Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan
Keputusan:
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
1.Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
2.Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
3.Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
4.Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
5.Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
6.Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
7.Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
Soalan:
Adakah sah sembahyang jika memakai minyak wangi mengandungi alkohol?
Jawapan:
Dimaafkan cecair yang najis seperti alkohol yang dicampurkan ke dalam ubat-ubatan atau benda-benda pewangi seperti air wangi atau minyak wangi bagi tujuan memelihara dari kerosakan atau untuk menahankan bauannya di atas kadar yang diperlukan bagi tujuan itu. Maka dengan itu, benda-benda pewangian atau ubat-ubatan yang dicampur ke dalamnya cecair najis seperti alkohol bagi tujuan tersebut dan di atas kadar yang diperlukan bagi tujuan itu harus dipakai dan digunakan sekalipun di dalam sembahyang.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Kedah Darul Aman
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman
Penulis/Ulama : Dato Paduka Sheikh Abdul Majid Bin Mohd Nor
Minyak Wangi Yang Mengandungi Alkohol
Soalan:
Apa hukum memakai minyak wangi yang mengandungi alkohol kepada pakaian ataupun badan untuk menunaikan sembahyang?
Jawapan:
الحمد لله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب ، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل ، وآله وصحبه أجمعين ، وبعد
Dalam melakukan sembahyang kita disyaratkan supaya memastikan kebersihan tubuh badan, pakaian dan temp at sembahyang daripada najis. Kewujudan najis pada tubuh badan, pakaian dan temp at sembahyang akan menyebabkan sembahyang itu tidak sah. Untuk mengetahui sama ada minyak harum yang bercampur alkohol itu najis atau tidak adalah tertakluk kepada bagaimana pembuatannya, baik dari segi minyaknya mahupun alkoholnya. Jika ia bersumber daripada benda yang najis seperti minyak yang bersumber daripada binatang yang najis atau alkohol yang bersumber daripada arak, maka minyak harum seperti itu adalah dihukumkan mengandungi najis dan jika ia dipakai ketika di dalam sembahyang, maka sembahyang seseorang itu tidak sah.
Sekiranya minyak harum itu bukan najis seperti ia tidak bersumber daripada benda yang najis dan tidak bercampur alkohol yang bersumber daripada arak, maka minyak harum tersebut boleh dipakai.
والله أعلم بالصواب
Negara asal : Brunei darussalam
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Junid
Tarikh Diisu : 2004
Nota: Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam 2004
Fatawa: Makanan & Minuman
Persoalan tentang pemakanan
Makanan (Al-Ath'imah)
Soalan 1: Hukum Memakan Tapai.
Saya adalah seorang penggemar tapai di Brunei 1m. Kemusykilan saya sekarang, adakah benar mesej yang tercatat di bawah ini?
"Question:
Assalamualaikum, The Muslim community in my country consumes one type of delicacy called tapai which is fermented cooked rice, glutinous rice or tapioca. This delicacy contains 5-10% alcohol. One religious teacher told me it is halal, since the alcohol does not come from grapes. Is there any fatwa as regarded to this?
S. Abdul Malik, Malaysia
Answer:
Dear S A As-Salamu alaykum. The fatwa of your teacher is absolutely wrong. Any product that is fermented anaerobic ally (without the presence of oxygen) produces ethyl alcohol, and therefore is haram. If the product is fermented with oxygen, it is called aerobic, and produces acetic acid (like vinegar) and is OK. Alcohol can be produce from many plants and not simply from grapes. You can have alcohol from apples, rice, peaches, pineapple, mangoes, barley and million other plants. All alcohol are intoxicants and are therefore Haram, regardless of the alcohol content (even 0.5% IS Haram) Thank you for asking and God knows best. "
Terjemahnya:
Soalan:
Assalamualaikum,masyarakat Islam di negeri saya memakan sejenis makanan yang dikenali sebagai tapai iaitu nasi yang diperam, pulut atau ubi kayu. Makanan ini mengandungi 5-' 10% alcohol. Seorang guru agama memberitahu saya ia halal' dimakan,selagi alkohol tersebut bukan dihasilkan daripada anggur. Adakah mana-mana fatwa mengenainya?
S.Abdul Malik, Malaysia.
Jawapan:
Assalamualaikum tuan S Abdul. Fatwa guru anda itu salah sama sekali. Mana-mana produk yang diperam atau ditapaikan dengan cara anaerobic (tanpa kehadiran oksigen) mengeluarkan etil alkohol, dan oleh itu adalah haram. Jika produk itu ditapaikan dengan oksigen, ia dipanggil aerobik, dan mengeluarkan asid asetik (seperti cuka) dan tidak mengapa. Alkohol boleh dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan dan bukan hanya anggur. Anda boleh mendapat alkohol daripada epal, nasi, pic nenas, mangga, barli dan berjuta-juta lagi tumbuhan lain. Semua alkohol adalah memabukkan dan oleh itu adalah haram, tidak kira berapa banyak kandungan alkohol itu (hatta 0.5% pun adalah haram). Terima kasih kerana bertanya dan Wallahu a 'alam bishshawab.
Jawapan:
الحمدالله حمدا يوافى نعمه ويكافئ مزيده، اللهم صل وسلم على سيدنا ومولانا محمد وعلى آل سيدنا محمد صلاة تحيينا بها حياة طيبة ترضاها وتجعلنا بها هداة مهديين غير ضآلين ولامضلين، وبعد
Kenyataan yang diperolehi daripada mesej tersebut yang mengatakan bahawa tapai itu mengandungi alkohol adalah benar. Walau bagaimanapun untuk menghukumkan bahawa tapai tersebut haram dimakan kerana ia mengandungi alkohol dengan nisbah kandungannya seperti yang dinyatakan di dalam mesej tersebut adalah tidak memadai, bahkan ia memerlukan penjelasan yang terperinci.
Pembuatan atau penyediaan makanan seperti tapai, sehingga terjadinya alkohol adalah termasuk dalam proses penapaian (fermentation). Alkohol yang wujud dalam tapai berkenaan jika belum sampai kepada tahap alkohol yang boleh memabukkan, maka tapai itu tidak haram dimakan.
Kedudukan perkara ini boleh disamakan dengan penyediaan nabidz. Nabidz ialah nira atau tuak daripada perahan buah¬buahan atau biji-bijian seperti anggur, kurma dan sebagainya. Dalam hal ini banyak hadis yang menjelaskan bahawa terdapat tahap-tahap atau peringkat-peringkat pemerosesan nabidz itu dianggap halal atau masih halal diminum dan ada peringkatnya ia sudah tidak lagi halal diminum kerana sudah mendidih (ada padanya unsur memabukkan). Hadis-hadis berkenaan adalah seperti berikut:
عن يحيى بن عبيد، أبي عمر البهرانى، قال: سمعت ابن عباس يقول: كان رسول الله عليه وسلم ينتبذ له اول الليل، فيشربه، إذا أصبح يومه ذلك، والليلة التى تجئ، والغد والليلة الأخرى والغد إلى العصر. فإن بقى شيئ، سقاه الخادم أو أمر به فصب.
(رواه مسلم)
Maksudnya: "Daripada Yahya bin Ubaid, Abu Umar al-Bahraniy, dia berkata: "Aku mendengar Ibnu 'Abbas berkata: "Biasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dibuatkan nabidz pada permulaan malam dan Baginda meminumnya di waktu pagi, hari itu dan malamnya, pada pagi (esoknya) dan malam berikutnya, serta keesokannya lagi sampai waktu Asar. Jika masih berbaki, maka Baginda berikan kepada khadam (pelayan) atau Baginda suruh membuangnya. "
(Hadis riwayat Muslim)
عن ابن عباس، قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم ينقع له الزبيب. فيشربه اليوم والغد وبعد الغد إلى مساء الثالثة. ثم يأمر به فيسقى أو يهراق.
(رواه مسلم)
Maksudnya: "Daripada Ibnu 'Abbas, beliau berkata: "Biasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam direndamkan untuk Baginda anggur kering (kismis), lalu Baginda meminumnya pada hari itu, keesokan harinya dan besoknya lagi hingga petang hari ketiga. Kemudian Baginda menyuruh berikan kepada orang lain atau ditumpahkan. "
(Hadis riwayat Muslim)
عن ابن عباس قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم ينبذ له الزبيب فى السقاء. فيشربه يومه والغد وبعد الغد. فإذا كان مساء الثالثة شربه وسقاه. فإن فضل شيئ اهراقه.
(رواه مسلم)
Maksudnya: "Daripada Ibnu 'Abbas, beliau berkata: "Biasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dibuatkan nabidz kismis dalam gereba (bekas menyimpan air yang diperbuat daripada kulit binatang), lalu Baginda meminumnya pada hari itu, keesokan harinya dan besoknya lagi. Pada waktu petang hari ketiga, Baginda meminumnya dan memberikannya kepada orang lain. Jika masih ada berbaki,
Baginda membuangnya. "
عن يحيى أبى عمر النخعى قال: سأل قوم ابن عباس عن بيع الخمر وشرائها والتجارة فيها ؟
فقال: أمسامون أنتم ؟
قالوا:نعم.
قال: فإنه لا يصلح بيعها ولا شرائها ولا التجارة فيها.
قال: فسألوه عن النبيذ ؟ فقال: خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم فى سفر. ثم رجع وقد نبذ ناس من أصحابه فى حناتم ونقير ودباء. فأمر به فاهريق. ثم أمر بسقاء فجعل فيه زبيب وماء. فجعل من الليل فأصبح. فشرب منه يومه ذلك وليلته المستقبلة. ومن الغد حتى أمسى. فشرب وسقى. فلما أصبح أمر بما بقى منه فأهريق.
(رواه مسلم)
Maksudnya: "Daripada Yahya Abu Umar an-Nakha 'i berkata:
"Ada satu kumpulan orang bertanya kepada Ibnu 'Abbas tentang memperjualbelikan dan memperdagangkan khamr."
Ibnu 'Abbas bertanya: "Apakah kalian orang-orang Islam?"
Mereka menjawab: "Ya!"
Ibnu 'Abbas berkata: "Tidak boleh memperjual belikan dalam memperdagangkannya. "
Berkata Yahya Abu Umar an-Nakha 'iy: "Mereka bertanya lag tentang nabidz, "
Ibnu 'Abbas menjawab: "Pernah Rasulullah Shallallahu 'alaih wasallam keluar dalam suatu perjalanan. Ketika Baginda( pulang, ada beberapa orang sahabat Baginda telah memproses dan menyimpan nabidz dalam tempayan-tempayan, kayu-kayu) yang dilubangi dan wadah daripada kulit labu, Lalu Baginda menyuruh menumpahkannya. Kemudian Baginda meminta gereba (bekas air diperbuat daripada kulit), lalu di dalamnya diletakkan kismis dan air. Rendaman kismis itu dibiarkan semalaman. Baginda meminumnya pada keesokan harinya dan malamnya, serta besoknya lagi sampai petang. Baginda minum dan memberikannya kepada orang lain. Ketika datang pagi, berikutnya, sisa rendaman kismis itupun ditumpahkan. "
(Hadis riwayat Muslim)
عن ثمامة (يعنى ابن حزن القشيرى) قال: لقيت عائشة فسألتها عن النبيذ؟ فدعت عائشة جارية حبشية فقالت: سل هذه. فإنها كانت تنبذ لرسول الله صلى الله عليه وسلم فقالت الحبشية كنت أنبذ له فى سقاء من الليل. وأوكيه وأعلقه فإذا أصبح شرب منه.
(رواه مسلم)
Maksudnya: "Daripada Tsamamah (yakni Ibnu Hazn al-Qusyairiy): "Aku bertemu 'Aisyah, lalu aku bertanya kepada beliau ten tang nabfdz. 'Aisyah memanggil seorang jdriyah (budak perempuan) Habsyi dan berkata: "Tanyalah kepada orang ini kerana dialah yang biasa membuatkan nabfdz untuk Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam". Jariyah itu berkata: "Aku biasa membuatkan nabidz untuk Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dalam gereba di malam hari. Lalu gereba itu aku ikat dan aku gantungkan. Keesokan harinya, barulah Baginda minum nabidz itu. "
(Hadis riwayat Muslim)
عن عائشة قالت كنا ننبذ لرسول الله صلى الله عليه وسلم فى سقاء يوكى أعلاه، ننبذه غذوة، فيشربه عشاء، وننبذه عشاء، فيشربه غدوة.
(رواه مسلم)
Maksudnya: "Daripada 'Aisyah, beliau berkata: "Biasanya kami membuatkan nabidz untuk Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dalam gereba (bekas air daripada kulit) yang diikat bahagian atasnya, dan gereba itu mempunyai mulut. Kami membuat nabidz di pagi hari, lalu Baginda meminumnya di waktu 'Isya'. Kalau kami membuatnya di waktu 'Isya " Baginda meminumnya di pagi hari. "
(Hadis riwayat Muslim)
AI-Imam an-Nawawi ketika menghuraikan hadis-hadis tersebut, berkata:
فى هذه الأحاديث دلالة على جواز الانتباذ وجواز شرب النبيذ ما دام حلوا لم يتغير ولم يغل وهذا جائز بإجماع الأمة،
وأما سقيه الخادم بعد الثلاث وصبه فلأنه لا يؤمن بعد الثلاث تغيره وكان النبي صلى الله عليه وسلم يتنزه عنه بعد الثلاث.
وقوله: (سقاه الخادم أو صبه) معناه تارة يسقيه الخادم وتارة يصبه وذلك الاختلاف لاختلاف حال النبيذ، فإن كان لم يظهر فيهتغير ونحوه من مبادئ الإسكار سقاه الخادم ولا يريقه لأنه مال تحرم إضاعته ويترك شربه تنزها، وإن كان قد ظهر فيه شيء من مبادئ الإسكار والتغير أراقه لأنه إذا أسكار صار حراما ونجسا فيراق ولا يسقيه الخادم كما لا يجوز سقيه شربه، وأما شربه صلى الله عليه وسلم قبل الثلاث فكان حيث لا تغير ولا مبادىء تغير ولا شك أصلا والله أعلم.
وأما قوله فىحديث عائشة: (ينبذ غدوة فيشربه عشاء وينبذ عشاء فيشربه غدوة) فليس مخالفا لحديث ابن عباس فى الشرب إلى ثلاث لأن الشرب فى يوم لا يمنع الزيادة، وقال بعضهم: لعل حديث عائشة كان زمن الحر وحيث يخشى فساده فى الزيادة على يوم، وحديث ابن عباس فى زمن يؤمن فيه التغير قبل الثلاث، وقيل حديث عائشة محمول على نبيذ قليل يفرغ فى يومه، وحديث ابن عباس فى كثير لا يفرغ فيه. والله أعلم.
(صحيح مسلم بشرح النووى- المجلد السابع، ص:190)
Ertinya: "Di dalam hadis-hadis ini terdapat petunjuk tentang keharusan melakukan intibadz (merendam seperti kismis, kurma, gandum), dan keharusan meminum (air) rendaman nabidz itu selama mana ia masih terasa manis, belum berubah, dan belum menggelegak atau mendidih. Perkara ini harus hukumnya dengan ijma' ulama.
Adapun perbuatan Nabi memberi minum kepada khadam dan menumpahkannya/membuangnya selepas tiga hari, kerana Baginda merasa tidak selamat tentang perubahannya selepas tiga hari itu dan adalah Nabi Shallallahu lalaihi wasallam menjauhi nabidz selepas tiga hari.
Adapun maksud perkataannya (diberikannya minum kepada khadam atau ditumpahkannya/dibuangnya) ertinya kadang¬kadang Baginda memberikannya minum kepada khadam dan kadang-kadang Baginda menumpahkannya. Hal ini terjadi kerana adanya perbezaan, disebabkan perbezaan hal keadaan nabidz itu.
Jika tidak nyata perubahan air rendaman nabidz itu dan lain¬lain seumpamanya daripada unsur-unsur yang memabukkan, Baginda memberikannya kepada khadam dan tidak menumpahkannya kerana ia dikira harta yang haram membuangnya dan Baginda tidak meminumnya adalah sebagai langkah berhati-hati untuk menghindar daripada melakukan perbuatan maksiat (meminum nabidz yang diharamkan).
Tetapi jika telah nyata padanya ada sesuatu daripada unsur-unsur yang memabukkan dan perubahan, Baginda menumpahkannya kerana apabila ia memabukkan jadilah ia haram dan najis, lalu ditumpahkan dan tidak diberi minum kepada khadam, kerana yang memabukkan itu tidak harus diminum oleh khadam sebagaimana juga tidak harus ke atas Baginda sendiri meminumnya.
Adapun Rasulullah Shallallahu lalaihi wasallam meminumnya sebelum tiga hari, itu adalah kerana belum ada perubahan, dan tidak ada unsur-unsur perubahan dan ia tidak diragui pada asalnya. Wallahu a 'lam.
Adapun maksud perkataannya dalam hadis Aisyah: (Baginda merendam di waktu siang lalu meminumnya di waktu malam dan Baginda merendamnya di waktu malam kemudian meminumnya di waktu siang) tidaklah berlawanan dengan hadits Ibnu Abbas mengenai meminumnya sehingga masuk hari ketiga kerana meminum dalam waktu satu hari tidak bermakna ditegah lebih daripada itu. Setengah ulama hadis pula berkata: "Kemungkinan hadis 'Aisyah itu adalah di musim panas, kerana pada musim ini ditakuti ia akan rosak jika sudah lebih daripada satu hari, manakala hadis Ibnu 'Abbas pula adalah di musim yang dianggap selamat daripada perubahan sebelum tiga hari. Dan ada juga yang berpendapat bahawa:
"Hadis 'Aisyah itu merujuk kepada air rendaman (nabidz) yang sedikit yang boleh dihabiskan dalam masa sehari dan hadis Ibnu 'Abbas pula merujuk kepada air rendaman yang banyak yang tidak boleh dihabiskan dalam masa sehari. Wallahua 'lam. " (Shahih Muslim dengan Syarah an-Nawawi: 7/195)
Begitulah beberapa hadis yang dapat menjelaskan kedudukan alkohol dalam makanan seperti yang ada pada tapai yang belum sampai kepada tahap yang memabukkan.
Andai kata alkohol yang ada pada tapai itu sudah sampai kepada tahap yang memabukkan, maka tidak syak lagi tapai itu haram dimakan. Tapai yang sifatnya memabukkan adalah sama seperti hukum arak (haram meminumnya) sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
كل مسكر خمر وكل مسكر حرام
(رواه مسلم)
Maksudnya: "Setiap yang memabukkan itu adalah khamr (arak) dan setiap yang memabukkan (juga) adalah haram. " (Hadis riwayat Muslim)
Walau bagaimanapun apabila unsur memabukkan yang ada pada tapai itu hilang, maka tapai itu halal dimakan. Hal ini adalah berdasarkan kepada qiyds tentang hukum yang telah disepakati berhubung dengan air perahan daripada buah-buahan atau air perahan biji-bijian iaitu apabila ia disimpan buat seketika lamanya, maka air perahan itu akan mendidih (terdapat unsur memabukkan). Tetapi kemudian apabila ia turun dan berubah menjadi euka, maka euka itu halal dimakan dan ia suei selagi pertukarannya kepada euka itu terjadi dengan sendirinya (bukan dicampur dengan apa-apa bahan) kerana sifatnya yang memabukkan itu sudah tidak ada lagi. Akan tetapi jika ketika air perahan itu mendidih dan sifatnya memabukkan, maka haram diminum air perahan buah atau biji-bijian itu dan ia juga adalah najis. Apabila sifatnya yang memabukkan itu hilang, maka ia tidak lagi dihukumkan najis dan air perahan itu menjadi suel dan halal diminum. Begitulah dengan tapai, jika ia memabukkan haram dimakan, dan jika tidak, maka halallah memakannya.
Negara asal : Brunei darussalam
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned
Tarikh Diisu : 2003
Nota: FATWA MUFTI KERAJAAN BRUNEI 2003
FATWA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berikut ini adalah petikan dari kertas kerja perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum alkohol. Anda boleh mendapatkan secara lengkap kertas kerja ini dengan menulis surat kepada Pusat Islam.
Dan, kami memohon kemaafan atas kesilapan ejaan yang berlaku (jika ada).
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi. Dalam
minuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali dicampurkan.
1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.
2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samaada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.
3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum.
4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan.
5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.
1. Penggunaan alkohol dalam bahan citarasa (Flavour) minuman ringan ini.
2. Proses pembuatan minuman ringan tidak sama dengan pembuatan arak, oleh itu minuman ringan halal diminum kerana ia tidak memabukkan dan tidak memberi mudharat kepada orang yang meminumnya.
Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah harus.
Bersandarkan kepada kenyataan ini boleh dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam minuman ringan.
Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan (Ho). Dua jenis alkohol yang paling baik ialah
1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)
2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.
· Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.
Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu:
a. Penyediaan dalam makmal
b. Penyediaan dalam industri.
Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti untuk bawa alat solek dan minyak wangi.
Pada umunnya alkohol adalah bahaya dan beracun ia ada daya pembunuh dan memabukkan serta merosakkan anggota tubuh badan. Arak adalah memabukkan dan ia adalah haram seperti sabda nabi S.A.W "Setiap yang memabukkan itu
haram. Setiap yang memabukkan arak. Setiap yang memabukkan itu arak dan setiap yang memabukkan itu haram."(HR Muslim)
Lembaga Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis manakala arak tetap najis.
Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar maka jawatankuasa mengambil keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak adalah haram alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak
najis dan boleh di makan.
Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandugan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
*****************
Berikut ini adalah nukilan hasil muzakarah Majlis Muzakarah al-Azhar Panji Masyarakat (Islam dan masalah-masalah kemasyarakatan, terbitan pustaka panjimas, Jakarta, tahun 1983, hal. 427):
MEMAKAI ALKOHOL DAN MINYAK WANGI
----------------------------------
Dari M. Arif Bizrie Mardani, Banjarmasin Kalsel dan MZ Bondowoso, Pondok Pasentren Nurul Jadid, Probolinggo, Jatim.
Pertanyaan:
Bagaimana hukum alkohol dalam minyak wangi?
Jawaban:
Mengenai alkohol di dalam minyak wangi, telah majelis terangkan. Bimbingan pribadipun telah menguraikannya pada Panjimas yang baru lalu. Hukumnya tidak haram. Memakai minyak wangi, malah disunatkan. Namun sekedar tambahan bagi saudara, Majelis terangkan jualah, sepanjang Majelis ketahui, yakni:
Alkohol, adalah sebangsa gas cair (fluida).
Gas mempunyai sifat:
- Kemampuan berpindah tempat dengan kecepatan yang besar dan mempunyai tenaga kinetik tinggi. Energi kinetik akan menaik, bila temperatur menaik (dinaikkan).
- Campuran molekul-molekul gas, adalah merata. Molekul gas bergerak bebas ke segala arah dalam garis lurus dan tidak hilang energinya, akibat tubrukan antara sesama molekul tadi itu.
- Menempati volume yang lebih besar, dibandingkan dengan zat padat atau cair dalam berat yang sama.
Oleh kerana sifat-sifat yang diterangkan di atas, maka setetes minyak wangi, yang telah beremulasi dengan gas (dalam hal ini alkohol yang dicairkan tadi), maka bau wangi itu ikut idbawa sebar dengan cepat dan ruang sebar (volume sebar)nya pun sama dengan ruang alkohol tadi yang mempunyai energi kinetik: Ek=1/2 mv2.
****************
Berikut ini pula adalah pendapat almarhum Syeikh Sya'rawi rh di dalam Anta tas'al Wa Islam tujib.:
Soal: Apakah memakai perfume yang mengandungi alkohol haram hukumnya?
Jawab: Memakai perfume yang mengandungi alkohol halal hukumnya. Alkohol menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk.
Jika ia dipakai untuk tujuan baik, contohnya untuk bahan bakar, hukumnya tidak haram. Alkohol tidak najis. Ada beberapa negara Islam melarang import Eau'De Cologne yang mengandungi alkohol. Misalnya disalahgunakan untuk diminum dan bermabuk-mabuk.
Wanita boleh memakai perfume hanya di dalam rumah sahaja. Jika keluar rumah, dilarang memakainya. Sebab, dapat mengundang perhatian lelaki dan memberi rangsangan. -----------------------------
Kesimpulan
----------
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat kita fahami bahawa alkohol yang terdapat di dalam perfume adalah suci dan boleh dipakai untuk mengerjakan sembahyang tanpa ragu-ragu lagi.
Mengapa ia perlu diterima tanpa ragu-ragu? Kerana fatwa ini dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Perbincangan yang dilakukan bukan dari kalangan para ulamak sahaja, malah telah membabitkan sekali mereka yang berkepakaran dalam bidang berkenaan.
Ini dikuatkan dengan fatwa dari Lembaga Fatwa al-Azhar, yang semua orang tahu dengan ketokohan para ulamaknya.
Begitu kuat, di kukuhkan lagi dengan pandangan almarhum Syeikh al-Sya'rawi r.h., yang juga masyhur dengan penguasaannya bukan sahaja dalam ilmu-ilmu agama bahkan ilmu pengetahuan umum lainnya.
Mahu ikut yang mana.. ? Alkohol najis ataupun tidak? Ada sebahagian ulamak yang mengatakannya sebagai najis (tidak dibahaskan) dan sebahagiannya mengatakan tidak najis?
Firman Allah:
"Bertanyalah kepada orang yang tahu (ahli) jika kamu tidak mengetahui." (Al-Anbiya':7)
Menurut al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Humam, bahawa bertaqlid kepada seorang mujtahid tertentu tidak wajib. Dalam satu masalah seseorang boleh mengikut fatwa seorang mujtahid dan dalam satu masalah yang lain dia boleh mengikut pendapat dari mujtahid yang lain. Atas dasar inilah maka seseorang yang mengikut satu-satu mazhab tidak wajib melazimi (terus mengikut mazhab itu sahaja) dalam setiap masalah yang difatwakan oleh imam mazhab berkenaan.
Bermakna, kita boleh mengikut fatwa di atas tanpa merasa rimas dengan keterikatan kita kepada mana-mana pandangan mazhab sebelum ini.
Jika saudara membaca kenyataan dan fatwa di atas, dan faham dengan hujah-hujahnya, maka tanpa ragu-ragu.. saudara ikut fatwanya, bermakna saudara tidak buta-buta bertaqlid. Saudara tahu dan faham hujahnya. Cara inilah yang patut diikuti oleh setiap umat Islam. Sikap taqlid membabi-buta dan bertindak berdasarkan desas-desus adalah satu sikap yang tidak diterima di dalam Islam. Umat Islam dahulu boleh bergerak maju kerana tindakannya berdasarkan hujah dan fakta yang jelas. Bukan
desas-desus dan khbar-khabar angin.
Seperkara lagi ialah, masalah alkohol di dalam perfume ini adalah masalah khilafiyah. Jumhur ulamak bersepakat menyatakan bahawa khamar dan jenis-jenis arak yang lain adalah najis. Kemudian mereka berbeda pendapat pula mengenai apakah kandungan alkohol yang ada pada benda-benda selain arak juga termasuk najis atau tidak?
Sebagaimana yang sering AL-AHKAM serukan, janganlah pula kita berkelahi hanya kerana masalah alkohol dalam perfume itu najis ataupun tidak.. Tidak tentu juga, kerana khuatir juga, nanti satu kampung berkelahi sebab masalah ini.
Sekian adanya. Wallahu a'lam.