, bus, perkapalan atau sebagainya).
3. Pendapatan dari projek hasil haiwan seperti pendapatan dari ayam telur, lembu susu dan sebagainya.

Zakat ke atas sewaan itu wajib dikeluarkan jika jumlah pendapatan dari hasil sewaan itu dalam tempoh setahun mencapai kadar nisab iaitu 20 misqal atau 85 gram emas setelah ditolak kos-kos penyelenggaraan (atau kos-kos lain yang berkait dengan bangunan), keperluan-keperluan asasi hidup dan hutang semasa yang perlu dibayar (yakni sebagaimana syarat-syarat tadi). Adapun kadar yang wajib dikeluarkan terdapat khilaf di kalangan ulamak;

a) Hasil/pendapatan itu hendaklah dicampurkan dengan harta lain (dalam hitungan nisab dan haul) seperti wang simpanan dan aset perniagaan, kemudian dikeluarkan zakat bagi harta-harta tersebut dengan kadar 2.5%. Pandangan ini merupakan pandangan jumhur ulamak mazhab empat dan dipegang oleh Bahagian Fatwa dan Pengawasan Syariah Lembaga Zakat Negara Kuwait dan yang diputuskan oleh banyak persidangan Fiqh di dunia.
b) Sebahagian ulamak berpandangan; zakat dikeluarkan dengan kadar 10% dari pendapatan bersih atau 5% dari pendapatan kasar iaitu dikiaskan dengan zakat tanaman. Antara yang mengutarakan pandangan ini ialah Syeikh Abu Zahrah, Abdul-Wahhab Khallaf dan Abdur-Rahman Hasan. Pandangan inilah yang ditarjih oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam fatwanya.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Muhasabah az-Zakah, Dr. Fuad al-Maliji.
2. Perakaunan Zakat, Muhammad Kamal ‘Atiyah.
3. Laman Dr. Yusuf al-Qaradhawi (http://www.qaradawi.net/)
4. Laman Islam Online (http://www.islamonline.net/).



ZAKAT GAJI DAN PENDAPATAN

Soalan: Bagaimana caranya saya hendak mengeluarkan zakat pendapatan dan gaji?

Jawapan;

Zakat pendapatan termasuk dalam zakat mal mustafad yang dijelaskan tadi. Oleh demikian, cara mengeluarkan zakat ke atasnya tertakluk dengan cara mengeluarkan zakat ke atas mal mustafad tadi dari segi perkiraan haul, nisab dan kadarnya. Huraian lanjut tentang zakat ke atas pendapatan ini adalah seperti berikut;

Jenis-jenis pendapatan

Pendapatan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu;

a) Pendapatan secara berakad (kontrak); iaitu seseorang mengikat kontrak dengan pihak lain (sama ada kerajaan, syarikat atau individu) untuk melakukan kerja sama ada bersifat guna tenaga atau pemikiran atau kedua-duanya sekali dan sebagai imbalannya ia akan mendapat gaji atau pendapatan secara tetap mengikut harian, mingguan, bulanan atau sebagainya. Pendapatan jenis ini dinamakan sebagai pendapatan gaji.

b) Pendapatan bebas; iaitu seseorang bekerja sendiri tanpa mengikat kontrak dengan orang lain dan pendapatan yang diperolehinya tidak bersifat tetap tetapi berubah-ubah. Pendapatan jenis dinamakan juga pendapat khidmat profesional. Contohnya ialah; pendapatan seorang doktor, peguam, mekanik dan sebagainya.

Perkara terpenting yang membezakan antara dua jenis pendapatan tersebut ialah dari segi sifat pendapatan sama ada tetap dan bersistem atau tidak. Pendapatan secara kontrak adalah tetap dan bersistem mengikut kontrak sama ada harian, mingguan, bulanan atau sebagainya. Sementara pendapatan bebas atau khidmat profesional tidak tetap dan tidak bersistem. Ia adakalanya terhasil dalam jangka masa yang cepat dan adakalanya lambat, adakalanya banyak dan adakalanya sedikit. Walaupun ada perbezaan tersebut, namun antara kedua-duanya ada titik persamaan yang ketara iaitu kerja. Kedua-dua jenis pendapatan tersebut merupakan hasil kerja atau dalam pengertian lain kerja adalah sebab pokok terhasilnya pendapatan tersebut.

Kedua-dua jenis pendapatan di atas wajib dikeluarkan zakat jika mencukupi nisab iaitu kadar minima pendapatan yang ditetapkan Syarak untuk mewajibkan zakat. Selain itu, disyaratkan juga pendapatan itu dari kerja yang halal kerana Allah itu baik dan Ia tidak menerima melainkan yang baik.

Nisab zakat pendapatan

Nisab bagi zakat pendapatan ialah sebagaimana nisab zakat al-Mal al-Mustafad iaitu 85 gram emas. Kiraan nisab hendaklah berdasarkan kepada pendapatan bersih. (Zakat; Menuju Pengurusan Profesional, Mujaini Tarimin, hlm. 62).

Oleh demikian, seseorang yang memperolehi pendapatan bersih tahunan menyamai atau melebihi nilai semasa 85 gram emas, wajiblah ke atasnya mengeluarkan zakat dari harta pendapatannya.

Cara menentukan nisab zakat pendapatan

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa sistem pendapatan hari ini sama ada secara kontrak (yakni pendapatan gaji) atau pendapatan bebas (kerja sendiri) kebiasaannya berdasarkan bulanan. Maka jika penentuan nisab dilakukan dengan melihat kepada jumlah gaji atau pendapatan setiap bulan, sudah tentu bagi kebanyakan orang, gaji atau pendapatan mereka secara bulanan tidak akan mencecah kadar nisab tadi lebih-lebih lagi jika ditolak perbelanjaan-perbelanjaan perlu. Jika ukuran itu dipakai, sudah tentu kebanyakan orang yang makan gaji atau berpendapatan tetap bulanan dari hasil kerja itu tidak perlu mengeluarkan zakat kerana tidak cukup nisab. Sedangkan jika gaji atau pendapatan mereka dikira dalam setahun, maka ia lebih banyak dari hasil perolehan orang lain yang bergiat dalam perniagaan, pertanian, penternakan dan sebagainya. Jadi untuk mengelak berlakunya keadaan di mana orang yang berpendapatan sedikit membayar zakat sedangkan yang berpendapatan banyak tidak mengeluarkan zakat (dengan dakwaan tidak cukup nisab), maka para ulamak memutuskan bahawa nisab zakat gaji atau pendapatan hendaklah dihitung berdasarkan jumlah pendapatan setahun, bukan mengikut jumlah pendapatan bulanan. Jadi, harta-harta perolehan (mal mustafad) pada setiap bulan dicampurkan antara satu sama lain selama setahun, kemudian dari jumlahnya dikira nisab.

Kadar zakat pendapatan

Kadar zakat yang dikenakan ke atas pendapatan ialah 2.5% dari harta bersih setelah ditolak kos/belanja sara hidup asasi.

Langkah-langkah mengeluarkan zakat gaji atau pendapatan

1. Hitungkan jumlah gaji atau pendapatan selama setahun.

2. Kemudian tolak kos dan belanja berikut;

a) Belanja keperluan asasi
b) Hutang-hutang kepada orang lain
c) Cukai kerajaan dihitung

2. Setelah itu, pastikan jumlah yang tinggal mencukupi nisab atau tidak?

3. Jika didapati mencukupi nisab, keluarkan zakat dengan kadar 2.5% dari jumlah pendapatan bersih setelah ditolak kos-kos tadi.

4. Nilai zakat itu boleh dibayar sekaligus untuk setahun atau boleh juga dibayar mengikut bulanan setelah nilai zakat itu dibahagikan dengan 12 bulan.

Wallahu A’lam.

Rujukan:

1. Fiqhu az-Zakah, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, cet. Maktabah Wahbah/Kaherah, Mesir (1994).
2. Zakat Menuju Pengurusan Pfofesional, Mujaini Tarimin.


Fatwa Negeri Perlis Mengenai Zakat Gaji
Bahasa AsalMelayuJumlah Pembaca133Negara AsalMalaysiaPengarangDato’ Alim Panglima Haji Mat Jahya b. Haji HussinRujukanJawatankuasa Syariah Negeri PerlisNotaNota: Dato’ Alim Panglima Haji Mat Jahya b. Haji HussinMufti Kerajaan Negeri Perlis Fatwa negeri Perlis mengenai zakat gaji

1. Takrif Gaji ialah pendapatan yang diperolehi oleh seseorang melalui pekerjaannya secara langsung atau tidak langsung (Pencen, Imbuhan dan sebagainya) dengan pihak lain sama ada Kerajaan, Swasta atau orang perseorangan.

2. Dalil-dalil Zakat Gaji:Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 103:

خذ من أموالهم صدقة تطهرهم وتزكيهم بها وصلّ عليهم، إن صلوتك سكن لهم، والله سميع عليم.

Maksudnya: “Ambillah (sebahagian) dari mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doa-doa itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

Dari Sunnah Rasulullah s.a.w:

إن الله افترض عليهم صدقة فى أمومالهم تؤخذ من أغنيائهم وتزرد على فقرائهم.

Maksudnya:"Sesungguhnya Allah mewajibkan ke atas mereka sedekah pada harta-harta mereka, diambil dari orang kaya mereka dan diberikan kepada golongan fakir miskin mereka". (Riwayat Al-Bukhari) - Nailul authar, Jil. 4, h. 114.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: على كل مسلم صدقة. فقالوا: يا نبي الله! فمن لم يجد، قال: يعمل بيده فينفع نفسه ويتصدق، قالوا: فإن لم يجد، قال: يعين ذا الحاجة المهلوف. قالوا: فإن لم يجد، قال: فليعمل بالمعروف وليمسك عن الشرّ فإنها له صدقة.

Maksudnya: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Setiap orang Muslim wajib bersedekah. Mereka bertanya: Wahai Nabi Allah, bagaimana dengan yang tidak berada? Baginda menjawab: Bekerjalah untuk mendapat sesuatu dirimu, lalu bersedekah. Mereka bertanya: Kalau tidak mempunyai pekerjaan? Baginda bersabda yang bermaksud: Berilah pertolongan kepada orang yang meminta pertolongan. Mereka bertanya: Bagaimana jika tidak biasa? Baginda menjawab: Kerjakanlah kebaikan dan tinggalkanlah kejahatan, hal itu merupakan sedekah”.


3. Istinbat (Cara Mengambil Hukum)Dari semua dalil-dalil yang dibentangkan itu, Jawatankuasa Syariah telah berbincang dengan teliti cara mengambil hukum (Istinbat) dalil-dalil yang tersebut dengan merujuk kepada harta-harta mereka secara umum. Oleh itu maka pendapatan gaji termasuk di dalam istilah tersebut. Oleh yang demikian pendapatan daripada gaji telah ditakrifkan sebelum ini adalah diwajibkan zakat.


4. Kategori Zakat GajiJawatankuasa Syariah telah mngkategorikan zakat gaji kepada dua bahagian:

i. Zakat Pertanian:Zakat Gaji termasuk bahagian pertanian atas dasar kita memperolehi pada waktu tertentu yakni ada musimnya berdasarkan surah Al-An'aam ayat 141:

كلوا من ثمره إذا أثمر وءاتوا حقه يوم حصاده...

Maksudnya: “Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya”.


ii. Zakat Emas dan Perak:Zakat Gaji masuk bahagian emas dan perak, ada nisab dan ada haul kerana diqiaskan dengan zakat emas dan perak.

Berpegang dengan alasan bahawa apa yang didapati daripada pekerjaan seseorang itu adalah wang gaji yang ianya diasaskan kepada nilai emas seolah-olahnya apa yang didapati itu adalah emas. Oleh yang demikian zakat gaji adalah dimasukkan ke dalam zakat emas dan perak.

Dalam Islam, sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi, wang digunakan adalah diperbuat daripada emas tulin (dinar) atau perak tulin (dirham). Wang itulah yang digunakan untuk membayar gaji pada zaman itu. Akhirnya wang emas itu telah ditukar kepada wang kertas tetapi masih mengekalkan nilai emas yang sebenar pada wang-wang itu, kerana itu ianya wajar dimasukkan ke dalam zakat emas dan perak seperti juga pernah disuarakan oleh ulama' seperti Imam Malik, Imam Syafie, Ibnu Mas'ud, Muawiyah dan Umar bin Abdul Aziz.

Kedua-dua pendapat tersebut di atas telah pun diambil kira fatwa-fatwa dan pandangan-pandangan yang telah diberikan oleh kebanyakan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri di Malaysia.Walaubagaimanapun, mesyuarat berpendapat bahawa syarat untuk menentukan nisab-nisab tersebut dikira setelah ditolak:

- Keperluan asasi - Nafkah keluarga mengikut nilai Islam (termasuk perbelanjaan pelajaran di bawah tanggungannya.

- Tanggungan yang sebenar - hutang dharuriyyat seperti rumah, kenderaan dan perubatan.

Sebelum perkara ini diputuskan, Jawatankuasa terlebih dahulu meneliti dan menyemak kaedah pelaksanaan zakat emas dan perak dan kaedah pelaksanaan zakat pertanian (padi) yang diamalkan sekarang oleh Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (Baitulmal). Setelah penelitian Jawatankuasa bersetuju dengan kaedah zakat emas dan perak yang dijalankan itu.

Berhubung dengan kaedah pelaksanaan zakat pertanian (padi) Jawatankuasa berpendapat ianya masih belum menepati dengan kehendak syarak. Oleh itu Jawatankuasa telah mengemaskinikan kaedah tersebut seperti berikut:

Kadar nisab zakat pertanian (padi) ialah sebanyak 986.7 Kilogram = 2 kunca 7 nalih.

Kadar zakatnya ialah sebanyak 5% setelah ditolak.

-Kos Pengeluaran:

a. Sewa tanah (jika disewa)

b. Memajak dan menanam (jika diupah/dibayar)

c. Harga baja (jika dibeli)

d. Racun serangga (jika dibeli)

e. Upah menuai (termasuk upah isi dalam guni)

f. Upah pengangkutan·

- Nafkah/Keperluan Asasi dan hutang dharuriyyat:

Dalam membincangkan masalah ini Ahli-ahli Jawatankuasa telah berbincang dengan panjang lebar akhirnya mempunyai dua (2) pendapat:

a. Ditolak hutang dharuriyyat sahaja berasaskan kepada qaul Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Ahmad Ibnu Hanbal dan lain-lain.Alasan; Hutang dharuriyyat bagi persoalan ini adalah masalah Ijtihadiyyah. Dalam Ijtihad bagi perkara ini, bagi Ibnu Abbas dan Ibnu Umar telah sama-sama bersetuju bahawa hutang dharuriyyat dipotong terlebih dahulu sebelum dikeluarkan zakat. Pendapat itu disokong oleh Ahmad bin Hanbal dan lain-lain yang berpandukan kepada Hadis:

روى أبو عبيد فى الأموال بسنده عن جابر بن زيد قال فى الرجل يستدين فينفق على أهله وأرضه، قال: قال ابن عباس: يقضى ما أنفق على أرضه وقال ابن عمر: يقضى ما أنفق على أرضه وأهله.

Maksudnya: Diriwayatkan oleh Abu Ubaid dalam bab al-Amwal dengan sanadnya daripada Jabir bin Zaid dengan katanya kepada lelaki yang berhutang untuk digunakan bagi keperluan keluarganya dan ladangnya, katanya: Ibnu Abbas berkata dipotong hutang yang bersangkutan dengan ladangnya, Ibnu Umar berkata: dipotong hutang kos pengeluaran dan juga untuk keluarganya.

Yahya bin Adam telah juga meriwayatkan seperti tersebut di dalam kitab "Al-Kharraj" katanya: Ibnu Umar berkata: hendaklah dimulakan dari hasil tanaman untuk membayar hutang terlebih dahulu dan dikeluarkan zakat yang baki daripadanya. Ibnu Abbas berkata: Ditunaikan terlebih dahulu apa yang dihutangkan sebagai kos pengeluaran kemudian bakinya itu dikeluarkan zakat.

Saraan hidup tidak diambil kira untuk dipotong zakat kerana pada asasnya perkara ini tidak pernah timbul. Sekiranya kita berbuat demikian ini melibatkan potong yang lebih besar setelah diberi potongan kepada belanja pengeluaran dan hutang. Kalau diambil kira juga akan melibatkan sebahagian besar sistem pungutan zakat seperti dikehendaki Syarak. Apabila ini berlaku lebih-lebih lagi secara mendadak akan menjejaskan penghasilan zakat dengan teruk yang dengannya berbagai-bagai akibat buruk akan berlaku yang boleh menjejaskan kestabilan umat.Oleh yang demikian potongan bagi saraan hidup tidak diambil kira.

b. Ditolak nafkah keperluan asasi dan perbelanjaan dharuriyyat berasaskan pendapat Ibnu Umar.Alasan:

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah at-Taubah ayat 60:Maksudnya:
إنما الصدقات للفقراء والمسكن والعاملين عليها والمؤلفة قلوبهم وفى الرقاب والغارمين وفى سبيل الله وابن السبيل، فريضة من الله والله عليم حكيم.

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, Lagi Maha Bijaksana”.

Sabda Rasulullah s.a.w:
لا صدقة إلا عن ظهر غنى

Maksudnya: “Tidaklah bersedekah (berzakat) melainkan ke atas orang kaya”.

Sabdanya lagi:
تؤخذ من أغنيائهم وترد إلى فقرائهم.

Maksudnya: “Diambil zakat dari orang kaya mereka dan dipulangkan ke atas orang fakir mereka”.

Daripada ayat al-Qur’an dan Hadis tadi amat jelas sekali bahawa zakat dikenakan ke atas orang-orang kaya dan tidak dikenakan ke atas orang-orang miskin.

5. KeputusanBerhubung dengan zakat gaji, Jawatankuasa membuat keputusan dan formula seperti berikut:

1. Zakat gaji berdasarkan emas dan perak ditolak:

a. Diri RM 5,000.00

b. Isteri RM 3,000.00

c. Anak (5 orang) RM 7,200.00

d. Pemberian kepada ibu bapa jika diberi)

e. Perubatan (perbelanjaan diri dan keluarga - sebenar)

f. Hutang dharuriyyat (perbelanjaan sebenar)

· Kenderaan

· Kediaman.

Perhatian:

i. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan tambahan seperti elaun perbatuan, bulanan, bonus, hadiah, saguhati dan sebagainya hendaklah ditolak perbelanjaan sebenar dan bakinya termasuk di dalam pendapatan sebenar yang mesti dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atau 1/40.

ii. Perkiraan zakat hendaklah berdasarkan bulan Qamariah.

2. Zakat gaji berdasarkan pertanian:Formulanya adalah seperti berikut:

a. Pendapatan sebenar ditolak pendapatan bulanan.

b. Baki sekiranya mencukupi nisab, kadar zakatnya ialah 5%.

c. Zakat ini wajib dikeluarkan setiap kali menerima gaji berdasarkan kepada fjrman Allah S.W.T. Surah An-An'am ayat 141:
وءاتوا حقه يوم حصاده..

Maksudnya: “Keluarkanlah olehmu haknya (zakat tanaman) pada hari menuai (ketika mendapat hasil)”

ZAKAT ATAS PENDAPATAN (GAJI)
Bahasa AsalMelayuJumlah Pembaca153Negara AsalMalaysiaTarikh Isu1990-03-22PengarangDato’ Seri Haji Harussani bin Hj ZakariaRujukanJawatankuasa Syariah Negeri PerakNotaTarikh Diisu : 22 Mac 1990 1.TUJUAN.

1.1. Kertas ini dikemukakan untuk menjelaskan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak mengenai zakat atas pendapatan (gaji)

2. LATAR BELAKANG.

2.1. Jawatankuasa Syariah Negeri Perak telah bermesyuarat pada 25 Syaaban 1410 bersamaan 22 Mac 1990 kali ke 113 telah membincang meneliti dan membahas perkara berkenaan.

2.2 Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat seperti berikut:

2.2.1 SS Dato' Seri (Dr) Hj Harussani bin Haji Zakaria - Pengerusi

2.2.2 SF Tuan Hj Hasbullah bin Hj Ahmad (Kadi Besar)

2.2.3 YDH Toh Paduka Indera Tuan Hj Mohd Saman bin Mohamed

2.2.4 AF Dato' Abdul Rahman bin Osman

2.2.5 AF Tuan Hj Yahya bin Mohamed

2.2.6 AF Prof Madya Hj Mohd Salleh Hj Ahmad

2.2.7 Tuan Hj Zulkarnain bin Hj Ahmad

3. PERBINCANGAN HUJJAH DAN ALASAN

3.1 Ahli Mesyuarat bersetuju sebulat suara bahawa pendapatan dan gaji termasuk dalam kategori al-mal al-mustafad (المال المستفاد) berdasarkan petikan dari kitab (الفقه الإسلامي وأدلته) Al-Fiqh al-Islamiyy wa Adillatuh juzuk 2 mukasurat 864

MAKSUD NAS SEPERTI DI BAWAH: (Zakat gaji dan pekerjaan bebas)

Pekerjaan terbahagi kepada dua kumpulan, sekumpulan yang tidak berkaitan dengan kerajaan (bekerja sendiri) seperti profesion doctor, jurutera, peguam, tukang jahit, tukang kayu dan lain-lain pekerjaan swasta. Sekumpulan lagi ialah pekerjaan yang berkaitan dengan kerajaan seperti institusi-institusi dan syarikat-syarikat samada yang umum atau yang khas di mana pegawainya diberi gaji bulanan. Gaji yang diperolehi oleh orang yang makan gaji dengan kerajaan atau swasta adalah disebut oleh ahli feqh sebagai "al-mal al mustafad" (harta perolehan)

3.2 Ahli Mesyuarat juga bersepakat bahawa salah satu syarat yang perlu untuk dipenuhi dalam pembayaran zakat adalah haul berdasar kepada dalil-dalil di bawah :لا زكاة في مال حتى يحول عليه الحولHadis Ibn Umar yang diriwayatkan oleh ad-Dar al-Qutni (Daruqutni) dan al-Baihaqi bermaksud: “ Tidak dikenakan zakat bagi harta yang tidak sempurma haulnya “

3.3 Ahli mesyuarat bersependapat bahawa syarat zakat bagi al-mal al-musatafad memerlukan haul berdasarkan hadith:

(من استفاد مالا فلا زكاة عليه حتى يحول عليه الحول عند ربه)(رواه الترمذي)“

"Sesiapa yang mendapat perolehan harta, tidak dikenakan zakat atas harta perolehannya sehinggan sempurna haulnya di sisi Tuhannya “

Juga berdasarkan petikan dari kitab (الفقه الإسلامي وأدلته) Al-Fiqh al-Islamiyy wa Adillatuh, karangan Dr Wahbah az-Zuhailiyy, juzuk ke-2:

“ Ditetapkan dalam mazhab yang empat bahawa "al mal al mustafad " tidak dikenakan zakat sehinggalah ia mencukupi nisab dan genap haul"

Ulama’ selain mazhab Syafi'I mengatakan seluruh harta yang disimpan hendaklah dikeluarkan zakat jika cukup nisab walaupun di saat akhir sebelum habis haul ”

.3.4 Ahli mesyuarat berpendapat menqiaskan haul zakat pendapatan dengan zakat tanaman berdasarkan ayat (وآتوا حقه يوم حصاده) serta pada masa yang sama meletakkan kadar zakat 2.5% berdasarkan zakat emas perak adalah Qiyas ma'a al-Fariq.

Penentuan zakat memerlukan kepada nas berdasarkan kepada keterangan di bawah :

المدار في الزكاة على ورود النص ولا مدخل للقياس في ذلك

Petikan nas dari kitab الحاوى للفتاوى (al-Hawi li al-Fatawa), juzuk 1, m/s 136.

“ Perbincangan dalam penetapan zakat adalah didasari dengan datangnya nas dan tiada ruang untuk menggunakan qias ”.

(مسئلة لا زكاة في التين. قال في الروضة : بلا خلاف وهو مشكل لأنه في معنى العنب بل أولى. الجواب : المدار في الزكاة على ورود النص، لا مدخل للقياس في ذلك ولم يثبت إيجابها في التين)

Nas di dalam kitab al-Fatawa li as-Suyuti, juzuk 1, m/s 132 bermaksud:

“ Masalah pada menyatakan tiada dikenakan zakat pada buah tin. Berkata Imam Nawawi dalam kitab Raudhah: Tanpa khilaf dan ia termasuk dalam persoalan yang masih samar kerana ia diertikn seperti buah anggur bahkan lebih dari buah anggur.

Jawapan: Perbahasan dalam zakat tertakluk kepada datangnya nas. Tiada peranan qias di situ dan tidak sabit wajib mengeluarkan zakat pada buah tin ”.

3.5 Ahli mesyuarat berpendapat zakat (الذهب والفضة) الأثمان memerlukan syarat haul berdasar hujjah berikut: Nas daripada kitab (الباجوري) al-Bajuri, juzuk 1, m/s 262-263 yang bermaksud: Adapun (الأثمان) ia merupakan emas dan perak.Syarat wajib zakat padanya ada lima iaitu Islam, Merdeka, Milik sempurna, Cukup nisab dan Cukup haul iaitu cukup setahun berdasarkan hadith " tidak perlu zakat pada harta kecuali sempurna haul" walaupun hadith ini dhaif tetapi telah ditampung oleh athar sahabi yang sahih dari sahabat yang empat serta yang lain-lain.

(الحديث عن علي رضي الله عنه وساق حديثا إلى أن قال فإذا كانت لك مائتا درهم وحال عليها الحول الخ)

Al hadith: “ Daripada Ali RA dalam hadith yang panjang sehingga kata-katanya: Apabila kamu ada 200 dirham dan cukup haul maka zakatnya 5 dirham dan tidak dikenakan zakat ke atas kamu sehingga kamu memiliki 20 dinar dan cukup satu haul maka zakatnya adalah separuh dinar, begitulah kiraan zakat seterusnya ”.

3.6 Ahli mesyuarat bersetuju bahawa seluruh kitab-kitab ulama' As Syafi’ieyyah, Hanabilah, Malik Hanafiah dan jumhur Sahabat dan Tabiien mewajibkan zakat emas, perak, binatang ternakan kerbau, lembu, kambing dan unta dengan cukup nisab dan haul Cuma sebahagian keeil daripada sahabat yang kecil dan tabiien yang berpendapat harta-harta seperti wang ringgit, emas perak, dan binatang ternakan wajib dikeluarkan zakatnya apabila sempurna nisab tanpa mengira haul. Ini adalah pendapat Daud Az-Zohiri. Kita diminta oleh Rasulullah SAW untuk berpegang kepada pesanan baginda SAW:

Hadis riwayat Abu Dawud, juzuk 17; "Wajiblah ke atas kamu untuk berpegang dengan sunnahku dan Sunnah khulafa' Ar Rasyidin Al Mahdiyyin dan berpegang teguhlah dengannya seperti kamu menggigitnya dengan geraham kamu".

Ada beberapa kategori harta yang diwajibkan zakat tanpa haul seperti terkandung dalam keterangan di bawah:

Tidak diambil kira haul itu pada zakat tujuh perkara: tanam-tanaman, buah-buahan, galian, rikaz, fitrah, lebihan untung perniagaan, anak kambing apabila kematian emaknya atau sempurna nisabnya".

3.7 Ahli mesyuarat berpendapat tidak berlaku zakat atas pendapatan atau gaji di zaman Khulafa' Arrasyidin.

4. KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH

4.1. Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak kali ke 113 pada hari Khamis 22hb Mac 1990 bersamaan 25hb Syaaban 1410 bersetuju sebulat pendapat iaitu al-Mal al-Mustafad itu wajib zakat apabila cukup nisab dan haul kerana haul itu adalah merupakan syarat yang diittifaqkan oleh Jumhurul Ulama' dalam mazhab yang empat


FATWA
MEMOHON MEMBAHAS DAN MERANGKA FATWA BERHUBUNG DENGAN ZAKAT GAJI YANG DIPUTUSKAN PADA 17 HB OKTOBER 1992
Bahasa AsalMelayuJumlah Pembaca46Negara AsalMalaysiaTahun1999RujukanJabatan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa satu usaha sedang dilaksanakan diperingkat pusat bagi menyelaraskan pungutan zakat penggajian menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Bagi menjamin usaha tersebut, negeri-negeri diminta mengada serta mewartakan fatwa berhubung zakat penggajian menurut enakmen negeri masing-masing.

2. Mesyuarat juga ditarik perhatian bahawa bagi negeri Kelantan, fatwa sedemikian telahpun dikeluarkan dalam tahun 1992 tetapi belum diwartakan. Untuk tujuan pengwartaan fatwa tersebut, satu perbincangan telah diadakan di pejabat majlis beberapa hari yang lepas dan Yang Berhormat Tuan Penasihat Undang-undang Negeri telah memberi nasihat supaya fatwa majlis dapat disemak semula agar lebih kemas dan berkesan apabila diwartakan kelak. Ini adalah kerana ianya lebih berupa kenyataan sedangkan untuk penguatkuasaan hukum, lebih sesuai jika ianya bercorak arahan. Justeru itu, mesyuarat khas yang diadakan kali ini disyor supaya membuat semakan semula keatas sighah fatwa tersebut berdasarkan nasihat yang diberi oleh Yang Berhormat Tuan Penasihat Undang-undang Negeri.

3. Mesyuarat mengambil perhatian diatas pandangan dan penjelasan diatas dengan berpegang kepada konsep bahawa:

(1) Sighah fatwa yang dikeluarkan dalam tahun 1992 itu walaupun berbentuk khabariah pada lafaz tetap tetapi pada hakikatnya berbentuk insyaiah (خبرية لفظا وأنشاية معنا).
(2) Walaupun pindaan keatas sighah fatwa tersebut, tetapi bukanlah memberi makna bahawa umat islam harus diajbar (digagahi) untuk mengeluar zakat pendapatan mereka kerana ia termasuk dalam kategori zakat badani menurut ketetapan hukum syara’.


Jawapan:

Dengan itu, mesyuarat bersetuju ungkapan atau sighah fatwa yang diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada 21 Rabiulawal 1413 bersamaan 17 Oktober 1992 dipinda sebagaimana berikut:

Meminda perkataan ( adalah dikenakan zakat….) kepada (adalah diwajibkan zakat…)

Dengan itu ayat sepenuhnya berbunyi sebagaimana berikut:

(Pendapatan gaji yang diperolehi oleh kakitangan kerajaan atau badan-badan berkanun atau syarikat-syarikat atau sebagainya dari institusi-institusi yang menjalankan perniagaan atau perkhidmatan yang mempunyai sistem penggajian yang teratur adalah diwajibkan zakat jika nilai jumlah peruntukan gaji bagi seorang kakitangan itu sampai nisab yang dikira atas nisab matawang dan melintasi haul, dimana ia menerima bahagian terakhir daripada peruntukan gaji tahunan).


FATWA
MASALAH BAYARAN ZAKAT GAJI BULANAN YANG DIBUAT OLEH MAJIKAN DENGAN IZIN ATAU PER
Bahasa AsalMelayuJumlah Pembaca60Negara AsalMalaysiaTahun1995RujukanJabatan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan
Dalam mesyuarat jemaah ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan yang telah diadakan pada 17 haribulan Oktober 1992, satu fatwa mengenai zakat gaji telah dikeluarkan yang berbunyi:

( pendapatan gaji yang diperolehi oleh kakitangan kerajaan atau badan-badan berkanun atau syarikat-syarikat atau sebagainya dari institusi-institusi yang menjalankan perniagaan dan perkhidmatan yang mempunyai sistem pengajian yang teratur adalah dikenakan zakat jika nilai jumlah peruntukan gaji bagi seorang kakitangan itu sampai nisab yang dikira atas nisab matawang dan melintasi haul, dimana ia menerima bahagian terakhir daripada peruntukan gaji tahunan)

( Permulaan haul zakat gaji dikira pada hari atau bulan ia dipanggil melaporkan diri untuk memulakan tugas jawatannya kerana hari atau bulan itu dikira sebagai masa permulaan ia berhak menerima bahagian-bahagian peruntukan gaji tahunan dan kadar zakatnya ialah sebanyak 2.5% atau 1/40)


Jawapan:

Berikutan itu, pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan telah menjalankan kempen-kempen kesedaran kepada kakitangan kerajaan supaya membayar zakat gaji kepada majlis menerusi sistem potongan gaji bulanan yang dilakukan oleh majikan. Hasil dari usaha tersebut, terdapat kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun membuat potongan gaji mereka sebanyak yang munasabah dengan niat membayar zakat kepada majlis, dimana penyata tentang bayaran tersebut dikeluarkan oleh majlis pada akhir tahun masihiyah.

Mesyuarat membincang masalah tersebut dan bersetuju memfatwakan sebagaimana berikut:

(1) Zakat yang dibayar melalui potongan gaji bulanan adalah sah, dengan syarat hendaklah disertakan niat pada setiap kali ianya dikeluarkan.
(2) Si pembayar zakat hendaklah mewakilkan kepada majikan bagi pengeluaran zakat gaji untuk dirinya tiap-tiap bulan. Pihak majikan hendaklah berniat mengeluar zakat bagi pihak orang yang diwakilkan secara umum setiap kali potongan zakat dibuat. Pandangan-pandangan ini berdasarkan nas-nas berikut:
( قوله أو أعطاء وكيل) أى أو عند أعطاء وكيل عنه في تفرقة الزكاة على المستحقين ولا يشترط نية الوكيل عند الصرف للمستحقين لوجود النية من المخاطب بالزكاة مقارنة لفعله إذ المال له وبه فارق نية الحج من الغائب لأنه المباشر للعبادة. ( وقوله أو إمام) معطوف على وكيل أى وتكفى النية عند اعطاء أمام الزكاة لأن الأمام نائب المستحقين فالدفع إليه كالدفع إليهم ولهذا أجزأت وإن تلفت عنده بخلاف الوكيل. قال في التحفة مع الأصل والأصح أن نيته أى السلطان تكفى عن النية الممتنع باطنا لأنه لما قهر قام غيره مقامه فى التفرقة...)
Rujukan: أعانة juzuk 2 halaman 182)
( وتكفى النية عند عزلها عن المال وبعده وعند دفعها لأمام أو وكيل والأفضل أن ينويا عند تفريق أيضا).
Rujukan: بجيرمى juzuk 2 halaman 303



FATWA
POHON FATWA: MASALAH KAEDAH TAKSIRAN ZAKAT GAJI ATAU PENDAPATAN
Bahasa AsalMelayuJumlah Pembaca72Negara AsalMalaysiaTahun1994RujukanJabatan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan1. Satu kertas mengenainya telah disediakan oleh tuan pegawai urusan sumber Majlis Agama Islam Kelantan bagi pertimbangan mesyuarat jemaah ulama’ khususnya mengenai kaedah taksiran zakat gaji atau pendapatan, dimana menurut skim pengajian yang wujud sekarang, baik kerajaan mahupun swasta, mengandungi gaji pokok, imbuhan tetap dan komponen berubah. Semuanya itu dinikmati oleh seseorang pekerja sebagai pendapatan bulanan atau tahunan yang ditawarkan oleh majikan, bergantung kepada kelayakan masing-masing.
2. Menurut penjelasan yang diberi oleh pegawai tersebut, bahawa sepanjang melaksanakan keputusan fatwa majlis berhubung dengan zakat gaji/ pendapatan, pihaknya banyak menerima pertanyaan dari orang awam samada ditolak atau tidak perbelanjaan asasi sebagaimana yang diamalkan dibeberapa buah negeri di negara ini. Apakah wajar, seseorang yang berpendapatan kecil juga dikenakan zakat dimana jika dijumlahkan pendapatan mereka setahun sudah mencukupi nisab zakat sedangkan mereka tergolong dibawah ta’rif miskin. Jika golongan tersebut diwajibkan membayar zakat apakah menepati dengan konsep zakat itu sendiri yang menurut penentuan syara’ (diambil sebahagian tertentu dari harta orang kaya untuk diagihkan kepada orang miskin).

Jawapan:

Mesyuarat telah membincang perkara tersebut dengan terperinci disamping kira suasana kehidupan umum masyarakat serta tahap perbelanjaan sara hidup yang wujud dalam negara ini sekarang dan bersetuju memfatwakan sebagaimana berikut sebagai tambahan atau penjelasan kepada fatwa yang lepas:-

1) (bahawa gaji atau pendapatan yang dikenakan zakat ialah meliputi gaji pokok serta lain-lain yang dikira sebagai imbuhan tetap sahaja dan tidak termasuk imbuhan berubah.
2) Zakat dikenakan atas gaji atau pendapatan setelah ditolak perbelanjaan doruriyat iaitu keperluan asasi yang paling sederhana untuk diri dan keluarga dibawah tanggungannya menurut hukum syara’).



FATWA
ZAKAT ATAS PENDAPATAN (GAJI)
Bahasa AsalMelayuJumlah Pembaca151Negara AsalMalaysiaTarikh Isu1990-03-22PengarangDato’ Seri Haji Harussani bin Hj ZakariaRujukanJawatankuasa Syariah Negeri PerakNotaTarikh Diisu : 22 Mac 1990 1.TUJUAN.

1.1. Kertas ini dikemukakan untuk menjelaskan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak mengenai zakat atas pendapatan (gaji)

2. LATAR BELAKANG.

Bahasa AsalMelayuJumlah Pembaca65Negara AsalMalaysiaTahun1988PengarangMajlis Agama Islam Dan Adat Melayu TerengganuRujukanMajlis Agama Islam Dan Adat Melayu TerengganuNotaTarikh Diisu : 1988-2000 Soalan :

a) Adakah pendapatan (gaji) dikenakan zakat dan jika dikenakan zakat, bagaimanakah cara mengeluarkannya?

b) Bolehkah bayaran zakat dibayar secara ansuran tiap-tiap bulan sebagaimana kemudahan bayaran potongan bulanan ke atas cukai pendapatan?

Jawapan :

a) Di dalam perkara ini, setelah berbincang dan berdasarkan kepada pendapat-pendapat yang mewajibkan zakat terhadap hasil-hasil uasaha kerja semasa iaitu pendapat sebahagian daripada sahabat dan tabiin seperti Ibnu Abas, Ibnu Mas’ud, Mu’awiyah, As-Sadiq, Al-Baqir, An-Nasir, Daud, Umar bin Abdul Aziz, Al-Hassan, Az-Zahiri, Al-Auza’ie dan Mazhab Ahmad Ibnu Hanbal dalam masalah pendapat dari sewaan, maka jawatankuasa berpendapat bahawa hasil-hasil usaha kerja semasa termasuklah gaji adalah dizakatkan berdasarkan mazhab tersebut. Manakala di negeri Terengganu dalam membuat dan mengeluarkan sebarang fatwa atau kaedah pengertian atas apa-apa perkara mengenai syarak Jawatankuasa Fatwa hendaklah berpandukan kepada mazhab Shafie. Perkara ini diperuntukan didalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 didalam Seksyen 26(1), kecuali bagi maksud kemaslahatan dan kebajikan orang-orang Islam, maka bolehlah Jawatankuasa mengeluarkan fatwa atau kaedah pengertian berpandukan kepada mana-mana mazhab yang 4 atau mazhab yang lain-lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Fatwa.Berdasarkan kepada kedudukan tersebut dan memandangkan kepada penunaian zakat ini memberi kebajikan kepada orang-orang Islam, maka Jawatankuasa berpendapat bolehlah bagi sesiapa yang mahu mengeluarkan zakat pendapatan bebas atau hasil usaha kemahiran semasa termasuklah gaji menunaikan zakatnya menurut pendapat tersebut.

b) Berdasarkan mazhab yang mewajibkan keluar zakat pendapatan bebas, Jawatankuasa berpendapat bayaran zakat bolehlah dibuat secara ansuran bulanan dari masa ke semasa apabila mencukupi nasabnya yang dikeluarkan bagi tahun semasa tanpa mengambil kira haul.

Zakat Hasil Profesi
Bahasa AsalMelayuJumlah Pembaca118Negara AsalIndonesiaTahun2001RujukanMajelis Ulama Indonesia DKI JakartaZakat adalah rukun Islam ketiga yang berbentuk ibadah maliyah ijtima'iyyah (berdimensi ekonomi dan sosial) yang memiliki fungsi dan peranan sangat strategis dalam syari'at Islam. Zakat tidak hanya berfungsi untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah SWT, tetapi juga menjadi sarana untuk membersihkan jiwa manusia dari sifat-sifat yang tercela seperti kikir, rakus dan egois. Di samping itu, zakat juga dapat memberikan solusi terhadap problema kemiskinan yang menimpa umat manusia, memeratakan pendapatan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat, bangsa dan negara.

Di dalam al-Qur'an, perintah untuk membayar zakat disebutkan sebanyak 32 kali dan sebagian besar disebutkan beriringan dengan perintah untuk mendirikan shalat. Bahkan, jika digabung dengan perintah untuk memberikan shodaqah, infaq untuk kebaikan dan anjuran memberi makan kepada fakir miskin, mencapai 115 kali. Sementara itu kata-kata shalat (dalam segala bentuknya baik dalam bentuk kata benda maupun kata kerja), hanya disebut sebanyak 67 kali, puasa (shiyam/shaum) 13 kali dan haji 10 kali. Hal ini menunjukkan, bahwa kesalehan sosial seseorang yang dimanifestasikan dalam bentuk pemenuhan membayar zakat, infaq dan shadaqah tidak kalah pentingnya dibanding dengan kesalehan individual yang dimanifestasikan dalam bentuk pelaksanaan ibadah shalat, puasa dan haji.

Pada zaman modern sekarang ini, telah muncul berbagai jenis profesi baru yang sangat potensial dalam menghasilkan kekayaan dalam jumlah besar yang belum dijelaskan ketentuan zakatnya secara sharih (jelas) dalam al-Qur'an, as-Sunnah dan kitab-kitab fiqh klasik sehingga memerlukan fatwa para ulama. Untuk memberikan pemahaman kepada umat Islam tentang zakat hasil profesi, MUl Propinsi DKI Jakarta memfatwakan:

1. Uang (harta benda) yang diperoleh orang Islam dari profesi yang halal seperti profesi sebagai dokter, advokat, notaris, akuntan, konsultan, dosen dan muballigh (penceramah) baik berasal dari gaji, honorarium, upah, komisi, uang jasa, hadiah maupun yang lain (kasb al-'amal wa al-minhah ai-hurrah) jika telah mencapai nishab wajib dibayarkan zakatnya. Hal ini didasarkan pada dalil-dalil yang bersumber dari nash-nash al-Qur'an dan al-Hadits sebagai berikut:


a. Firman Allah SWT dalam surat an-Nur ayat 56:

أَغْنُوْهُمْ عَنِ الطَّوَافِ فِيْ هذَا اْليَوْمِ

Artinya:
Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan ta'atlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat. An-Nur, 24:56.


b. Firman Allah SWT dalam surat at- Taubat ayat 103:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيْهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ وَاللهُ سَمِيْعٌ عَلِيْمٌ (103) التوبة

Artinya:
Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan mendo'alah untuk mereka. Sesungguhnya do'a kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.At-Taubah,9:103.

c. Firman Allah SWT dalam surat adz-Dzariyat ayat 19:

وَفِيْ أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِّلسَّائِلِ وَاْلمَحْرُوْمِ (19) الزاريات

Artinya:
Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian. Az-Dzariyat, 51:19.

2. Para ulama berbeda pendapat dalam menentukan nishab, haul, dan kadar zakat (prosentase) zakat profesi dalam 3 pendapat sebagai berikut:

a. Pendapat para ulama yang menganalogikan zakat hasil profesi dengan zakat hasil perdagangan, karena sama-sarna merupakan hasil usaha. Oleh karena itu, nisab zakat perofesi adalah senilai 94 gram emas, sedang kadar zakat yang harus dibayarkan sebanyak 2,5%. Jika harga emas satu gram Rp. 100.000,- maka seseorang yang memiliki penghasilan sejurnlah Rp. 100.000 x 94 = Rp. 9. 400.000,- wajib membayar zakat sebesar 2,5 % yang nilainya Rp. 235.OOO,-.Pendapat ini didukung oleh Dr. M. Yusuf al-Qardlawi dalam kitabnya "Fiqh az-Zakat". Menurut pendapat sahabat Ibn Abbas, Ibn Mas'ud" Atha', Baqir dan Thariq, jika penghasilan (gaji, honor, bonus dan sebagainya) seseorang dari profesi sekali menerima telah mencapai nisab, maka seketika itu wajib dibayarkan zakatnya tanpa menunggu satu tahun (haul). Tetapi jika sekali diterima tidak mencapai nisab, maka zakatnya baru dibayarkan sesudah lewat satu tahun. Sementara itu, menurut pendapat sahabat Ali ibn Abi Thalib, , Aisyah dan Qasim ibn Muhammad ibn Abu Bakar, bahwa hasil profesi, meskipun sekali diterima telah mencapai nisab, belum wajib dibayarkan zakatnya sebelum melewati waktu satu tahun (haul).

Adapun faktor yang menyebabkan perbedaan pendapat dalam masalah haul ini adalah perbedaan mereka terhadap status hadits yang menjelaskan masalah haul. Seperti hadits yang diriwayatkan sahabat Abdullah ibn Umar:

عَنْ نَافِعٍ أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنِ عُمَرَ كَانَ يَقُوْلُ لاَ تَجِبُ فِيْ مَالٍ زَكَاةٌ حَتَّى يَحُوْلَ عَلَيْهِ اْلحَوْلُ

Artinya:
"Dari Nafi' Bahwa Abdullah bin Umar berkata: Tidak wajib mengeluarkan zakat dari harta yang belum sampai setahun".

Bagi ulama yang memandang status hadits ini shahih, maka mereka mensyaratkan haul dalam kewajiban membayar zakat. Sebaliknya bagi ulama yang memandang status hadits tersebut dla'if (lemah), maka mereka tidak mensyaratkan haul dalam kewajiban membayar zakat.

b. Pendapat para ulama yang menganalogikan zakat hasil profesi dengan zakat hasil pertanian. Menurut mereka,zakat hasil profesi kurang tepat kalau di-qiyas-kan dengan hasil perdagangan. Sebab dalam zakat perdagangan, semua kekayaan baik modal maupun keuntungan diperhitungkan zakatnya. Sedangkan dalam zakat profesi yang diperhitungkan hanya hasilnya saja. Oleh karena itu, mereka lebih cenderung untuk meng-qiyas-kan zakat hasil profesi dengan zakat hasil pertanian karena keduanya mempunyai kesamaan bahwa yang diperhitungkan zakatnya hanya hasilnya .saja, sedang modalnya tidak. Dengan demikian, nisab hasil profesi adalah senilai 759 Kg beras yang wajib dibayarkan zakatnya 5 % - 10 %. Jika harga beras 1 kg Rp. 2.500,- maka seseorang yang berpenghasilan Rp. 2.500 x 759 = Rp.
1.897.500,- wajib membayar zakat 5% s.d. 10 %, yakni Rp. 94.875,- s.d Rp. 189..750,- yang dibayar ketika menerima uang tersebut, sesuai dengan firman Allah dalam surat al-An' am ayat 141:

وَهُوَ الَّذِي أَنْشَأَ جَنَّاتٍ مَعْرُوْشَاتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوْشَاتٍ وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أكُلُهُ وَالزَّيْتُوْنَ وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ كُلُوْا مِنْ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَءَاتُوْا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ وَلاَ تُسْرِفُوْا إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ اْلمُسْرِفِيْنَ (141)الأنعام

Artinya:
Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon korma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. Al-An'am, 6:141

Jika penghasilan dari gaji, honor, komisi uang jasa dan sebagainya yang diterima kurang dari nisab, rnaka jumlah penghasilan tersebut supaya dihitung dan dikumpulkan dengan penghasilan pada waktu-waktu berikutnya sampai satu tahun. Sesudah satu tahun, jika penghasilan tersebut mencapai nisab wajib dibayarkan zakatnya.

c. Pendapat para ulama yang menganalogikan zakat hasil profesi dengan zakat harta Qarun (rikaz) dan harta rarnpasan perang (ghanimah). Oleh karena itu, seseorang yang memperoleh penghasilan dari kerja (profesi) harus mengeluarkan zakat sebanyak 20 %. Pendapat ini dipelopori oleh para ulama Syi'ah. Pertimbangan mereka dalam menganalogikan zakat profesi dengan hasil ghanimah, karena keduanya sama-sama mudah mendapatkan penghasilan yang banyak dan tidak ada resiko kerugian seperti yang terjadi pada perdagangan dan pertanian. Hal ini didasarkan pada firman Allah SWT dalam surat al-Anfal ayat 41:

وَاعْلَمُوْا أَنَّمَا غَنِمْتُمْ مِّنْ شَيْءٍ فَإِنَّ للهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُوْلِ وَلِذِي اْلقُرْبَى وَاْليَتَمَى وَالمَسَاكِيْنِ وَابْنِ السَّبِيْلِ...(41) الأنفال

Artinya:
Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul. Kerabat Rasul, anak-anak yatim. orang-orang miskin dan ibnussabil,... Al-Anfal, 8:141.



FATWA
Cukai Pendapatan Dijadikan Zakat Atas Wang Simpanan
Bahasa AsalMelayuJumlah Pembaca80Negara AsalMalaysiaRujukanJabatan Mufti Negeri Kedah dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah.NotaJILID 3 Sudahkah memadai bahawa wang-wang cukai pendapatan/pembangunan yang dibayar oleh seseorang kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri diniatkan dan dijadikan zakat atas wang-wang simpanannya?

Tidak memadai wang cukai pendapatan/pembangunan yang dibayar oleh seseorang kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri diniatkan dan dijadikan zakat atas wang-wang simpanannya


Zakat Wang Simpanan Dan Wang Pendapatan
Bahasa AsalMelayuJumlah Pembaca76Negara AsalBruneiTahun1987PengarangUstaz Awang Haji Abdul Aziz Bin Juned & Dr Hj Ismail Bin Omar Abdul AzizRujukanJabatan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei DarussalamAdakah seseorang yang menyimpan wang sebanyak $45,000 untuk membayar harga rumah yang dibelinya sebanyak $43,000 secara ansuran selama tempoh 50 tahun, yang cukup haulnya wajib dizakatkan?

Adakah zakat wang dilakukan selepas ditolak jumlah hutang kepada orang, gaji pembantu rumah dan jumlah wang untuk nafkah hidup setahun?



Jawapan:

Penyimpan wang $50,000.00 yang sudah sampai nishâb dan haulnya itu wajib dizakatkan, sesudah dibayarkan zakatnya, maka Awang boleh beli kebun atau bemiagakan wang itu, untuk membayar bayaran rumah yang Awang beli. Jangan disimpan nanti kena bayar zakat tiap-tiap tahun akan habis wang itu. Berunding dan bayar hutang rumah itu, Islam tiada mengelakkan berhutang, dalam Tahiyyat:

اَلّلهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Ia lepas dibayar hutang orang dan dibayar lain-lain belanja, maka wang pendapatan dari berbiaga itu jika ada nishâb dan haul dikeluarkan zakatnya, jika wang itu wang gaji, jika wang gaji yang baki itu ada nishâb dan ada haulnya maka wajib dibayar zakatnya.