Showing posts with label kewangan. Show all posts
Showing posts with label kewangan. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

Perbezaan Zakat, Sedekah, Hibah, Pinjaman

Zakat merupakan satu kewajipan atas setiap orang Islam yang cukup
syarat-syaratnya. Pengertian zakat : mengeluarkan kadar harta yang
tertentu kepada orang yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu
Sedekah pula merupakan satu amalan sunat yang sangat digalakkan di dalam
Islam. Sedekah adalah memberi sesuatu milik tanpa bayaran dengan harapan
untuk mendapatkan pahala di akhirat
.

Sedekah Atau Hadiah

Soalan :Assalamualaikum Ustaz, Boleh saya tahu apakah perbezaan antara Sedekah dan Hadiah? Betulkah sekiranya diri ini mampu (dan dilayakkan berzakat, etc) saya ini tidak layak menerima sebarang sedekah samada dalam bentuk wang atau pun barangan dari sesiapa? Kebiasaan bila ada sahabat memberikan sesuatu dalam bentuk wang atau barangan makanan atau belanja makan, mereka akan menyatakan sebagai sedekah. Adakah ini betul? atau ia tidak boleh dikira sedekah? Minta penjelasan dan tunjuk ajar. Terima kasih

Jawapan: waalaikumussalam. Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Arab: صدقة) yang bermaksud benar. Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.
manakala hadiah ialah pemberian yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain berdasarkan kepada sesuatu sebagai penghormatan semata mata. seandainya anda mampu dari segi kewangan, apa yang dilakukan oleh kawan anda adalah dianggap sebagai hadiah bukan sedekah.

 Assalamualaikum, saya mempunyai kemushkilan terhadap pemberian sedekah/hadiah berupa wang ringgit kepada peminta sedekah yang bukan beragama islam. Mohon beri penjelasan.

Jawapan: Waalaikumussalam. Sedekah hanya kepada orang Islam yang miskin dan tidak berkemampuan. Pemberian kepada peminta sedekah yang bukan beragama Islam disebut hadiah begitu juga kepada orang Islam yang berkemampuan setiap pemberian juga disebut sebagai hadiah.

Hibah dan wasiat mempunyai perbezaan sepertimana berikut:

 1. Hibah : merupakan satu akad yang mengandungi pemberian hak milik harta oleh pemilik harta kepada seseorang semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan.Hibah semasa marad al-maut (penyakit yang boleh membawa kematian) membabitkan 2 undang-undang iaitu undang-undang hibah dan undang-undang wasiat:

 1.Tidak melebihi 1/3 harta si mati
 2.tidak diperuntukkan untuk ahli waris kecuali dipersetujui oleh ahli waris yang lain
 3. Tidak sah bagi pemberi hibah yang banyak hutang.
 4. Hibah perlu berkuatkuasa serta merta..
 2. Wasiat : merupakan pemberian seseorang kepada orang lain untuk dimiliki oleh penerima wasiat selepas kematiannya.

Soalan : Abang sulung saya telah berhutang dengan saya sebanyak rm10,000. Umur abang sulung saya sekarang 64 tahun agak uzur kerana penyakit dan tidak punya pendapatan untuk membayar hutang. Dulu saya pernah kata pada abang saya saya halalkan hutang tersebut tetapi suami saya sering mengungkit hal hutang abang saya membuatkan saya buntu. Apakah yang harus saya lakukan? Sebenarnya saya pun perlu wang tersebut untuk anak-anak. rezeki), dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (al-Baqarah 2:245). (Mikraj) aku melihat tulisan di atas pintu syurga, Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda. Aku bertanya Jibrail kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah? Jawabnya, kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan (Ibn Majah dan Baihaqi).
Oleh itu, sebaik-baiknya tuan memberikan pinjaman kepada seseorang yang memerlukan bantuan apatah lagi dari kalangan kaum kerabat yang perlu diutamakan daripada orang lain. Kemudian janganlah meminta bayaran pinjaman tersebut dengan kadar segera yang boleh menyebabkan berlaku kesusahan atau kezaliman kepada mereka yang berhutang tersebut. Manakala apabila melihat mereka berkesukaran untuk membayarnya walaupun cuba mengusahakan sebaik tetapi tidak mampu menyelesaikannya, tuan boleh menyedekahkan hutang tersebut separuh atau sebagainya. Perkara itu adalah lebih baik kerana firman Allah SWT di dalam al- Quran yang bermaksud: Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, ebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (Al-Baqarah: 28).
(Petikan dari soal jawab agama JAKIM di Berita Minggu) -harap sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada puan. Tetapi puan boleh berbincang dengan abang untuk mendapat sebahagian atau kesemua bayaran kerana memerlukan wang tersebut, mungkin anak-anaknya dapat membantu meringankan beban ayah dan sebagainya.

Jawapan
Sedekah menurut istilah syarak ialah pemberian ketika hidup kepada seseorang tanpa ada tukar ganti dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apa saja pemberian tanpa bayaran sebagai imbalan balik atas pemberian itu dengan tujuan ikhlas untuk mendekatkan diri kepada Allah, disebut sedekah. Sedekah dibahagikan kepada yang wajib yang dikenali sebagai zakat dan yang sunat seperti wakaf, derma dan sumbangan. Manakala pinjaman pula adalah pemilikan sementara kepada seseorang untuk dimanfaatkan.

Mengenai kebaikan memberi pinjaman dan sedeqah kepada mereka yangmemerlukan, firman Allah SWT ialah Siapakah orangnya yang (mahu)memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian Begitu juga hadith Nabi SAW menyatakan: Pada malam aku diisrakan
Keutamaan sedekah yang disembunyikan adalah berdasarkan firman Allah S.W.T
dalam surah al-Baqarah ayat 271 :
�Jika kamu menampakkan sedekah itu, maka itupun baik juga. Tetapi jika
kamu menyembunyikan sedekah itu dan kamu memberikannya kepada orang-ornag
fakir, itu adalah lebih utama.


Waktu, Tempat Dan Sasaran Bersedekah Yang Lebih Utama


Sehubungan dengan ini koala ingin bertanya mengenai dengan perkara tersebut di atas:
(1) Kepada siapa dan bilakah hari yang afdal bersedekah:
(1) Anak yatim/ orang miskin.
(2) Orang-orang akan bersungkai, misalnya di masjid.
(3) Jiran/ saudara mara.
(4) Orang-orang tua.
(2) Terdapat orang perseorangan atau berkumpulan secara bergilir-gilir bersedekah di masjid seperti minuman dalam botol pada malam yang kadang-kadang untuk 200 hingga 300 jemaah semalam. Dalam sebulan perbelanjaan orang yang bersedekah ini dianggarkan sekitar $3,000.00. Pada waktu yang sama tabung anak-anak yatim di masjid itu jumlahnya tidak sampai $100.00 semalam. Dalam sebulan kutipan tabung anak-anak yatim hanya $2,000.00-$3,000.00 sahaja.

Pada pendapat Pehin tentang perkara tersebut dan yang mana lebih afdhal kitani bersedekah? Jawapan awal dari Pehin adalah sangat-sangat diharapkan memandangkan bulan puasa akan menjelang.

Jawapan:

الحمد لله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله سيدنا محمد خاتم الأنبياء والمرسلين، واله وصحبه أجمعين.

Menghulurkan sedekah sunat adalah satu amalan mulia yang sangat dituntut oleh Islam, kerana ia boleh menggembirakan penerimanya dan juga member pulangan manfaat yang banyak kepada pemberi, sama ada di dunia dan di akhirat.

Diantara kelebihan bersedekah itu seperti yang disebutkan ayat dan hadis-hadis berikut:

من ذا الذى يقرض الله قرضا حسنا فيضعفه له أضعافا كثيرة
(سورة البقرة: 245)

Tafsirnya:” siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya.”

(Surah Al-Baqarah: 245)

Dalam Al-Qur’an banyak ayat yang menunjukkan bahawa Allah menyuruh kita bersedekah. Dalam sunnah pula banyak hadis menyuruh berbuat demikian, antaranya sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

من أطعم جائعا أطعمه الله من ثمار الجنة، ومن سقى مؤمنا على ظمأ سقاه الله عز وجل يوم القيامة من الرحيق المختوم، ومن كسا مؤمنا عاريا كساه الله من خضر الجنة

(رواه أبو داود والترمزي)

Maksudnya:”Sesiapa yang member makan seseorang yang lapar, Allah akan memberinya makan buah-buahan di syurga, sesiapa yang member minum seorang Mu’min yang dahaga, Allah akan memberinya minuman syurga “rahiq al-makhtum” pada Hari Kiamat, sesiapa yang memberi pakaian seorang Mu’min yang telanjang, Allah akan memberinya pakaian di syurga.”

(Hadis riwayat Abu DAud dan Tirmidzi)

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lagi:

إن العبد إذا تصدق من طيب، تقبلها الله منه، وأخذها بيمينه، ورباها كما يربي أحدكم مهره أو فصيله، وإن الرجل ليصدق باللقمة فتربو في يد الله، (أو) قال في كف الله، حتى تكون مثل الجبل، فتصدقوا

(رواه أحمد)

Maksudnya:”Sesungguhnya hamba itu apabila dia bersedekah daripada hartanya yang baik, Allah akan menerimanya. Dia akan mengambilnya dengan tangan kananNya, Dia akan memelihara anak kuda atau anak untanya, sesungguhnya seorang yang bersedekah sesuap makanan dia akan membesar di tangan Allah (atau) di tapak tangan Allah hingga sebesar bukit, oleh itu hendaklah kmu bersedekah.”
(Hadis riwayat Ahmad)

Suruhan bersedekah itu boleh dilakukan pada bila-bila masa ada kesempatan dn lebihan perbelanjaan. Kebanyakan ayat dan hadis berkenaan menyebutkan lafaz
أنفقوا yang boleh diertikan sebagai membelanjakan, menafkahkan, mendermakan, menyumbangkan, menyedekahkan atau menghulurkan bantuan.

Allah Ta’ala berfirman:

ويسئلونك ماذا ينفقون قل العفو

Tafsirnya: “Dan mereka bertanya pula kepadamu, apakah yang mereka akan belanjakan (derma/sedekahkan)? Katakanlah: “Dermakanlah (sedekahkan) apa-apa yang berlebih daripada keperluan kamu.”

Melakukan amal-amal kebajikan seperti bersedekah ini pada bila-bila masa dan di tempat mana sekalipun sangat bermanfaat dan lebih digalakkan lagi pada waktu, hari atau tempat yang mempunyai kelebihan dan keutamaan.

Syeikh Ahmad Nasib Al-Mahamid berkata: “Sesungguhnya ibadat yang dilakukan di waktu-waktu seperti ini lebih banyak gunanya dan lebih besar manfaatnya. Ibadat yang dilakukan padanya akan digandakan ganjaran pahalanya, ia menyinari hati, menyucikan jiwa dan menaikkannya ke tahap kesempurnaan hari-hari yang mempunyai kelebihan ini, bahkan yang paling besar keutamaan, pahala dan kebaikannya ialah hari Jumaat. (Khushushiyyat Yaun Al-Jumu’ah: 6)

Hari Yang Utama Bersedekah

Secara umumnya hari yang paling baik dan utama untuk menghulurkan sedekah ialah hari Jumaat, kerana hari JUmaat merupakan penghulu hari-hari lain dalam seminggu dan mempunyai berbagai kelebihan. Bahkan, sesetengah ulama ada yang menyimpulkan kelebihan hari Jumaat mencapai seratus kelebihan sebagaimana yang dicatatkan oleh Imam as-Suyuthi di dalam kitabnya “100 Kelebihan Hari Jumaat.”
Salah satu yang dicatatkan di dalam kitab itu ialah: Hari Jumaat menjadi istimewa kerana pahala swdekah pada hari itu digandakan. Menurut Al-Imam As-Sayuthi: “Pahala sedekah pada hari Jumaat berlipat ganda berbanding sedekah pada hari lain. Ibnu Abu Syaibah telah mentakhrijkan di dalam kitab Al-Musannaf daripada Ka’ab, katanya:

الصدقة تضاعف يوم الجمعة

Maksudnya: “Pahala sedekah berlipat ganda pada hari Jumaat.” (As-Suyuthi, Khushushiyyat Yaum Al-Jumu’ah:103)

Mengikut catatan Ibnu Qayyim, teks lafaznya adalah seperti berikut: “Ka’ab berkata:

والصدقة فيه أعظم من الصدقة فى سائر الأيام

Maksudnya: “Dan sedekah pada hari itu (hari Jumaat) lebih besar pahalanya daripada sedekah pada hari-hari lain.”

Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya sedekah yang dikeluarkan pada hari Jumaat mempunyai kelebihan berbanding pada hari-hari lain. Bersedekah pada hari Jumaat nisbah kepada hari-hari lain di dalam seminggu, samalah dengan sedekah yang dikeluarkan di dalam bulan Ramadhan nisbah kepada yang dikeluarkan di dalam bulan-bulan lain di dalam setahun. (Zad Al-Ma’ad, 1/407)

Sekiranya hari Jumaat bertepatan dengan hari Jumaat bulan Ramadhan, keistimewaan bersedekah akan bertambah-tambah lagi pada hari itu kerana bulan Ramadhan mempunyai pelbagai kelebihan berbanding dengan bulan-bulan lain.

Dengan demikian bulan yang paling afdhal menghulurkan sedekah ialh hari Jumaat dan lebih afdhal lagi jika hari itu bertepatan dengan bulan Ramadhan. Sementara bulan yang paling afdhal bersedekah pula ialah bulan Ramadhan kerana At-Tirmidzi meriwayatkan daripada Anas Radhiallhu ‘anhu katanya:

سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم، أي الصدقة أفضل؟ قال: صدقة في رمضان.
(رواه الترمزي)

Maksudnya: “Ditanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Sedekah apakah yang paling afdhal?” Baginda menjawab: “Sedekah pada bulan Ramadhan.”
(Hadis riwayat Tirmidzi)

Ini kerana fakir miskin pada bulan itu adalah lemah untuk mencari nafkah disebabkan oleh puasa, di samping pahala beribadat dan melakukan amal salih juga sememangnya berlipat ganda pada bulan yang mulia ini.

Kedudukan di atas adalah pada saat dan keadaan biasa. Adapun dalam keadaan-keadaan tertentu, adakala bersedekah itu lebih utama walaupun bukan pada hari Jumaat atau bulan Ramadhan. Misalnya, jika peluang untuk bersedekah pada hari Jumaat atau bulan Ramadhan itu dijangkakan tidak akan dapat dilakukan kerana benda yang akan disedekahkan itu tidak ada lagi pada hari atau bulan tersebut atau ada orang yang betul-betul mengharap dan memerlukan sedekah, seperti keluarga yang ditimpa musibah kebakaran rumah yang musnah semua harta dan keperluan, maka di dalam situasi dan kedudukan begini tidaklah perlu menuggu hari Jumaat tetapi afdhal dan paling eloklah sedekah itu disegerakan.

Sasaran sedekah

Sedekah atau pemberian ialah satu jenis ibadah yang digalakkan oleh syara’, maka panduan siapakah penerima utamanya hendaklah mengikut apa yang telah digariskan oleh syara’ pula.

Dalam ayat 177, surah al-Baqarah Allah Ta’ala menerangkan bahawa yang dinamakan kebajikan itu termasuklah menghulurkan derma atau sumbangan atau sedekah kepada enam golongan iaitu:
(1) Keluarga yang hampir.
(2) Anak-anak yatim.
(3) Orang-orang miskin.
(4) Orang yang terlantar dalam perjalanan.
(5) Orang yang meminta.
(6) Hamba sahaya yang berusaha untuk merdeka.

Firman Allah Ta’ala:

ليس البر أن تولوا وجوهكم قبل المشرق والمغرب ولكن البر من ءامن بالله واليوم الأخر والملئكة والكتب والنبين وءاتى المال على حبه ذوى القربى واليتمى والمسكين وابن السبيل والسائلين وفى الرقاب وأقام الصلوة وءاتى الزكوة والموفون بعهدهم إذا عهدوا والصبرين فى البأساء والضراء وحين البأس أولئك الذين صدقوا وأولئك هم المتقون
(سورة البقرة: 177)

Tafsirnya: “Bukanlah perkara kebajikan itu kamu mengadapkan muka ke pihak Timur dan Barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari Akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya-sedang dia menyayanginya,- kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekkan hamba-hamba abdi.”
(Surah Al-Baqarah:177)

Di dalam ayat lain pula diterngkan bahawa sasaran-sasaran tau golongan yang menerima sedekah itu terbahagi kepada lima golongan iaitu:

(1) Kedua ibu bapa.
(2) Keluarga yang terdekat.
(3) Anak-anak yatim.
(4) Orang-orang miskin.
(5) Orang musafir yang terlantar.

Firman Allah Ta’ala:

يسئلونك ماذا ينفقون قل مآ أنفقتم من خير فللولدين والأقربين واليتمى والمسكين وابن السبيل وما تفعلوا من خير فإن الله به عليم
(سورة البقرة: 215)

Tafsirnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): “Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)?” Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada kedua ibi bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.” Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat daripada jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membakas dengan sebaik-baiknya).”
(Surah Al-Baqarah: 215)

Merujuk kepada ayat diatas, di antara tempat bersedekah atau sasaran pemberian ialah kedua-dua orang tua, keluarga sendiri yang terdekat seperti adik beradik, mertua, bapa saudara dan lain-lain, anak-anak yatim yang tidak berharta, orang miskin atau fakir, orang yang sedang dalam musafir, tetapi terhalang untuk sampai ke tempat tujuan kerana ketiadaan perbelanjaan, orang yang datang meminta bantuan kerana memerlukan perbelanjaan sara hidup dan hamba sahaya yang hendak menebus kebebasan daripada tuannya.

Selain itu termasuklah juga seperti melunaskan hutang, lebih-lebih lagi jika hutang itu bagi mashlahat orang ramai, juga seperti untuk meninggikan syi’ar Islam, penuntut dan guru-guru agama yang miskin dan semua bentuk progam fi sabilillah.

Sama halnya seperti kedudukan memillih masa bersedekah, maka memilih tempat dan si penerima sedekah juga hendaklah diperhatikan. Pihak yang lebih berhajat atau lebih memerlukan, dialah yang didahulukan. Begitu juga sesiapa yang lebih hampir dari segi kekeluargaan atau kejiranan, dialah yang diutamakan, sebagaimana perkara ini dijelaskan melalui ayat dan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.


Kaum Kerabat

Adalah afdhal bersedekah kaum kerabat, kemudian jiran, kerana firma Allah:

يتيما ذا مقربة
(سورة البلد: 15)

Tafsirnya: “Kepada anak yatim daripada kaum kerabat.”

(Surah Al-Balad:15)
Dan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Zainab, isteri ‘Abdullah bin Mas’ud:
زوجك وولدك أحق من تصدقت به عليهم

(رواه البخاري)
Maksudnya: “Suamimu dan anakmu lebih berhak menerima sedekah.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Seterusnya Nabi Shallallhu ‘alaihi wasallam bersabda sebagaimana yang diriwayatkan di dalam sebuah hadis hasan oleh Ahmad, ibnu Majah dan At-Tirmidzi:

الصدقة على المسكين صدقة، وهي على ذى الرحم اثنتان: صدقة وصله

Maksudnya: “Sedekah kepada orang miskin hanya sekadar sedekah, tetapi sedekah kepada kaum kerabat dapat dua kebaikan, iaitu sedekah dan menghubungkan tali silaturahim.”

Juga riwayat Al-Bukhari daripada aisyah katanya:

إن لى جارين فإلى أيهما أهدى؟ فقال إلى أقربهما منك بابا

Maksudnya: “Aku mempunyai dua jiran, yang mana satu harus ku ber hadiah?” Baginda menjawab: “yang paling hampir pintunya dengan rumahmu.”

Bersedekah kepada Orang Bersungkai

Tempat menyalurkan sedekah termasuklah orang-orang yang berpuasa ketika mereka itu berbuka puasa. Ganjaran pahala yang diterima sangatlah besar, sama besarnya dengan yang diperolehi orang yang berpuasa itu sendiri.

Rasulullah Shallallhahu ‘alaihi wasallam bersabda:

من فطر صائما كان له مثل اجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

(رواه الترمذي وابن ماجه وابن خريمة وابن حبان)

Maksudnya: “Sesiapa yang ‘menyungkaikan’ (memberi makan) kepada orang yang berbuka puasa, adalah baginya pahala seumpama pahala orang yang berpuasa itu, tanpa dikurangi walaupun sedikit daripada pahala orang yang berpuasa itu.”

(Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Khzaimah dan Ibnu Hibban)

Oleh kerana orang ramai, khasnya jemaah masjid mungkin mengetahui betapa besarnya pahal sedekah yang diberikan untuk ‘menyungkaikan’ (member makan orang yang berpuasa) sebagaimana hadis di atas, maka itulah sebabnya barangkali mengapa sedekah yang dihulurkan dalam bulan Ramadhan untuk tujuan perbelanjaan ‘bersungkai’ itu lebih banyak jumlahnya berbanding yang dihulurkan untuk bantuan anak-anak yatim. Mungkin juga para jemaah beranggapan bahawa menghukurkan bantuan kepada anak-anak yatim boleh dilakukan pada bulan-bulan lain sepanjang tahun sementara bersedekah unuk tujuan ‘menyungkaikan’ hanyalah dapat dibuat pada bulan Ramadhan sahaja.

Namun dalam hal ini hendaklah kita berhati-hati supaya jangan sampai berlaku pembaziran sewaktu ‘menyungkaikan’ orang yang berpuasa di masjid atau bahan-bahan hidangannya itu tidak sesuai seperti kuih muih yang tidak tahan disimpan.

Walau bagaimanapun, bersedekah dalam bulan Ramadhan pada hari jumaat tetaplah lebih utama berbanding pada bulan dan hari-hari yang lain.

Supaya sedekah itu tinggi mutunya, maka elakkan bersedekah dengan barang-barang yang kurang baik atau si pemberinya kurang menyayanginya kerana sedekah dengan barang-barang yang sedemikian itu kurang nilainya di sisi Allah, firman Allah :

........ولا يتمموا الخبيث منه تنفقون.................
( سورة البقرة : 267 )

Tafsirnya : “ … dan janganlah kamu senghaja memilih yang buruk daripada ( lalu kamu ) dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat….”

( surah Al-Baqarah : 267 )

Bersedekah dengan barang yang paling bermutu dan paling disayangi, itulah yang amat digalakkan sebagaimana firman Allah :


لًن تنالوا حى تنفقوا مما تحبون..........
(سورة آل عمران : 92 )




Tafsirnya : “ kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakihat) kebajikan dan kebaktian ( yang sempurna ) sebelum kamu dermakan sebagian daripada apa yang kamu sayangi….”
( surah Ali ‘Imran : 92 )

Pahala sedekah juga boleh hilang sebagaimana diperingatkan oleh Allah melalui ayat ini :

يأيها الذين ءامنوا لا تبطلوا صدقتهكم بالمن والاذى كالذى ينفق ماله رئاء الناس
( سورة البقرة : 264 )

Tafsirnya : “wahai orang yang beriman ! Jangan rosakkan ( pahala amal ) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan ( kelakuan yang ) menyakiti seperti rosaknya pahala amal sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia ( ria ).”

( surah al-Baqarah : 264 )

Menurut tafsir, makna المن itu ialah orang yang member sedekah itu menyebut-nyebut kebaikannya kepada penerima sedekah serta membangkit-bangkitkan pemberiannya itu seperti katanya : “ Aku telah membuat baik ( bersedekah ) kepadamu dan menutupi keadaanmu yang kurang.”

Sementara الأذى pula, si pemberi berbangga-bangga dengan pemberiannya dengan menyebut-nyebut kepada orang lain, sedang si penerima sedekah tidak suka didedahkan perkara itu sehingga menyakiti hatinya.

Membangkit-bangkit sedekah atau menyakiti orang yang menerimanya, samalah juga dengan yang membelanjakan hartanya dalam keadaan ria, sebagaimana ayat ini :


كالذى ينفق ماله ، رئآء الناس

( سورة البقرة : 264 )

Tafsirnya : “ seperti ( rosaknya pahala amal sedekah ) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia ( ria ).”

( Surah Al-Baqarah : 264 )

فاستبقوا الخيرات
( سورة البقرة : 148 )


Tafsirnya : “ Berlumba-lumbalah kamu melakukan kebajukan.”
( Surah Al-Baqarah : 148 )

Negara asal : Brunei darussalam

Badan yang mengisu fatwa : Jabatan mufti kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darulssalam
Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned
Tarikh Diisu : 2000


Nota: Fatwa mufti kerajaan Brunei 2000

Tuesday, April 24, 2012

Status Terkini Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN)

Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Status Terkini Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Bank Simpanan Nasional (BSN), Muzakarah mendapati dan berpuashati bahawa pelaksanaan skim Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh BSN telah dikemaskini dengan menggunakan akad Mudharabah (perkongsian untung) dan dana SSP dilaburkan dalam instrumen dan aset yang mematuhi Syariah serta hadiah-hadiah yang disumbangkan adalah menggunakan dana dari sumber Skim Perbankan Islam (SPI) BSN. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa skim Sijil Simpanan Premium yang telah diperbaharui pelaksanaannya oleh BSN adalah produk yang sepenuhnya mematuhi Syariah dan diharuskan oleh syarak.

Saturday, April 14, 2012

Hutang perlu dibayar segera

BUDAYA MENABUNG...hutang wajib dilunaskan dan perlu melatih diri serta keluarga untuk menabung sebagai simpanan masa depan. ORANG zaman sekarang ramai yang berhutang ‘keliling pinggang’ kerana perlu membayar ansuran kereta, pinjaman pendidikan, kad kredit malah ada yang berhutang untuk melangsungkan perkahwinan.

Bukan saja golongan yang sudah lama bekerja, dilema berhutang juga melanda golongan pelajar yang baru mula bekerja.




KAD KREDIT...penggunaan kad kredit untuk membeli keperluan tidak penting perlu dielakkan.

BELI KERETA...skim tawaran pembelian kereta tanpa deposit menyebabkan ada individu diisytihar muflis oleh bank kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan yang tinggi. - Gambar hiasan

MOHD SHAHRIZAL...Pensyarah Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza).
Ada yang diisytiharkan muflis gara-gara tidak mampu membayar hutang selepas menggunakan kad kredit.

Ada yang membuat pinjaman peribadi daripada institusi kewangan atau koperasi untuk belanja perkara yang tiada keperluan. Akhirnya setiap bulan terpaksa membayar ansuran bulanan yang tinggi.



Bagi mereka yang ‘sesak’ dihimpit bebanan kewangan, tawaran membuat pinjaman peribadi itu dianggap penyelamat.


Hakikatnya, kemudahan kewangan yang diperoleh itu makin menambah beban dan serabut dalam kehidupan mereka.

Bagaimanapun, jika kewangan diurus dengan bijak, tidak timbul juga perkara sedemikian. Cuma, dalam masyarakat kita, ramai berbelanja melebihi kemampuan selain berbelanja ikut nafsu.

Bayangkan untuk bersaing dengan kawan-kawan, ada membuat pinjaman setiap tahun untuk bercuti, menukar set televisyen daripada 32 inci kepada 42 inci, sofa baru dan kereta baru.

Jauh sekali untuk memupuk amalan menabung dalam kehidupan. Duit gaji diterima setiap bulan banyak disalurkan untuk membayar semua hutang itu.

Barangkali ada yang membuat pinjaman peribadi hanya melihat kemampuan mereka membuat bayaran ansuran bulanan. Pada mata kasar sememangnya tidak memberi kesan.

Namun, kira kembali kadar faedah yang dikenakan, peminjam sebenarnya terpaksa membuat bayaran berlipat kali ganda. Tidak cukup meminjam daripada institusi kewangan, ada yang ‘menempah maut’ meminjam daripada along.

Islam jelas menyatakan kesan berhutang meninggalkan kesan negatif kepada manusia kerana hidup tidak tenteram apatah lagi beban hutang akan dibawa hingga ke liang kubur jika tidak melunaskan perkara itu.

Malah, sifat orang berhutang juga cenderung untuk melakukan pembohongan apabila diminta untuk menjelaskan hutang mereka.

Pensyarah Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), berkata Islam mengharuskan umatnya berhutang, tetapi setiap hutang perlu dibayar semula.

“Dikhuatiri perkara ini akan menjadi budaya tidak sihat di kalangan umat Islam. Meskipun pada asalnya hukum berhutang itu harus, ia boleh bertukar wajib sekiranya seseorang itu perlu berhutang bagi memenuhi tuntutan agama seperti memiliki pakaian untuk menutup aurat.

“Berhutang boleh jadi haram sekiranya dilakukan untuk tujuan maksiat seperti berjudi, membeli dadah serta bermegah-megah dengan perkara tidak berfaedah,” katanya.

Beliau berkata, konsep hutang yang diharuskan Islam itu membuktikan betapa akrabnya hubungan persaudaraan antara umat Islam.

“Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, tidak boleh menganiaya atau membiarkan (Muslim itu) dianiaya. Dan sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya, maka Allah akan memenuhi hajatnya. Dan sesiapa yang membebaskan kesusahan seorang Muslim, maka Allah akan membebaskan kesusahannya di hari kiamat.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Bagi mereka yang terpaksa berhutang atas sebab yang dibenarkan syarak, mereka akan menanggung amanah untuk melunaskan hutang berkenaan.

“Hutang itu perlu segera dijelaskan selain memanfaatkan wang itu untuk perkara yang menjadi keutamaan buat mereka,” katanya.

Firman Allah yang bermaksud: “Jika yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang, maka hendaklah orang yang dipercayai itu menyempurnakan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 283).

Menurutnya, Islam amat prihatin terhadap rezeki dan kemampuan umatnya malah Allah sentiasa memberi bantuan kepada hamba yang mengingati-Nya ketika susah dan senang.

“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu. Namun barang siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

“Ramai di kalangan kita yang membuat pinjaman peribadi untuk mendirikan rumah tangga. Dalam hal ini, mereka perlu faham tujuan perkahwinan adalah untuk memenuhi tuntutan agama.

“Tiada masalah sekiranya terpaksa membuat pinjaman bagi tujuan demikian. Cuma, majlis mesti diadakan secara sederhana dan bukan besar-besaran atau untuk menunjuk-nunjuk.

“Hutang perlu dibuat mengikut kemampuan diri dan dilunaskan mengikut perjanjian dimeterai. Jika tidak ia akan menjejaskan keberkatan ibadah perkahwinan,” katanya.

Mohd Shahrizal berkata, isu pinjaman tabung pendidikan daripada PTPTN, Mara, JPA atau yayasan negeri pinjaman itu diharuskan Islam kerana membabitkan perkara baik.

“Namun, ia perlulah dibuat mengikut tatacara yang dipersetujui kedua-dua pihak. Selepas pinjaman dibuat, setiap individu bertanggungjawab menjelaskan kembali pinjaman hutang mereka.

“Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian (yang dipersetujui).” (Surah al-Ma’idah, ayat 1).

“Sebagai peminjam, mereka perlu berfikir dan meneliti terma dan syarat yang dikenakan pihak pemberi pinjaman. Jika tidak bersetuju maka dari awal lagi mereka perlu mengelak daripada membuat pinjaman itu.

“Jika persetujuan dicapai, tiada alasan bagi mereka untuk berdolak-dalih untuk melunaskan hutang kerana dosa berhutang amat besar,” katanya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Hadis riwayat Muslim).

Beliau berkata, budaya membuat pinjaman daripada pihak yang mendatangkan bahaya seperti along dinasihatkan supaya mereka banyakkan bersabar dan sentiasa berfikiran waras.

“Sekiranya mereka berikhtiar dan bergantung harap kepada Allah pasti akan ada jalan keluar terbaik daripada masalah kewangan.

“Budaya meminjam daripada along perlu dihindari kerana mereka berdepan bahaya jika gagal melunaskan hutang mereka. Islam tidak membenarkan umatnya terjebak dalam gejala yang membinasakan,” katanya.

Firman Allah di dalam al-Quran: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Katanya banyak masalah timbul daripada amalan berhutang berpunca daripada sikap individu yang gagal memanfaatkan hal itu dengan baik.

“Justeru, jika perlu berhutang dan yakin dapat mengurusnya dengan baik, ia tidak menjadi halangan.

“Berhutang boleh menjerumuskan seseorang itu kepada nifak (menjadi golongan munafik) kerana sifat seperti dusta dan mungkir janji,” katanya.

Rasulullah pernah ditanya sahabat tatkala Baginda berdoa supaya diselamatkan daripada bahaya hutang. Rasulullah berdoa yang maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.” Lalu Baginda ditanya sahabat: “Mengapa kamu sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, maka apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my

Saturday, October 1, 2011

Bertaruh dalam Permainan Golf

SOALAN: Adakah dikira berjudi apabila dalam satu-satu permainan sukan, contohnya golf, kita secara suka-suka mempertaruhkan sedikit wang sebagai memberi semangat untuk bermain dengan bersungguh-sungguh dan bukan dengan maksud bermain judi yang sebenar.
- Ismail Lah, Putrajaya.

JAWAPAN: Sebarang jenis permainan atau senaman itu dibenarkan oleh agama pada masa tertentu untuk kesihatan dan mengeratkan hubungan sesama kenalan. Tetapi amalan judi itu tetap dilarang sama ada ianya sedikit atau banyak. Judi itu menurut definisinya ialah pertaruhan yang mengandungi untung dan rugi seperti apa yang anda katakan sekalipun untuk berseronok sahaja. Sebab, kedua belah pihak akan mengalami keadaan yang sama kalau tidak untung, dia akan rugi. Ini kerana ia telah mengeluarkan modal atas dasar mencari untung. Lainlah modal yang dikeluarkan atas dasar perniagaan atau semata-mata untuk bertabarru‘a dan bersedekah atau membantu mereka yang dalam keperluan. Tetapi apa yang anda timbulkan ini, bukan atas dasar yang dibenarkan. Berlainan daripada hadiah atau sumbangan yang diberikan atas dasar membantu atau kenang-kenangan, seperti hadiah dan cenderamata kepada mereka yang menang dalam pertandingan yang disediakan oleh pihak tertentu (pihak ketiga bukan dari peserta). Anda dinasihatkan supaya menukar pendekatan untuk mendapatkan galakan atau semangat (berbentuk hadiah dan sebagainya) melalui penajaan pihak ketiga bukannya kutipan wang daripada peserta yang terlibat. Ini kerana nanti akan termasuk dalam definisi judi yang dilarang kerana wang itu akan diagih dan dimenangi oleh mereka yang tertentu sahaja manakala peserta lain mengalami kerugian. Inilah judi yang dilarang. Wallahualam

Thursday, September 22, 2011

Hukum Pegawai Menerima Hadiah

Soalan :

Ustaz, bolehkah seseorang pegawai menerima hadiah misalnya daripada teman, kawan-kawan dan lain-lain?

Jawapan :

Haram hukumnya seseorang pegawai menerima hadiah yang mempunyai kaitan dengan tugas atau jawatannya. Jawatan di sini adalah bermaksud setiap orang yang mempunyai autoriti menentukan sesuatu kepentingan umum tertentu. (Taqiuddin An-Nabhani, Al-Syakhsiyah Al-Islamiyah, Juz II/334; Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah al-Khilafah, hal. 119).

Banyak dalil-dalil yang menegaskan haramnya pegawai menerima hadiah. Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah ra bahawa Nabi SAW bersabda,“Hadiah-hadiah yang diberikan kepada para pemimpin adalah harta khianat (hadaya al-umara` ghulul).” (HR Thabrani dalam Al-Awsath no 5126. Dalam Majma’ Az-Zawaid Juz IV/151 Imam Al-Haitsami berkata,”Sanad hadis ini hasan”).

Diriwayatkan daripada Buraidah ra bahawa Nabi SAW bersabda,”Barangsiapa yang telah kami lantik untuk melakukan sesuatu tugas, lalu dia telah kami beri gaji, maka apa sahaja yang diambilnya selain daripada gaji adalah harta khianat (ghulul).” (HR Abu Dawud no 2554. Hadis sahih, lihat Nasiruddin Al-Albani, Sahih At-Targhib wa At-Tarhib, Juz I/191).

Diriwayatkan daripada Abu Hamid As-Sa’idi ra bahawa Nabi SAW pernah mengutuskan Ibnu Lutbiyah untuk mengumpulkan zakat dari Bani Sulaim. Setelah menyelesaikan tugasnya, Ibnu Lutbiyah berkata kepada Nabi SAW,”Ini zakat yang saya kumpulkan, saya serahkan kepada anda. Manakala ini adalah hadiah yang diberikan orang kepada saya.” Maka Nabi SAW bersabda,“Mengapa kamu tidak duduk-duduk saja di rumah ayahmu atau ibumu hingga hadiah itu datang kepadamu jika kamu memang benar?” (HR Bukhari no 6464).

Imam Taqiuddin An-Nabhani menjelaskan,”Ketiga-tiga hadis di atas dengan jelas menunjukkan bahawa hadiah yang diberikan kepada pegawai yang melaksanakan tugas umum adalah haram, baik yang diberikan sama ada sebelum dia melaksanakan polisi tertentu ataupun sesudahnya, atau diberikan kerana dia adalah pemegang polisi dalam urusan tertentu, atau diberikan kerana dia adalah orang yang berpengaruh yang rapat dengan pemerintah. Semuanya adalah haram.” (Al-Syakhsiyah Al-Islamiyah, Juz II/338).

Yang dikecualikan daripada keharaman ini adalah hadiah kepada pegawai yang diberikan bukan kerana tugas atau jawatannya. Contohnya kerana hubungan peribadi antara seseorang dengan pegawai sejak sebelum dia menjadi pegawai, sehingga telah terbiasa memberi hadiah. Hadiah seperti ini boleh (mubah) hukumnya. Dalilnya sabda Nabi SAW di atas, “Mengapa kamu tidak duduk-duduk saja di rumah ayahmu atau ibumu hingga hadiah itu datang kepadamu jika kamu memang benar?” (HR Bukhari). Daripada hadis ini, dapat ditarik pemahaman yang sebaliknya yang tersirat (mafhum mukhalafah), yakni kalau hadiah itu datang kepada seseorang sedangkan ia duduk-duduk sahaja di rumah ayahnya atau ibunya, maka hadiah itu dibolehkan. Ertinya, jika hadiah itu diberikan tidak mempunyai kaitan dengan tugas atau jawatan, hukumnya boleh (mubah). Maka jika kita sudah terbiasa memberi hadiah kepada seseorang sebelum dia menjadi pegawai, maka jika suatu hari dia menjadi pegawai, kita tetap dibolehkan untuk memberinya hadiah. (Taqiuddin An-Nabhani, Al-Syakhsiyah Al-Islamiyah, Juz II/338). Wallahu a’lam.

(www.konsultasi.wordpress.com)
Jogjakarta, 1 November 2009
Muhammad Siddiq Al-Jawi
Khamis, 10 Disember 2009 17:16

Tuesday, December 21, 2010

Kenali insurans haram

SECARA ringkasnya, perbincangan hukum insurans dibincangkan dengan panjang lebar oleh ulama, terutama di kalangan ulama Asia Barat.

Oleh kerana sistem insurans adalah ciptaan yang dikira baru menurut zaman, iaitu sekitar 1666 di London, ia hanya menembusi dunia Islam Arab sekitar 1830.


Insurans konvensional adalah kontrak perniagaan yang termasuk dalam Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah).

Ia mewajibkan syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum insurans apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah yang ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum.



Kontrak insurans ini mengandungi ciri-ciri berikut:

1. Reda antara kedua-dua pihak (iaitu syarikat insurans dan pencarum). Ia ibarat kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ‘ijab dan kabul’.
2. Pihak yang memberi insurans, iaitu pihak syarikat insurans.
3. Pencarum, iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat perjanjian dengan syarikat insurans.
4. Pihak yang menerima manfaat, iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.
5. Kebahayaan atau musibah. Merangkumi jenis musibah atau kemalangan yang diandai serta ditentukan di dalam kontrak seperti kecurian, kebakaran, kecederaan dan kematian.

Bentuk insurans adalah seperti insurans terhadap musibah menimpa tubuh, insurans nyawa, insurans harta dan pecahannya (kereta, motosikal, rumah dan lain-lain), insurans kemalangan jalan raya, insurans kerja dan sebagainya.

Bagaimanapun, ada beberapa sebab yang menjadikan insurans konvensional haram kerana ia turut ‘diselubungi’ riba.

Ia adalah perbincangan ‘ilmiah’ dan memerlukan ‘basic knowledge’ tertentu yang kukuh untuk memahaminya dengan sempurna.

Bagaimanapun, penulis akan cuba memudahkan dalil ini demi memberi kefahaman sebaik mungkin di kalangan pembaca.

Selebihnya pembaca perlu melakukan kajian dan rujukan kepada ilmuan
Takhassus Fiqh di universiti bagi mendapatkan penjelasan lebih terperinci.

Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab ini, pembaca mesti mempunyai ilmu asas berikut:
1. Pembahagian kepada Aqad Mu’awadat (Pertukaran) & Tabarru’ah (Derma atau Sumbangan).
2. Riba dan pembahagiannya.
3. Syarat jual beli dalam Islam.

Menurut majoriti kumpulan ilmuan dan ulama Islam, insurans konvensional adalah haram kerana wujud unsur riba yang jelas di dalamnya.

Ini kerana, riba jelas wujud apabila syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada si pencarum yang terkena musibah.

Ia dianggap riba kerana wang (daripada pencarum) berbalas wang (daripada syarikat) dengan jumlah berbeza, padahal wang adalah unsur ‘ribawi’ (usurious items) sebagaimana enam unsur disebutkan Rasulullah SAW di dalam hadisnya.

Rasulullah SAW mensyaratkan dengan jelas, apabila ‘bermu’amalah’ di antara dua unsur ribawi yang sama jenis (contoh di sini adalah wang daripada pencarum dengan wang daripada syarikat insurans), ia mestilah terikat dengan syarat:
1. Sama Nilai (mathalan bi mathalin).
2. Diserahkan ketika mu’a- malah dilakukan. (Yadan diyadin)

Syarat ini bersumber hadis Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Jangan kamu menjual emas dengan emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jangan kamu melebihkan satu daripadanya di atas yang lain.

“Jangan kamu menjual emas dengan pulangan emas atau perak dengan pulangan perak kecuali (mestilah ia) dalam timbangan dan nilaian sama.”

Maka, setiap perbezaan nilai (dalam unsur ribawi) dianggap Riba al-Fadl yang diharamkan (Tahrim Wasail).

Apabila pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah berbeza, maka berlakulah Riba al-Fadl. Ini kerana tidak wujud kesamaan nilai dalam urusniaga dua unsur ribawi itu.

Pembayaran yang bertangguh dalam dua barangan Ribawi adalah Riba An Nasi’ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Dalam hal insurans, sudah tentu berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah, baru akan dibayar jumlah tertentu.

Prof Dr Muhd Baltaji (ulama besar di Universiti Al- Qaherah - sudah meninggal dunia) menjelaskan, kontrak insurans sama sekali tidak boleh lari daripada Riba An-Nasi’ah.

Beliau juga menegaskan, mana-mana hujah untuk lari daripada anggapan riba ini adalah helah yang tidak sah menurut pandangan syarak.

Justeru, insurans berkenaan mempunyai unsur kedua-dua jenis riba seperti dinyatakan.

Walaupun ada kalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan daripada carumannya, bahkan hanya untuk berasa lebih selamat terhadap keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dan sebagainya, tetapi ia tetap dianggap riba.

Zahir urus niaga insurans tadi cukup untuk dikategorikan sebagai riba, walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya (iaitu mencari untung).

Dalam berapa banyak kes, pasti kita mendengar ada individu sengaja membakar kilangnya akibat perniagaan yang rugi atau pembunuhan ahli keluarga untuk mendapatkan wang insurans bernilai jutaan ringgit.

Riba juga boleh berlaku dengan sangat jelas apabila wang caruman itu diperniagakan oleh syarikat insurans konvensional di dalam syarikat lain dengan kadar faedah tetap yang diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah) atau mana-mana syarikat yang bermu’amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang berkenaan.

Malah, keadaan lebih teruk jika syarikat insurans meletakkan wang itu di dalam syarikat yang melakukan urusniaga haram seperti arak atau perjudian.

Kesimpulannya, insurans konvensional itu menjadi haram kerana ‘akad’ yang diubah itu tadi.

Insurans konvensional menggunakan akad pertukaran milik harta (Aqad Mu’awadat Maliah) yang dikira sebagai akad jual beli.

Sebagaimana perlu kita fahami, akad jual beli memerlukan penjelasan dalam urusan membabitkan penjual, pembeli, benda yang dijual dan nilainya.

Dalam konteks insurans konvensional, ia boleh diibaratkan seperti berikut, iaitu syarikat insurans mempunyai masalah dalam urusan benda yang dijual.

Ini kerana apabila si pembeli membeli jaminan wang, ia dikira pertukaran matawang dengan matawang sama (RM kepada RM).

Ketika itu, ia sepatutnya menuruti syarat ditetapkan Rasulullah SAW iaitu serah terima dan jumlah sama.

Bagaimanapun, hal ini tentu tidak berlaku kerana:
a) Si pembeli (pencarum) meletakkan wangnya hari ini, dan jumlah tertentu dan jaminan itu pula hanya akan diberi kemudian. Ini menyebabkan ulama menganggapnya Riba Nasi’ah.

b) Si pembeli juga tidak tahu berapakah nilai jaminan yang bakal diperolehnya. Walaupun nilainya dinyatakan dalam skim insurans ini, syarat akad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat berapa nilai yang akan diperolehnya.

Sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia dianggap ‘Gharar’. Malah gharar juga di sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan berlaku kemalangan dan memperoleh benda yang dibelinya.

c) Ia dianggap judi pula kerana mempunyai elemen pertaruhan, iaitu meletakkan sejumlah wang bagi memperoleh sesuatu yang tidak pasti, dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan.

Pengharaman insurans konvensional disepakati ulama, antaranya As-Syeikh Al- Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836), As-Syeikh Al- Imam Muhd Abu Zuhrah (meninggal dunia pada 1972, Prof Syari’ah di Universiti Kaherah, dianggap ulama terulung dalam Ilmu Fiqh), termasuk As-Syeikh Prof Dr Yusoff al-Qaradhawi.

Perlu diingatkan bahawa beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan ulama terulung seluruh dunia sudah beberapa kali diadakan. Di mana, mereka juga membincangkan mengenai kontrak insurans yang banyak diguna pakai pada masa kini.

Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali pertama pada 1976 di Makkah, di mana hasil keputusan mereka ialah insurans jenis perniagaan atau konvensional adalah haram. Sebab utamanya adalah ia mempunyai unsur riba dan Gharar.

Selain itu, Majlis Kesatuan Ulama Besar bermesyuarat pada 1977 di Arab Saudi turut menyatakan insurans jenis perniagaan adalah haram.

Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma’ al-Fiqh al-Islami) yang bersidang lagi pada 28 Disember 1985 di Jeddah juga, memutuskan sekali lagi pengharaman insurans jenis perniagaan.

Majma’ Fiqh juga secara nyata mengharuskan insurans jenis kerjasama (ta’awuni) atau TAKAFUL dan mencadangkannya sebagai alternatif insurans perniagaan dan lebih digalakkan.

Monday, December 6, 2010

Bekerja Di Bank Konvensional

Saya masa ini sedang bertugas di salah sebuah Jabatan Kerajaan Brunei Darusslam sejak lebih 30 tahun. Saya akan bersara awal secara ‘optional’ daripada perkhidmatan Kerajaan dalam bulan Jun 1999. Saya ingin memohon untuk berkhidmat dalm sektor swasta khususnya di bank-bank konvensional. Adalah sukar nanti bagi saya untuk memohon berkhidmat dengan Bank Islam Brunei atau mana-mana institusi Islam yang lain kerana sepanjang yang saya ketahui amat payah untuk memohon bekerja di institusi-institusi ini sebab,ada semacam unsur-unsur nepostism atau favouritism dalam permohonan, prestasi bekerja dan lain-lain lagi.

Untuk itu saya ingin memohon bimbingan Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin dalam masalah hukum iaitu, apakah hukumnya bagi saya sebagai seorang Islam di Brunei Darussalam bekerja di bank-bank konvensional ini?


Jawapan:

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، وبعد


Sistem ekonomi Islam ditegakkan atas asas menghapuskan riba. Riba itu dikategorikan sebagai salah satu dosa besar yang nenghapus atau menghilangkan berkat daripada individu dan masyarakat. Riba juga akan menyebabkan turunnya bala di dunia dan di akhirat. Hal ini jelas diterangkan melalui nash Al-Qur’an dan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam serta ijma’ ulama tentang pengharamannya.

Diantara ayat-ayat yang mengharamkan riba itu ialah:

يمحق الله الربوا ويربى الصدقت والله لا يحب كل كفار أثيم

(سورة البقرة: 276)

Tafsirnya: “Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba, dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.”

(Surah Al-Baqarah: 276)


يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله وذروا ما بقى من الربوا إن كنتم مؤمنين فإن لم تفعلوا فأذنوا بحرب من الله وريوله وإن تبتم فلكم رءوس أمولكم لا تظلمون ولا تظلمون.

(سورة البقرة : 278-279)

Tafsirnya: “wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu keoada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki-baki riba (yang ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah oleh kamu akan adanya peperangan daripada Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.”

(Surah Al-Baqarah:278-279)

Syariat Isalm memerintahkan supaya setiap orang Islam berusaha menentang dan menghapuskan maksiat seperti maksiat riba. Paling minimum, jika dia tidak mampu mencegah perkara maksiat itu dengan perkataan atau perbuatan, maka dengan hatinya. Oleh kerana itu adalah haram apa jua bentuk kerjasama dalam hal-hal dosa dan permusuhan, termasuk sokongan moral terhadap maksiat itu. Firman Allah:

ولا تعاونوا على الإثم والعدون

(سورة المائدة: 2)


Tafsirnya: “…..dan jangan kamu bantu-membantu kea rah dosa dan permusuhan….”

(Surah Al-Maidah:2)

Sementara itu di antara hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang mengharamkan riba antara lain ialah:


لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم آكل الربا وموكله وكاتبه وشاهديه وقال هم سواء

(رواه مسلم)

Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat pemakan riba, orang yang member makan riba, juru tulis dan dua saksi riba, dan Rasulullah bersabda: “Merekasemuanya sama (dalam dosa sekalipun mereka berbeza-beza tentang kadar banyaknya).”

(Hadis riwayat Muslim)


Hadis di atas pasti mengusik hati nurani orang-orang yang kuat pegangan agamanya yang bekerja di agensi-agensi kewangan atau syarikat yang tidak sunyi operasinya dengan riba sama ada sebagai juru tulis atau lain-lainnya.

Dosa riba itu tidaklah terbatas kepada pegawai yang bertugas di bank atau kerani di sesebuah syarikat (riba) sahaja. Bahkan jika system kewangan yang mengamalkan riba terus mendapat sokongan lalu berkembang dengan pesat, maka semua boleh menerima kesannya secara menyeluruh sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

ليأتين على الناس زمان لا يبقى منهم أحد إلا آكل الربا فمن لم يأكله أصابه غباره

(رواه أبو داود و ابن ماجه)

Maksudnya: “Sesungguhnya akan datang kepada manusia suatu zaman di mana tidak akan terlepas seorangpun, melainkan makan riba, maka sesiapa yang tidak memakannya (riba) akan terkena juga debu-debu riba itu.”

(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)



Hadis ini menerangkan bahawa sistem riba itu memang meluas, tetapi umat Islam diingatkan supaya jangan sekali-kali mengambil mudah, bahkan hendaklah sentiasa berhati-hati dan terus mengelak dan menentang dengan sebarang cara yang termampu dan bukan membantu denagn membuka bank-bank riba dan sebagainya.

Sebenarnya kedudukan riba seperti ini tidak akan berubah atau menjadi kurang dengan sebab keengganan orang bekerja di bank-bank atau syarikat (yang operasinya berdasarkan riba). Di antara faktor yang dapat mengubahnya ialah kerajaan Islam yang merasakan bahawa system riba itu tidak selaras dengan Isalm sambil berusaha mengubahnya secara beransur-ansur, di mana perubahan ini tidak merupakan kejutan yang menimbulkan krisis kepada Negara dan rakyat. Islam tidak menghalang konsep beransur-ansur dalam menangani masalah yang sukar dicegah seperti ini. Ini dapat dilihat melalui konsep beransur-ansur dalam masalah pengharaman arak umpamanya. Yang penting ialah usaha ynag tidak ditangguh-tangguhkan dan keazaman yang kuat kearah menanganinya seperti apa yang berlaku dalam penubuhan institusi-institusi kewangan Islam di negara ini. Alhamdulillah.

Walau bagaimanapun, sementara pintu-pintu pekerjaan yang jelas halal belum dapat disediakan dengan kadar yang mencukupi dan institusi-institusi kewangan Islam belum dibuka dengan menyeluruh, maka adalah menjadi rukhsah (suatu kelonggaran) bagi orang Islam bekerja di bank-bank biasa dalam batas dan keadaan-keadaan tertentu sahaja.

Bagaimanapun, orang Islam yang bekerja di bank konversional ini jika dia mampu untuk mendapatkan pekerjaan lain bagi menyara hidupnya dan keluarganya, atau dia lebih wara’atau lebih tawakal dengan pekerjaan yang lain itu, maka memadailah dia dengan pekerjaan itu, bukannya di bank riba supaya terselamat dia daripada perkara-perkara syubhah atau haram. Perkara ini ada dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sabdanya:

عن أبي عبدالله النعمان بن بشير رضى الله عنهما قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الحلال بين وإن الحرام بين وبينهما أمور مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع فى الشبهات وقع فى الحرام كالراعى يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه ألا وإن لكل ملك حمى ألا وإن حمى الله محارمه ألا وإن فى الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهى القلب.
( رواه البخاري والمسلم)


Maksudnya: “Daripada Abu Abdillah An-Nu’man bin Bashir Radhiallahu ‘anhuma katanya: “Aku dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram itupun nyata (terang) dan diantara keduanya ada perkara-perkara syubhah yakni kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, maka baragsiapa memelihara (dirinya daripada) segala yang kesamaran, sesungguhnya dia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barabngsiapa jatuh ke dalam

perkara kesamaran jatuhlah dia ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkanNya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dinamakan hati.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Andainya seorang Muslim itu tidak memperoleh pekerjaan selain yang ada di bank berkenaan, maka bolehlah dia meneruskan pekerjaan di bank itu atas asas pencarian atau pekerjaannya dianggap dalam keadaan bersangatan hajat. Dalam masa yang sama dia terus mencari pekerjaan lain yang halal dan tetap berazam akan meninggalkan pekerjaan itu sebaik-baik sahaja terbuka baginya pekerjaan lain yang boleh melepaskannya daripada bekerja di bank berkenaan.

Maka berdasarkan faktor-faktor hajat serta ada usaha untuk mencari sumber pekerjaan lain dan ada niat untuk melepaskan dirinya daripada pendapatan melalui bank riba ini, di samping memenuhi keperluan (hajat) untuk hidup, maka hasil pendapatannya daripada bank itu adalah halal dalam batas dan lingkungan seperti ditetapkan oleh Allah dalam firmanNya:

فمن اضطر غير باغ ولا عاد فلآ إثم عليه. إن الله غفور رحيم
( سورة البقرة: 173)

Tafsirnya: “Maka sesiapa terpaksa (memaknnya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (padakadar benda yang dimakn itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah al-Baqarah ayat: 173)

Keadaan terpaksa tersebut hendaklah betul-betul berlaku ke atas seseorang itu, yakni dia hendaklah benar-benar berhajat dan perlu kepada pekerjaan itu untuk menyara hidup diri dan tanggungannya, dan di dalam masa yang sama pula tidak ada pekerjaan lain yang sesuai bagi mendapatkan pendapatan untuk membiayai diri dan tanggungannya, kecuali hanyalah pekerjaan yang terdapat di bank riba itu.

Apakah pendapatan yang mencukupi itu? Dalam makna apakah prinsip kecukupan itu?

Hajat atau keperluan manusia adalah bermacam-macam, tetapi yang jelas, hajat asasi mereka ialah kepada makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal yang mesti dimiliki oleh seseorang itu sejajar dengan statusnya tanpa berlaku pemborosan dan pembaziran. Termasuk juga dalam kategori itu membelanjai orang-orang yang wajib di bawah tanggungannya. (Lihat Raudhah Ath- Thalibin: 2/31)

Persoalan kecukupan atau memenuhi keperluan ini bererti terlepasnya seseorang itu daripada batas atau lingkungan kemiskinan. Orang yang berkecukupan atau keperluan asasinya sudah terpenuhi, tidaklah dia dinamakan orang miskin atau fakir lagi.

Al-Imam An-Nawawi dalam kitabnya Raudhah Ath- Thalibin telah mengutip kata-kata Al-Imam Ghazali mengenai dengan permasalahan yang berkaitan dengan kefakiran dan kemiskinan.

“Andainya seseorang itu memiliki kitab-kitab fiqh, tidaklah akan mengeluarkannya daripada sebutan nama miskin jika dia terpaksa menjual kitabnya itu untuk membayar atau mengeluarkan zakat fitrah. Keperluannya kepada kitab ini hukumnya sama juga dengan keperluannya kepada peralatan asasi rumah.”

Adapun keperluan kepada kitab itu ada tiga tujuan: (1) Kerana mengajar, (2) untuk melihat-lihat dan (3) Mendapatkan maklumat.

Untuk melihat-lihat buku atau kitab itu tidaklah dianggap suatu keperluan. Buku-buku seperti ini boleh dijual untuk membayar kaffarah dan zakat fitrah, sementara orang yang memilikinya tidaklah dia dinamakan fakir.

Seorang yang berhajat kepada kitab untuk mengajar, dan dengan mengajar itu dia memperolehi pendapatan, seperti keadaan guru atau pendidik yang memerlukn buku-buku atau kitab itu sebagai alat mengajar, maka keperluannya kepada kitab atau buku itu tidaklah sama dengan keperluannya kepada alat-alat jahitan. Dalam keadaan begini, tidaklah dijual kitab atau buku itu untuk dia memnbayar zakat fitrah.

Demikian juga kita dia mengajar untuk menjalankan tugas fardhu kifayah, maka tidaklah di jual dan tidaklah hilang sebutannya sebagai fakir, kerana keperluannya terhadap buku itu adalah amat mustahak.

Adapun hajat seseorang kepada buku ialah untuk memperolehi maklumat dan pengajaran daripadanya, seperti seseorang yang menyimpan buku perubatan untuk panduan mengubati dirinya, atau menyimpan buku nasihat (dakwah) untuk mendapatkan bahan bacaan dan nasihat daripadanya. Jika di tempatnya itu ada doktor dan pendakwah, maka dia tidaklah dianggap berhajat kepada buku itu. Jika tidak ada doktor dan pendakwah, maka dengan sendirinya dia berhajat kepada buku itu. Dari sini boleh jadi juga dia tidak berhajat kepada buku itu untuk dibaca melainkan selepas setahun, maka dalam keadaan ini dia hendaklah membuat kaedah dengan mengatakan: “Jika buku ini tidak diperlukan dalam masa setahun, beerti buku ini tidak diperlukan.”

Hendaklah juga diambil perhitungan tentang keperluan terhadap alat kelengkapan rumah dan pakaian dalam masa setahun. Maka dari itu janganlah dijual baju musim panas dalam musim sejuk. Dan demikian juga sebaliknya, jangan dijual baju musim sejuk pada musim panas. Adapun keperluan kepada buku dan baju ini mempunyai persamaan.

(Contoh lain): Seseorang itu mempunyai dua naskhah kitab, kedua-duanya tidak diperlukan. Katakan salah satunya mengandungi pendapat yang lebih ashah, sementara yang lain hanya yang pendapat yang ahsan (bagus). Maka memadailah memiliki yang lebih ashah sahaja. Juallah buku yang ahsan itu.

Jika dia memiliki dua naskhah kitab daripada satu jenis ilmu, salah satu isi kandungannya secara meluas, sementara yang satu lagi secara ringkas, maka jika tujuannya untuk mendapatkan ilmu, adalah memadai kitab yang meluas itu. Jika tujuannya untuk mengajar di mana dia memerlukan kedua-duanya, maka tidak lah dijual buku-buku itu.

Demikianlah pendapat Al-Ghazali yang menurut Al-Imam An-Nawawi adalah pendapat yang baik, melainkan hanya dalam perkara menjual buku yang mengandungi nasihat jika terdapat orang yang boleh memberi nasihat. Pendapat ini tidaklah menjadi pilihan. Mengikut An-Nawawi, walaupun terdapat orang yang memberi nasihat, namun buku berkenaan kadang-kadang lebih membawa manfaat, kerana bukanlah semua orang dapat memperolehi kesan dari nasihat orang lain, berbanding dengan kesan yang diperolehinya daripada membaca buku itu secara bersendirian dari semasa ke semasa. (Lihat Ath-Thalibin 2/312-313).

Keterangan yang dinukilkan oleh Al- Imam An-Nawawi ini membawa pengertian, bahawa seseorang yang memerlukan sesuatu yang asasi dalam hidupnya tetapi tidak memperolehinya, maka dia dinamakn miskin atau fakir, tetapi jika dia mempunyai barang (seperti buku) yang tidak betul-betul diperlukannya, maka bolehlah dia menjual buku itu untuk mengeluarkannya daripada kemiskinan.

Keadaan seperti ini bermakna bahawa seseorang belumlah dibenarkan menempuh jalan rukhshah yang disebutkan, selama mana dia masih dapat mengatasi hajat dan keperluan asasinya dengan menjualkan barangan yang tidak betul-betul diperlukannya, seperti buku-buku itu.

Di antara prinsip kecukupan bagi fikir miskin ialah denagn kadar yang dapat melapangkan hidup mereka itu. Ini berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:


إن الله فرض على أغنياء المسلمين فى أموالهم بقدر الذي يسع فقراءهم، ولن يجهد الفقراء إذا جاعوا وعروا إلا بما يصنع أغنياؤهم، ألا وإن الله يحاسبهم حسابا شديدا ويعذبهم عذابا أليما

( رواه الطبرانى فى الأوسط والصغير)

Maksudnya: “Allahu Subhanahu wa Ta’ala mewajibkan orang Islam yang kaya supaya mengeluarkan harta-harta mereka kepada orang miskin dengan kadar yang dapat melapangkan mereka. Orang miskin selama-lama tidak bekerja sekiranya mereka kelaparan atau bertelanjangan, melainkan adanya sumbangan daripada orang kaya. Ingatlah, Allahu Subhanahu wa Ta’ala akan menghisab mereka dengan hisab yang bersangatan dan menyeksa mereka dengan azab yag pedih.”

(Hadis riwayat Ath-Thabrani dalam kitab Awshat dan Ash-Shaghir)

Sabda Nabi:
أيما أهل عرصة (أي بقعة) أصبح فيهم امرؤ جائعا فقد برئت منهم ذمة الله تبارك وتعالى

(رواه الحاكم)

Maksudnya: “Di mana-mana ceruk bumi yang ada kalangan penduduknya yang kelaparan, maka sesungguhnya tanggungan Allah lepas daripada mereka (orang kaya akan diazab.”

(Hadis riwayat Al-Hakim)

Sememangnya masalah kecukupan ini suatu yang subjektif. Umumnya setiap orang akan ada sahaja alasannya untuk menyatakan bahawa hidupnya memerlukan itu dan ini atau pendapatannya tidak atau kurang mencukupi, melainkan sedikit sahaja orang yang kaya itu. Kerana mereka (manusia itu) akan terus sahaja mahu menambah dengan berbagai-bagai tujuan, kerana tabiat manusia memang begitu.

Firman Allah:

اعلموا أنما الحيوة الدنيا لعب ولهو وزينة وتفاخر بينكم وتكاثر فى الأمول والأولد. كمثل غيث أعجب الكفار نباته، ثم يهيج فتره مصفرا ثم يكون حطما. وفى الأخرة عذاب شديد ومغفرة من الله ورضوان. وما الحيوة الدنيا إلا متاع الغرور

(سورة الحديد:20 )

Tafsirnya: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak: (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan daripada Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

(Surah Al-Hadid:20)

Firman Allah lagi:

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين والقنطير المقنطرة من الذهب والفضة والخيل المسومة والأنعم والحرث ذلك متع الحيوة الدنيا والله عنده حسن المئاب .

(سورة آل عمران : ١٤ )

Tafsirnya : “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, daripada emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”
(Surah Ali ‘Imran ; 14)

ألهــكم التكاثر ۝ حتى زرتم المقابر ۝ كلا سوف تعلمون ۝ ثم كلا سوف تعلمون ۝ كلا لو تعلمون علم اليقين ۝ لترون الجحيم ۝ ثم لترونها عين اليقين ۝ ثم لتسئلن يومئذ عن النعيم ۝

(سورة التكاثر : اية ١-۸ )

Tafsirnya : “Kamu telah dilalaikan )daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati). Sekali lagi (diingatkan) jangan sekali-sekali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada Hari Kiamat). (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Selepas itu – demi sesungguhnya! – Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya). Selain daripada itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya).”
(Surah At-Takatsur : 1-8)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam :

عن ابن عباس رضى الله عنهما يقول سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول : لو كان لابن آدم واديان من مال لابتغى ثالثا ولا يملأ جوف ابن آدم إلا التراب ويتوب الله على من تاب .
(رواه البخاري)

Maksudnya : “Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, dia berkata: “Saya mendengar Nabi Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Seandainya manusia memiliki dua lembah yang penuh dengan harta, nescaya dia mencari (lembah harta) yang ketiga. Tiada yang memenuhi isi perut manusia, kecuali tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat.”
(Hadis riwayat Bukhari)

عن ابن عباس رضى الله عنهما يقول سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول : لو كان لابن آدم واديان من مال لابتغى ثالثا ولا يملأ جوف ابن آدم إلا التراب ويتوب الله على من تاب .
(رواه البخاري)

Maksudnya : “Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, dia berkata: “Saya mendengar Nabi Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Seandainya manusia memiliki dua lembah yang penuh dengan harta, nescaya dia mencari (lembah harta) yang ketiga. Tiada yang memenuhi isi perut manusia, kecuali tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat.”
(Hadis riwayat Bukhari)

عن انس ابن مالك رضى الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : لو ان لابن آدم واديا من ذهب أحب ان يكون له واديان ولن يملأ فاه إلا التراب ويتوب الله على من تاب .
(رواه البخاري)

Maksudnya : “Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Seandainya manusia memiliki lembah yang penuh dengan emas, maka dia ingin memiliki dua lembah lagi. Tidak aka nada yang memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat.”

Jika itu sifat manusia secara umumnya, sudah tentu sangat susah bagi seseorang itu akan mengatakan bahawa pendapatannya sudah mencukupi. Lebih-lebih lagi pada masa kini hajat atau keperluan manusia sudah berbagai-bagai, di mana perkara-perkara yang dahulu dianggap mewah sudah menjadi suatu keperluan biasa. Sebuah kereta pada masa 30 atau 40 tahun yang lalu mungkin dianggap barang mewah, tetapi sekarang sudah menjadi suatu keperluan biasa, dan bagi sebahagian orang sangat perlu dan sangat berhajat kepadanya.
Demikianlah dalam semua hal kehidupan ini. Contoh yang dikemukakan oleh Al-Imam Al-Ghazali mengenai keperluan seseorang terhadap kitab bolehlah dijadikan ukuran setakat mana keperluan terhadap benda-benda yang dimiliki itu. Dalam makna, sama ada sesuatu itu perlu atau kurang perlu supaya tidak menjadi sebab sehingga pendapatan dikatakan tidak mencukupi.

Bertolak dari sini dapatlah dibuat pertimbangan, sama ada bekerja di bank konvensional itu suatu hal yang benar-benar mendesak untuk memenuhi tuntutan hidup atau ada pilihan yang lain. Walaupun pendapatan di tempat lain itu misalnya lebih rendah, namun masih dapat memenuhi keperluan asasi.

Oleh kerana itu, daripada mafhum pendapat ulama ini, hanyalah jika tidak dapat melepaskan diri daripada terus bekerja di bank konvensional itu sahaja, barulah ada rukhshah padanya, itupun dengan ada niat akan segera berpindah kepada pekerjaan lain yang halal sebaik-baik sahaja memperolehinya, walaupun pendapatan di luar bank itu sekadar mencukupi, berbanding dengan pendapatannya yang lumayan di bank konvensional tadi. Inilah jalan wara’ yang selamat, setidak-tidaknya mengelakkannya daripada pendapatan yang syubhah. Kerana Allah telah memperingatkan bahawa riba itu dimusnahkan. Firman Allah :

يمحق الله الربوا ويربي الصدقــت
(سورة البقرة : ٢٧٦ )

Tafsirnya : “Allah susutkan (hapuskan) riba dan Dia pula menambahkan (menyuburkan) sedekah-sedekah atau zakat.”
(Surah Al-Baqarah : 276)

Huraian lanjut mengenai ayat ini, Allah menghilangkan keberkatan daripada riba serta membinasakan harta yang ada di dalamnya riba itu. (An-Nasafi, 1/54)

Seminar Pasaran Kewangan Kedua yang diadakan di Bahrain (25 hingga 27 November 1991) telah merumuskan antara lain, bahawa apabila sesebuah yayasan (badan) mempunyai pelbagai kegiatan yang sebahagiannya haram dan sebahagian lagi halal, maka melabur atau bekerjama dengannya adalah haram. (Ahsan Al-Kalam, 3/70)

Gaji atau hasil pendapatan daripada usaha yang baik dan halal adalah lebih baik dan berkat berbanding gaji yang lebih besar tetapi berasal daripada usaha yang syubhah atau yang haram.

Cuba direnungkan kata-kata Syeikh ‘Atiah Saqar Rahimullah di dalam fatwanya dalam perkara ini :

“Sesungguhnya upah atau gaji yang sedikit dari pekerjaan yang halal, apabila ia sudah dapat menutupi keperluan asasi, sudah dapat memberi hidup dan menolak sebab-sebab kematian serta sudah dapat mengelak kelemahan saja pun, maka upah atau gaji yang sedikit itu adalah diberkati Allah. Adapun selain daripada yang diperlukan itu tidaklah harus diperolehi daripada (pekerjaan) yang haram.” (Ahsan Al-Kalam, 3/250)

Negara asal : Brunei darussalam

Badan yang mengisu fatwa : Jabatan mufti kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darulssalam
Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned
Tarikh Diisu : 2000

Nota: Fatwa mufti kerajaan brunei 2000