Showing posts with label taharah. Show all posts
Showing posts with label taharah. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Ubat Dari Tanduk Rusa

Bahasa AsalMelayuJumlah Pembaca178Negara AsalMalaysiaRujukanJabatan Mufti Negeri Kedah dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah.NotaJILID 3 Apakah hukum memakan ubat yang diproses dari tanduk rusa?

Juz-juz binatang kecuali iakn dan belalang yang bercerai padanya samada binatang-binatang itu halal dimakan ataupun haram samada hidup ataupun mati tanpa sembelihan yang sah adalah najis kecuali rambut dan bulu yang bercerai dari binatang yang halal yang hidup atau yang mati dengan sembelihan yang sah maka ia adalah bersih.

Tanduk rusa yang diceraikan dari rusa yang hidup atau yamh mati adalah najis kecuali mati dengan kerana sembelihan yang sah pada syara’ maka ia adalah bersih yang bersih harus dimasukkan ke dalam ramuan ubat-ubatan dan yang najis haram dimasukkan ke dalam ramuan ubat-ubatan.

Para fuqaha’ di dalam semua mazhab bersepakat tentang najis juzuk-juzuk yang bercerai atau yang terpotong daripada binatang yang hidup sekalipun ia binatang yang halal kecuali rambut dan bulu kerana sbda Rasulullah s.a.w.:
ما قطع من البهيمة وهي حية فهو ميت – رواه الحاكم.

Maksud: barang yang dipotong daripada binatang yang hidup adalah najis.

Islam melarang (mengharamkan) berubat dengan benda-benda najis kecuali di dalam keadaan darurat

Friday, September 23, 2011

Batal wudhu bersentuh dgn ipar

Ulamak2 telah sepakat berkata bahawa ipar tidak termasuk mahram dan batal wuduk apabila bersentuh dengannya.

Mahram itu hanya 3 golongan yaitu dengan sebab nasab, susuan dan mushoharoh.

Saturday, August 13, 2011

Bulu Kucing, Najis?

BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

HUBUNGANYA DENGAN SEMBAHYANG

Menurut hukum syarak syarat sah mengerjakan sembahyang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang.

Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh ayat 1/175).

Apakah yang harus dilakukan oleh orang yang sedang sembahyang mendapati ada bulu najis pada pakaiannya? Menurut Ashhab Asy Syafi’e, apabila orang yang sedang sembahyang itu mendapati ada najis yang kering pada pakaian atau badannya, maka pada saat itu juga hendaklah dia mengibas najis tersebut. Jika dia mendapati najis yang basah pula hendaklah dia segera menanggalkan atau mencarik pakaiannya yang bernajis itu tanpa menyentuh najis tersebut. Adapun jika dia tidak segera menanggalkan atau mengibas pakaian yang bernajis itu maka batal sembahyangnya.

Pakaian yang terkena bulu yang najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan. Cara membersihkannya ialah jika bulu itu kering dan pakaian atau anggota badan yang tersentuh bulu itu juga kering adalah memadai dengan menanggalkan najis itu sama ada dengan mengibas, mengibar atau menyapunya. Adapun jika bulu itu basah ataupun pakaian atau anggota badan yang terkena najis itu sahaja yang basah maka hendaklah ditanggalkan najis itu dan dibersihkan dengan air yang suci disekitar yang terkena najis. (Fath Al-‘Allam, Kitab Ath-Thararah, Bab Izalah An-Najasah ayat 1/347).

Oleh kerana persoalan memakai pakaian daripada bulu itu adalah berkaitan dengan persoalan hukum najis, maka perlulah kita berhati-hati dalam memilih dan memanfaatkannya supaya pakaian yang dipilih itu diyakini diperbuat daripada bulu yang suci dan boleh kita guna pakai seperti ketika sembahyang dan sebagainya.

Sumber : Mufti Brunei

Monday, August 8, 2011

Tentang samak kenderaan





Amalan berkongsi kenderaan bukan sahaja boleh menjimatkan belanja tetapi juga mengurangkan kesesakan lalu lintas.

--------------------------------------------------------------------------------




Soalan:

BAGI tujuan penjimatan dan kos hidup yang lebih efektif sebagai seorang pelajar di pusat pengajian tinggi, saya dan beberapa orang rakan menjayakan konsep perkongsian kereta untuk kegunaan kami setiap hari. Iaitu untuk pergi dan balik dari kelas dan sebagainya.

Namun salah seorang dari rakan kongsi ini merupakan seorang yang bukan Islam berbanding kami yang lain.

Soalannya rakan bukan Islam ini sering membawa bersama seekor anjing peliharaannya ketika menggunakan kereta yang kami kongsi bersama ini.

Jadi, adakah setiap kali kami yang lain hendak menggunakan kereta perlu menyamak kenderaan tersebut supaya bersih dari sebarang najis mughalazzah yang dibawa oleh anjing tersebut?

Jawapan:

Adapun hukum berkongsi kereta itu harus. Mengenai adakah kereta itu perlu disamak setiap kali hendak menggunakan kereta ia bergantung kepada dua keadaan:

Tidak - jika tiada sebarang tanda-tanda najis anjing atau tidak terdapat bahagian yang basah atau lembap yang berkemungkinan ada kena mengena dengan anjingnya.

Ya - sekiranya terdapat tanda-tanda najis anjing atau terdapat bahagian yang basah atau lembap, yang berkemungkinan ada kena mengena dengan anjingnya maka perlulah disamak.

Asas masalah agama seumpama ini adalah keadaan basah atau kering di antara anjing (atau apa-apa yang berkaitan dengan anjing seperti bekas tempat duduk anjing, tapak kaki anjing, bulu anjing dan sebagainya kecuali najisnya dan air liurnya) dengan kulit orang yang menyentuhnya.

Pertama: Sekiranya bersentuh kulit dengan anjing (atau apa-apa yang berkaitan dengannya contohnya bulu anjing kecuali najisnya dan air liurnya) dalam keadaan kering, maka ia tidak dianggap bernajis. Memadai membersihkan kereta tersebut dengan penyedut hampagas.

Kedua: Jika terang-terangan terdapat ain najis atau air liur anjing; maka bahagian yang terkena perlulah disamak.

Ketiga: Namun sekiranya bulu anjing (dan apa-apa yang berkaitan dengan anjing itu seperti tempat bekas duduk anjing itu dan sebagainya) dalam keadaan basah atau lembap (iaitu sama ada kedua-dua kulit penyentuh dan bulu anjing adalah adalah basah atau lembap atau salah satu daripadanya), maka ia dianggap bernajis sama ada sengaja menyentuh atau tidak sengaja tersentuh.

Bahagian yang bernajis itu wajiblah disucikan dengan menyamak iaitu dengan membasuhnya tujuh kali dengan air mutlak.

Kali pertama daripadanya bercampur dengan tanah yang suci seperti yang ajar oleh Nabi dalam hadis yang bermaksud: Dari Abu Hurairah r.a katanya: Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Membersihkan bejana yang dijilat anjing itu adalah dengan membasuhnya (dengan air mutlak) sebanyak tujuh kali dan basuhan yang pertama mestilah bercampur dengan tanah (yang suci). (riwayat Muslim)

Jika anda berasa was-was maka hilangkanlah ia dengan menyamak kenderaan tersebut. Alternatifnya, adalah meminta jasa baik rakan bukan Islam tersebut agar bekerjasama dengan anda dalam hal ini.

Sekiranya anda sangsi terlibat dengan perkara-perkara syubhah; mungkin mengelakkan perkongsian seumpama itu dapat mengembalikan ketenangan jiwa anda.