Wednesday, August 14, 2013

Perbezaan Zakat, Sedekah, Hibah, Pinjaman

Zakat merupakan satu kewajipan atas setiap orang Islam yang cukup
syarat-syaratnya. Pengertian zakat : mengeluarkan kadar harta yang
tertentu kepada orang yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu
Sedekah pula merupakan satu amalan sunat yang sangat digalakkan di dalam
Islam. Sedekah adalah memberi sesuatu milik tanpa bayaran dengan harapan
untuk mendapatkan pahala di akhirat
.

Sedekah Atau Hadiah

Soalan :Assalamualaikum Ustaz, Boleh saya tahu apakah perbezaan antara Sedekah dan Hadiah? Betulkah sekiranya diri ini mampu (dan dilayakkan berzakat, etc) saya ini tidak layak menerima sebarang sedekah samada dalam bentuk wang atau pun barangan dari sesiapa? Kebiasaan bila ada sahabat memberikan sesuatu dalam bentuk wang atau barangan makanan atau belanja makan, mereka akan menyatakan sebagai sedekah. Adakah ini betul? atau ia tidak boleh dikira sedekah? Minta penjelasan dan tunjuk ajar. Terima kasih

Jawapan: waalaikumussalam. Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Arab: صدقة) yang bermaksud benar. Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.
manakala hadiah ialah pemberian yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain berdasarkan kepada sesuatu sebagai penghormatan semata mata. seandainya anda mampu dari segi kewangan, apa yang dilakukan oleh kawan anda adalah dianggap sebagai hadiah bukan sedekah.

 Assalamualaikum, saya mempunyai kemushkilan terhadap pemberian sedekah/hadiah berupa wang ringgit kepada peminta sedekah yang bukan beragama islam. Mohon beri penjelasan.

Jawapan: Waalaikumussalam. Sedekah hanya kepada orang Islam yang miskin dan tidak berkemampuan. Pemberian kepada peminta sedekah yang bukan beragama Islam disebut hadiah begitu juga kepada orang Islam yang berkemampuan setiap pemberian juga disebut sebagai hadiah.

Hibah dan wasiat mempunyai perbezaan sepertimana berikut:

 1. Hibah : merupakan satu akad yang mengandungi pemberian hak milik harta oleh pemilik harta kepada seseorang semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan.Hibah semasa marad al-maut (penyakit yang boleh membawa kematian) membabitkan 2 undang-undang iaitu undang-undang hibah dan undang-undang wasiat:

 1.Tidak melebihi 1/3 harta si mati
 2.tidak diperuntukkan untuk ahli waris kecuali dipersetujui oleh ahli waris yang lain
 3. Tidak sah bagi pemberi hibah yang banyak hutang.
 4. Hibah perlu berkuatkuasa serta merta..
 2. Wasiat : merupakan pemberian seseorang kepada orang lain untuk dimiliki oleh penerima wasiat selepas kematiannya.

Soalan : Abang sulung saya telah berhutang dengan saya sebanyak rm10,000. Umur abang sulung saya sekarang 64 tahun agak uzur kerana penyakit dan tidak punya pendapatan untuk membayar hutang. Dulu saya pernah kata pada abang saya saya halalkan hutang tersebut tetapi suami saya sering mengungkit hal hutang abang saya membuatkan saya buntu. Apakah yang harus saya lakukan? Sebenarnya saya pun perlu wang tersebut untuk anak-anak. rezeki), dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (al-Baqarah 2:245). (Mikraj) aku melihat tulisan di atas pintu syurga, Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda. Aku bertanya Jibrail kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah? Jawabnya, kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan (Ibn Majah dan Baihaqi).
Oleh itu, sebaik-baiknya tuan memberikan pinjaman kepada seseorang yang memerlukan bantuan apatah lagi dari kalangan kaum kerabat yang perlu diutamakan daripada orang lain. Kemudian janganlah meminta bayaran pinjaman tersebut dengan kadar segera yang boleh menyebabkan berlaku kesusahan atau kezaliman kepada mereka yang berhutang tersebut. Manakala apabila melihat mereka berkesukaran untuk membayarnya walaupun cuba mengusahakan sebaik tetapi tidak mampu menyelesaikannya, tuan boleh menyedekahkan hutang tersebut separuh atau sebagainya. Perkara itu adalah lebih baik kerana firman Allah SWT di dalam al- Quran yang bermaksud: Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, ebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (Al-Baqarah: 28).
(Petikan dari soal jawab agama JAKIM di Berita Minggu) -harap sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada puan. Tetapi puan boleh berbincang dengan abang untuk mendapat sebahagian atau kesemua bayaran kerana memerlukan wang tersebut, mungkin anak-anaknya dapat membantu meringankan beban ayah dan sebagainya.

Jawapan
Sedekah menurut istilah syarak ialah pemberian ketika hidup kepada seseorang tanpa ada tukar ganti dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apa saja pemberian tanpa bayaran sebagai imbalan balik atas pemberian itu dengan tujuan ikhlas untuk mendekatkan diri kepada Allah, disebut sedekah. Sedekah dibahagikan kepada yang wajib yang dikenali sebagai zakat dan yang sunat seperti wakaf, derma dan sumbangan. Manakala pinjaman pula adalah pemilikan sementara kepada seseorang untuk dimanfaatkan.

Mengenai kebaikan memberi pinjaman dan sedeqah kepada mereka yangmemerlukan, firman Allah SWT ialah Siapakah orangnya yang (mahu)memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian Begitu juga hadith Nabi SAW menyatakan: Pada malam aku diisrakan
Keutamaan sedekah yang disembunyikan adalah berdasarkan firman Allah S.W.T
dalam surah al-Baqarah ayat 271 :
�Jika kamu menampakkan sedekah itu, maka itupun baik juga. Tetapi jika
kamu menyembunyikan sedekah itu dan kamu memberikannya kepada orang-ornag
fakir, itu adalah lebih utama.


Waktu, Tempat Dan Sasaran Bersedekah Yang Lebih Utama


Sehubungan dengan ini koala ingin bertanya mengenai dengan perkara tersebut di atas:
(1) Kepada siapa dan bilakah hari yang afdal bersedekah:
(1) Anak yatim/ orang miskin.
(2) Orang-orang akan bersungkai, misalnya di masjid.
(3) Jiran/ saudara mara.
(4) Orang-orang tua.
(2) Terdapat orang perseorangan atau berkumpulan secara bergilir-gilir bersedekah di masjid seperti minuman dalam botol pada malam yang kadang-kadang untuk 200 hingga 300 jemaah semalam. Dalam sebulan perbelanjaan orang yang bersedekah ini dianggarkan sekitar $3,000.00. Pada waktu yang sama tabung anak-anak yatim di masjid itu jumlahnya tidak sampai $100.00 semalam. Dalam sebulan kutipan tabung anak-anak yatim hanya $2,000.00-$3,000.00 sahaja.

Pada pendapat Pehin tentang perkara tersebut dan yang mana lebih afdhal kitani bersedekah? Jawapan awal dari Pehin adalah sangat-sangat diharapkan memandangkan bulan puasa akan menjelang.

Jawapan:

الحمد لله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله سيدنا محمد خاتم الأنبياء والمرسلين، واله وصحبه أجمعين.

Menghulurkan sedekah sunat adalah satu amalan mulia yang sangat dituntut oleh Islam, kerana ia boleh menggembirakan penerimanya dan juga member pulangan manfaat yang banyak kepada pemberi, sama ada di dunia dan di akhirat.

Diantara kelebihan bersedekah itu seperti yang disebutkan ayat dan hadis-hadis berikut:

من ذا الذى يقرض الله قرضا حسنا فيضعفه له أضعافا كثيرة
(سورة البقرة: 245)

Tafsirnya:” siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya.”

(Surah Al-Baqarah: 245)

Dalam Al-Qur’an banyak ayat yang menunjukkan bahawa Allah menyuruh kita bersedekah. Dalam sunnah pula banyak hadis menyuruh berbuat demikian, antaranya sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

من أطعم جائعا أطعمه الله من ثمار الجنة، ومن سقى مؤمنا على ظمأ سقاه الله عز وجل يوم القيامة من الرحيق المختوم، ومن كسا مؤمنا عاريا كساه الله من خضر الجنة

(رواه أبو داود والترمزي)

Maksudnya:”Sesiapa yang member makan seseorang yang lapar, Allah akan memberinya makan buah-buahan di syurga, sesiapa yang member minum seorang Mu’min yang dahaga, Allah akan memberinya minuman syurga “rahiq al-makhtum” pada Hari Kiamat, sesiapa yang memberi pakaian seorang Mu’min yang telanjang, Allah akan memberinya pakaian di syurga.”

(Hadis riwayat Abu DAud dan Tirmidzi)

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lagi:

إن العبد إذا تصدق من طيب، تقبلها الله منه، وأخذها بيمينه، ورباها كما يربي أحدكم مهره أو فصيله، وإن الرجل ليصدق باللقمة فتربو في يد الله، (أو) قال في كف الله، حتى تكون مثل الجبل، فتصدقوا

(رواه أحمد)

Maksudnya:”Sesungguhnya hamba itu apabila dia bersedekah daripada hartanya yang baik, Allah akan menerimanya. Dia akan mengambilnya dengan tangan kananNya, Dia akan memelihara anak kuda atau anak untanya, sesungguhnya seorang yang bersedekah sesuap makanan dia akan membesar di tangan Allah (atau) di tapak tangan Allah hingga sebesar bukit, oleh itu hendaklah kmu bersedekah.”
(Hadis riwayat Ahmad)

Suruhan bersedekah itu boleh dilakukan pada bila-bila masa ada kesempatan dn lebihan perbelanjaan. Kebanyakan ayat dan hadis berkenaan menyebutkan lafaz
أنفقوا yang boleh diertikan sebagai membelanjakan, menafkahkan, mendermakan, menyumbangkan, menyedekahkan atau menghulurkan bantuan.

Allah Ta’ala berfirman:

ويسئلونك ماذا ينفقون قل العفو

Tafsirnya: “Dan mereka bertanya pula kepadamu, apakah yang mereka akan belanjakan (derma/sedekahkan)? Katakanlah: “Dermakanlah (sedekahkan) apa-apa yang berlebih daripada keperluan kamu.”

Melakukan amal-amal kebajikan seperti bersedekah ini pada bila-bila masa dan di tempat mana sekalipun sangat bermanfaat dan lebih digalakkan lagi pada waktu, hari atau tempat yang mempunyai kelebihan dan keutamaan.

Syeikh Ahmad Nasib Al-Mahamid berkata: “Sesungguhnya ibadat yang dilakukan di waktu-waktu seperti ini lebih banyak gunanya dan lebih besar manfaatnya. Ibadat yang dilakukan padanya akan digandakan ganjaran pahalanya, ia menyinari hati, menyucikan jiwa dan menaikkannya ke tahap kesempurnaan hari-hari yang mempunyai kelebihan ini, bahkan yang paling besar keutamaan, pahala dan kebaikannya ialah hari Jumaat. (Khushushiyyat Yaun Al-Jumu’ah: 6)

Hari Yang Utama Bersedekah

Secara umumnya hari yang paling baik dan utama untuk menghulurkan sedekah ialah hari Jumaat, kerana hari JUmaat merupakan penghulu hari-hari lain dalam seminggu dan mempunyai berbagai kelebihan. Bahkan, sesetengah ulama ada yang menyimpulkan kelebihan hari Jumaat mencapai seratus kelebihan sebagaimana yang dicatatkan oleh Imam as-Suyuthi di dalam kitabnya “100 Kelebihan Hari Jumaat.”
Salah satu yang dicatatkan di dalam kitab itu ialah: Hari Jumaat menjadi istimewa kerana pahala swdekah pada hari itu digandakan. Menurut Al-Imam As-Sayuthi: “Pahala sedekah pada hari Jumaat berlipat ganda berbanding sedekah pada hari lain. Ibnu Abu Syaibah telah mentakhrijkan di dalam kitab Al-Musannaf daripada Ka’ab, katanya:

الصدقة تضاعف يوم الجمعة

Maksudnya: “Pahala sedekah berlipat ganda pada hari Jumaat.” (As-Suyuthi, Khushushiyyat Yaum Al-Jumu’ah:103)

Mengikut catatan Ibnu Qayyim, teks lafaznya adalah seperti berikut: “Ka’ab berkata:

والصدقة فيه أعظم من الصدقة فى سائر الأيام

Maksudnya: “Dan sedekah pada hari itu (hari Jumaat) lebih besar pahalanya daripada sedekah pada hari-hari lain.”

Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya sedekah yang dikeluarkan pada hari Jumaat mempunyai kelebihan berbanding pada hari-hari lain. Bersedekah pada hari Jumaat nisbah kepada hari-hari lain di dalam seminggu, samalah dengan sedekah yang dikeluarkan di dalam bulan Ramadhan nisbah kepada yang dikeluarkan di dalam bulan-bulan lain di dalam setahun. (Zad Al-Ma’ad, 1/407)

Sekiranya hari Jumaat bertepatan dengan hari Jumaat bulan Ramadhan, keistimewaan bersedekah akan bertambah-tambah lagi pada hari itu kerana bulan Ramadhan mempunyai pelbagai kelebihan berbanding dengan bulan-bulan lain.

Dengan demikian bulan yang paling afdhal menghulurkan sedekah ialh hari Jumaat dan lebih afdhal lagi jika hari itu bertepatan dengan bulan Ramadhan. Sementara bulan yang paling afdhal bersedekah pula ialah bulan Ramadhan kerana At-Tirmidzi meriwayatkan daripada Anas Radhiallhu ‘anhu katanya:

سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم، أي الصدقة أفضل؟ قال: صدقة في رمضان.
(رواه الترمزي)

Maksudnya: “Ditanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Sedekah apakah yang paling afdhal?” Baginda menjawab: “Sedekah pada bulan Ramadhan.”
(Hadis riwayat Tirmidzi)

Ini kerana fakir miskin pada bulan itu adalah lemah untuk mencari nafkah disebabkan oleh puasa, di samping pahala beribadat dan melakukan amal salih juga sememangnya berlipat ganda pada bulan yang mulia ini.

Kedudukan di atas adalah pada saat dan keadaan biasa. Adapun dalam keadaan-keadaan tertentu, adakala bersedekah itu lebih utama walaupun bukan pada hari Jumaat atau bulan Ramadhan. Misalnya, jika peluang untuk bersedekah pada hari Jumaat atau bulan Ramadhan itu dijangkakan tidak akan dapat dilakukan kerana benda yang akan disedekahkan itu tidak ada lagi pada hari atau bulan tersebut atau ada orang yang betul-betul mengharap dan memerlukan sedekah, seperti keluarga yang ditimpa musibah kebakaran rumah yang musnah semua harta dan keperluan, maka di dalam situasi dan kedudukan begini tidaklah perlu menuggu hari Jumaat tetapi afdhal dan paling eloklah sedekah itu disegerakan.

Sasaran sedekah

Sedekah atau pemberian ialah satu jenis ibadah yang digalakkan oleh syara’, maka panduan siapakah penerima utamanya hendaklah mengikut apa yang telah digariskan oleh syara’ pula.

Dalam ayat 177, surah al-Baqarah Allah Ta’ala menerangkan bahawa yang dinamakan kebajikan itu termasuklah menghulurkan derma atau sumbangan atau sedekah kepada enam golongan iaitu:
(1) Keluarga yang hampir.
(2) Anak-anak yatim.
(3) Orang-orang miskin.
(4) Orang yang terlantar dalam perjalanan.
(5) Orang yang meminta.
(6) Hamba sahaya yang berusaha untuk merdeka.

Firman Allah Ta’ala:

ليس البر أن تولوا وجوهكم قبل المشرق والمغرب ولكن البر من ءامن بالله واليوم الأخر والملئكة والكتب والنبين وءاتى المال على حبه ذوى القربى واليتمى والمسكين وابن السبيل والسائلين وفى الرقاب وأقام الصلوة وءاتى الزكوة والموفون بعهدهم إذا عهدوا والصبرين فى البأساء والضراء وحين البأس أولئك الذين صدقوا وأولئك هم المتقون
(سورة البقرة: 177)

Tafsirnya: “Bukanlah perkara kebajikan itu kamu mengadapkan muka ke pihak Timur dan Barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari Akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya-sedang dia menyayanginya,- kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekkan hamba-hamba abdi.”
(Surah Al-Baqarah:177)

Di dalam ayat lain pula diterngkan bahawa sasaran-sasaran tau golongan yang menerima sedekah itu terbahagi kepada lima golongan iaitu:

(1) Kedua ibu bapa.
(2) Keluarga yang terdekat.
(3) Anak-anak yatim.
(4) Orang-orang miskin.
(5) Orang musafir yang terlantar.

Firman Allah Ta’ala:

يسئلونك ماذا ينفقون قل مآ أنفقتم من خير فللولدين والأقربين واليتمى والمسكين وابن السبيل وما تفعلوا من خير فإن الله به عليم
(سورة البقرة: 215)

Tafsirnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): “Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)?” Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada kedua ibi bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.” Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat daripada jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membakas dengan sebaik-baiknya).”
(Surah Al-Baqarah: 215)

Merujuk kepada ayat diatas, di antara tempat bersedekah atau sasaran pemberian ialah kedua-dua orang tua, keluarga sendiri yang terdekat seperti adik beradik, mertua, bapa saudara dan lain-lain, anak-anak yatim yang tidak berharta, orang miskin atau fakir, orang yang sedang dalam musafir, tetapi terhalang untuk sampai ke tempat tujuan kerana ketiadaan perbelanjaan, orang yang datang meminta bantuan kerana memerlukan perbelanjaan sara hidup dan hamba sahaya yang hendak menebus kebebasan daripada tuannya.

Selain itu termasuklah juga seperti melunaskan hutang, lebih-lebih lagi jika hutang itu bagi mashlahat orang ramai, juga seperti untuk meninggikan syi’ar Islam, penuntut dan guru-guru agama yang miskin dan semua bentuk progam fi sabilillah.

Sama halnya seperti kedudukan memillih masa bersedekah, maka memilih tempat dan si penerima sedekah juga hendaklah diperhatikan. Pihak yang lebih berhajat atau lebih memerlukan, dialah yang didahulukan. Begitu juga sesiapa yang lebih hampir dari segi kekeluargaan atau kejiranan, dialah yang diutamakan, sebagaimana perkara ini dijelaskan melalui ayat dan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.


Kaum Kerabat

Adalah afdhal bersedekah kaum kerabat, kemudian jiran, kerana firma Allah:

يتيما ذا مقربة
(سورة البلد: 15)

Tafsirnya: “Kepada anak yatim daripada kaum kerabat.”

(Surah Al-Balad:15)
Dan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Zainab, isteri ‘Abdullah bin Mas’ud:
زوجك وولدك أحق من تصدقت به عليهم

(رواه البخاري)
Maksudnya: “Suamimu dan anakmu lebih berhak menerima sedekah.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Seterusnya Nabi Shallallhu ‘alaihi wasallam bersabda sebagaimana yang diriwayatkan di dalam sebuah hadis hasan oleh Ahmad, ibnu Majah dan At-Tirmidzi:

الصدقة على المسكين صدقة، وهي على ذى الرحم اثنتان: صدقة وصله

Maksudnya: “Sedekah kepada orang miskin hanya sekadar sedekah, tetapi sedekah kepada kaum kerabat dapat dua kebaikan, iaitu sedekah dan menghubungkan tali silaturahim.”

Juga riwayat Al-Bukhari daripada aisyah katanya:

إن لى جارين فإلى أيهما أهدى؟ فقال إلى أقربهما منك بابا

Maksudnya: “Aku mempunyai dua jiran, yang mana satu harus ku ber hadiah?” Baginda menjawab: “yang paling hampir pintunya dengan rumahmu.”

Bersedekah kepada Orang Bersungkai

Tempat menyalurkan sedekah termasuklah orang-orang yang berpuasa ketika mereka itu berbuka puasa. Ganjaran pahala yang diterima sangatlah besar, sama besarnya dengan yang diperolehi orang yang berpuasa itu sendiri.

Rasulullah Shallallhahu ‘alaihi wasallam bersabda:

من فطر صائما كان له مثل اجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

(رواه الترمذي وابن ماجه وابن خريمة وابن حبان)

Maksudnya: “Sesiapa yang ‘menyungkaikan’ (memberi makan) kepada orang yang berbuka puasa, adalah baginya pahala seumpama pahala orang yang berpuasa itu, tanpa dikurangi walaupun sedikit daripada pahala orang yang berpuasa itu.”

(Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Khzaimah dan Ibnu Hibban)

Oleh kerana orang ramai, khasnya jemaah masjid mungkin mengetahui betapa besarnya pahal sedekah yang diberikan untuk ‘menyungkaikan’ (member makan orang yang berpuasa) sebagaimana hadis di atas, maka itulah sebabnya barangkali mengapa sedekah yang dihulurkan dalam bulan Ramadhan untuk tujuan perbelanjaan ‘bersungkai’ itu lebih banyak jumlahnya berbanding yang dihulurkan untuk bantuan anak-anak yatim. Mungkin juga para jemaah beranggapan bahawa menghukurkan bantuan kepada anak-anak yatim boleh dilakukan pada bulan-bulan lain sepanjang tahun sementara bersedekah unuk tujuan ‘menyungkaikan’ hanyalah dapat dibuat pada bulan Ramadhan sahaja.

Namun dalam hal ini hendaklah kita berhati-hati supaya jangan sampai berlaku pembaziran sewaktu ‘menyungkaikan’ orang yang berpuasa di masjid atau bahan-bahan hidangannya itu tidak sesuai seperti kuih muih yang tidak tahan disimpan.

Walau bagaimanapun, bersedekah dalam bulan Ramadhan pada hari jumaat tetaplah lebih utama berbanding pada bulan dan hari-hari yang lain.

Supaya sedekah itu tinggi mutunya, maka elakkan bersedekah dengan barang-barang yang kurang baik atau si pemberinya kurang menyayanginya kerana sedekah dengan barang-barang yang sedemikian itu kurang nilainya di sisi Allah, firman Allah :

........ولا يتمموا الخبيث منه تنفقون.................
( سورة البقرة : 267 )

Tafsirnya : “ … dan janganlah kamu senghaja memilih yang buruk daripada ( lalu kamu ) dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat….”

( surah Al-Baqarah : 267 )

Bersedekah dengan barang yang paling bermutu dan paling disayangi, itulah yang amat digalakkan sebagaimana firman Allah :


لًن تنالوا حى تنفقوا مما تحبون..........
(سورة آل عمران : 92 )




Tafsirnya : “ kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakihat) kebajikan dan kebaktian ( yang sempurna ) sebelum kamu dermakan sebagian daripada apa yang kamu sayangi….”
( surah Ali ‘Imran : 92 )

Pahala sedekah juga boleh hilang sebagaimana diperingatkan oleh Allah melalui ayat ini :

يأيها الذين ءامنوا لا تبطلوا صدقتهكم بالمن والاذى كالذى ينفق ماله رئاء الناس
( سورة البقرة : 264 )

Tafsirnya : “wahai orang yang beriman ! Jangan rosakkan ( pahala amal ) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan ( kelakuan yang ) menyakiti seperti rosaknya pahala amal sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia ( ria ).”

( surah al-Baqarah : 264 )

Menurut tafsir, makna المن itu ialah orang yang member sedekah itu menyebut-nyebut kebaikannya kepada penerima sedekah serta membangkit-bangkitkan pemberiannya itu seperti katanya : “ Aku telah membuat baik ( bersedekah ) kepadamu dan menutupi keadaanmu yang kurang.”

Sementara الأذى pula, si pemberi berbangga-bangga dengan pemberiannya dengan menyebut-nyebut kepada orang lain, sedang si penerima sedekah tidak suka didedahkan perkara itu sehingga menyakiti hatinya.

Membangkit-bangkit sedekah atau menyakiti orang yang menerimanya, samalah juga dengan yang membelanjakan hartanya dalam keadaan ria, sebagaimana ayat ini :


كالذى ينفق ماله ، رئآء الناس

( سورة البقرة : 264 )

Tafsirnya : “ seperti ( rosaknya pahala amal sedekah ) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia ( ria ).”

( Surah Al-Baqarah : 264 )

فاستبقوا الخيرات
( سورة البقرة : 148 )


Tafsirnya : “ Berlumba-lumbalah kamu melakukan kebajukan.”
( Surah Al-Baqarah : 148 )

Negara asal : Brunei darussalam

Badan yang mengisu fatwa : Jabatan mufti kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darulssalam
Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned
Tarikh Diisu : 2000


Nota: Fatwa mufti kerajaan Brunei 2000

Penyediaan Sate Tanpa Membersihkan Darah Terlebih Dahulu Dan Cara Membersihkan Daging

Soalan:

Apakah pandangan Pehin mengenai penyediaan sate yang mana kebanyakan para peniaga tidak mencuci dengan sempurma daging atau ayam (kononnya untuk mengekalkan keenakan sate tersebut) setelah itu dipanggang (dibakar) sebelum dihidangkan atau dijual dan bagaimanakah cara membersihkan daging ayam dan sebagainya sebelum dimasak mengikut kehendak syara'?

Jawapan:

Apabila binatang halal disembelih, kemudian segala najis yang ada padanya, seperti tahi dibuang, lalu daging dan tulangnya dilapah dan terus dimasak (sama ada dibakar, disup, direndang) tanpa terlebih dahulu dijirus atau dibasuh dengan air, sedangkan kesan-kesan darah masih terdapat pada tulang dan dagingnya dan ketika dimasak masih mengeluarkan buih berwarna kuning darah, maka daging atau tulang itu adalah halal dimakan kerana baki darah yang tinggal pada daging atau tulangnya itu adalah dimaafkan.

Pengarang Fath AI-' Allam berkat:

وعن الدم الباقى على اللحم حتى لوطبخ وصار الماء متغيرا به لا يضر على المعتمد


Ertinya: "Berhubung dengan darah yang masih berbaki (tinggal) pada daging, sehinggakan jika dimasak air (memasaknya) berubah disebabkan darah itu, tidaklah ianya memudaratkan (tidak mengapa) mengikut pendapat yang muktamad. " (Fath AI-'Allam 1/513)

Pengarang Nihayah AI-Zain fi Irsyad AI-Mubtadi'in, syarah kepada kitab Qurrah AI-'Ain bi Muhimmat AI-Din berkata:

وأما الدم الباقى على اللحم وعظامه وعروقه من المذكاة فنجس معفو عنه وذلك إذا لم يختلط بشىء كما لو ذبحت شاة وقطع لحمها فبقى عليه أثر من الدم وإن تلون المرق بلونه، بخلاف ما لو اختلط بغيره كالماء كما يفعل فى البقر الذى تذبح فى المحل المعد لذبحها من صب الماء عليها لإزالة الدم عنها فإن الباقى من الدم على اللحم بعد صب المآء عليه لا يعفى عنه وإن قل لإختلاطه بأجنبى، ولو شك فى الإختلاط وعدمه لم يضر لأن الأصل الطهارة.

Ertinya: "Adapun darah binatang yang disembelih (mengikut syara ') yang masih tinggal pada daging dan tulangnya, serta yang keluar sebagai buih (ketika dimasak), adalah najis yang dimaafkan, iaitu apabila darah itu belurn bercampur dengan sesuatu yang lain, misalnya jika seekor kambing disembelih, kemudian dipotong-potong dagingnya tetapi kesan-kesan darah masih terdapat padanya, dan jika sekalipun supnya (ketika dimasak) berbuih berwarna darah.

Tetapi sekiranya darah berkenaan sudah bercampur dengan sesuatu yang lain, seperti air, sebagaimana yang dilakukan kepada sapi yang disembelih di tempat sembelihan khas, dengan menuangkan air kepadanya bagi tujuan menghilangkan darahnya, maka bald darah yang ada pada daging itu selepas menyimbahkan air itu ke atasnya tidak dimaafkan walaupun darah itu sedikit kerana ia sudah bercampur dengan sesuatu yang lain.

Jika timbul keraguan adakah darah daging itu sudah pernah bercampur dengan sesuatu yang lain atau belum, maka keraguan itu tidak memberi kesan (yakni darah yang masih terdapat pada daging itu adalah dimaafkan kerana asal daging itu adalah halal. "(Nihayah AI-Zain h. 40).

وعن عائشة رضى الله عنها قالت: كنا نأكل اللحم والدم خطوط على القدر.

Maksudnya: "Daripada 'Aisyah Radhiallahu 'anha, katanya: "Adalah kami memakan daging, sedangkan darah (daging itu meninggalkan kesan) garis-garis pada periuk." (Fiqh Al-Sunnah 1/25).

Diriwayatkan juga daripada 'Aisyah Radhiallahu 'anha dengan lafaz lain yang antara lain menerangkan bahawa semasa memasak daging di dalam periuk, buih kuning daripada darah daging itu naik ke permukaan periuk dan setelah masak, Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam turut memakannya dan tidak menegahnya daripada dimakan. (I'anah AI-Thalibin 1/83)

Mengikut keterangan di atas, walaupun daging atau tulang itu tidak pemah dibasuh semenjak daripada disembelih sampai dilapah, sehinggalah dimasak, adalah ianya halal. Jika ianya dibasuh sebelum dimasak, maka daging atau tulang yang sudah bercampur dengan air itu hendaklah dipastikan bahawa pada zahir yakni di sebelah luarnya itu tidak ada lagi darah walau sedikitpun.

Namun apabila melihat kepada amalan sebahagian penjual-penjual daging di pasar pada masa ini, bahawa daging yang hendak dijual itu kadang-kadang diletakkan terlebih dahulu di atas meja yang sedia ada darah di situ, sarna ada darah binatang yang sama atau darah binatang yang lainnya.

Perbuatan ini menyebabkan darah itu akan terkena kepada daging yang baru diletakkan itu. Yang demikian, darah yang baru melekat pada daging itu telah menyebabkan daging berkenaan menjadi najis.

Oleh yang demikian daging yang seperti ini tidak boleh terns dimasak tanpa dibersihkan terlebih dahulu.Jadi sekiranya daging (seperti sate) itu tidak pemah dibasuh semenjak daripada awal sembelihan dan padanya hanya tinggal bekas-bekas darahnya yang asal, bukan baru rnendatang, kemudian terus ianya dibakar atau direbus maka ianya halal dimakan. Akan tetapi jika ianya telah dibasuh bagi tujuan menanggalkan atau membuang kesan-kesan darah yang masih ada padanya, atau darah lain yang bercampur, atau hendak menanggalkan pasir-pasir yang melekat dan sebagainya sebelurn dimasak, maka hendaklah dipastikan kesemua darah itu hilang supaya ia SUCl.

Pengarang Fath Al-'Allam berkata:إن لاقاة ماء لغسله أشترط زوال أو صافه
قبل وضعه فى القدر.

Ertinya: "Jika sekiranya darah berkenaan terkena air bagi tujuan menyucikannya, maka disyaratkan hiang sifat-sifatnya sebelum dimasukkan ke dalam periuk (untuk dimasak) "Sementara cara bagi membersihkan daging atau ayam yang terkena najis ialah dengan mencurah, menjirus atau menuangkan air yang suci ke atas daging atau daging ayam atau benda-benda yang kena najis itu sehingga najis itu hilang.

Adapun membersihkannya dengan cara mencelupkan daging atau daging ayam yang bernajis itu ke dalam air yang sedikit, seperti air dalam besen atau dalam periuk, walau dengan beberapa kali celup, maka cara mencelup-celup ini tidak memadai, hukumnya masih tidak suci juga.

Negara asal : Brunei darussalam
Negeri : Brunei
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned

Tarikh Diisu : 1998

Maksud Halal, Haram & Makruh Dari Segi Makanan

Soalan:

Apakah yang dimaksudkan dengan halal haram dan makruh dari segi makanan? Di dalam Al-Quran apakah barang-barang makanan halal haram dan makruh serta pandangannya.

Jawapan:

i) yang dimaksudkan haram di segi makanan itu ialah memakan makanan yang diharamkan oleh syarak' seperti makanan yang bernajis, bangkai, makanan beracun dan makanan-makanan yang mengandungi bahanbahan yang memabukkan dan menggangu kesihatan tubuh badan.

ii) Yang dimaksudkan halal dari segi makanan iaitu memakan makanan yang tidak diharamkan oleh syarak' di segi jenis pembuatan dan pengeluarannya.iii) Yang di maksudkan dengan makruh di makan iaitu makanan yang terlekat bau busuknya di mulut, pakaian dan tubuh badan, berdasarkan kepada ayat AI-Quran, suroh Baqarah. ayat 168.
يأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا ولا تتبعوا خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبين

Ertinya : Wahai manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi Allah ini, yang halal dan baik-baik. Janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang paling nyata. الحديث: إن الحلال بين وإن الحرام بين وبينهما أمور متشبهات...

Ertinya: Sesungguhnya halal itu terang dan haram juga terang. Di dalam halal dan haram itu ada perkara-perkara yang meragukan di antara kedua-duanya. Dengan yang demikian, semua manusia hendakJah memakan makanan yang ternyata halal dan meninggalkan makanan yang ternyata haramnya dan juga meninggalkan perkara-perkara yang meragukan di antara kedua-duanya.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Pulau Pinang
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Ugama Pulau Plnang
Penulis/Ulama : Dato’ Haji Hassan Bin Haji Ahmad ( Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
Tarikh Diisu : Jun 1985


Nota: Fatwa-Fatwa Yang Telah dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Pulau Pinang, Tahun 1961-1989

Bahan lemak binatang di dalam roti


Soalan:

Dengan hormat sukacita memaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Syaraiah melalui Unit kawalan Akidah dan Syariah telah menerima aduan berhubung masalah kontroversi dan keraguan masyarakat Islam di negara ini mengenai bahan campuran barang makanan keluaran sebuah kedai pembuat roti yang dikatakan mengandungi “ lemak binatang” yang masih diragui akan kehalalannya.

Berdasarkan analisa dan uji kaji yang dilakukan oleh Makmal Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan mendapati hasil keputusannya adalah positif iaitu sebahagian daripada bahan asal makanan keluaran kedai tersebut diperolehi daripada binatang.

Tetapi Makmal Perkhidmatan Saintifik berkenaan tidak dapat mengenal pasti dalam perkara-pekara berikut:

1. lemak dari binatang apa, dan

2. adakah binatang itu disembelih atau tidak.

Bagi mengatasi keraguan orang ramai mengenai masalah ini, maka Jabatan ini sukacita memohonkan kiranya pihak Jabatan tuan akan dapat memberikan nasihat dan fatwa sebagai panduan jabatan ini membuat langkah-langkah tertentu kepada pihak-pihak berkenaan dan seterusnya memberi keyakinan kepada orang ramai khususnya masyarakat Islam mengenai kedudukan bahan makanan berkenaan dan hukum memakannya.

Jawapan:

Kedai pembuat roti itu milik siapa?Jika milik orang islam, maka kita menaruh baik sangka bahawa orang-orang islam akan membuat barang-barang makanannya daripada bahan-bahan yang bersih,halal dan tidak najis.

Adapun anggapan zahir atau qarinnah-qarianah zahir bahawa lemak binatang itu merupakan yang halal dimakan adalah kerana sifat orang islam itu tiada menipu, tiada curang dan lain-lain lagi sifat orang islam itu tiada menipu, tiada curang adan lain-lain lagi sifat yang terhalang.Khusus dalam perniagaan pula Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam menyediakan etika yang jelas bagi pedagang-pedagang Islam di antaranya ancaman atau amaran hadits Rasulullah Shallallahu alaihi wassallam mengenai penipuan.من غش فليس منى

Maksudnya: Sesiapa yang menipu bukanlah daripada golongan saya.(Hadits riwayat Muslim)
Namun begitu kerana ada juga pedagang-pedagang Islam yang kurang mengerti tentang hukum hakam (jual beli),maka mereka itu juga tidak terlepas atau kadang-kadang terjebak kepada perkara-perkara yang haram, termasuk mencampurkan bahan-bahan tidak halal ke dalam adunan-adunan makanan yang diperniagakan atau seumpamanya.

Oleh kerana itu, dalam hal ini Syaidina Umar Ibnu Al-Khattab sampai berkata: “ Tidak boleh menjual atau membeli di pasar, melainkan orang itu telah terlebih dahulu mengetahui hukum jual beli yang ditentukan oleh ilmu fiqh.Sesiapa yang tidak memenuhi syarat ini, dikhuatiri akan memakan riba sedangkan dia tidak mengetahuinya.

Tentang peniaga-peniaga atau pedagang-pedagang di akhir zaman yang tidak menghiraukan soal halal haram ini, ada disebut oleh Baginda Rasulullah Shalallahu alaihi wassalam:يأتى على الناس زمان لا يبالى المرء ما أخذ منه، أمن الحلال، أم من الحرام، لا يجاب لهم دعوة

Maksudnya: “ Akan datang kepada manusia suatu zaman, bahawa seseorang yang diambilnya itu daripada yang halal atau yang diambilnya itu dari yang haram.Tiadalah dimakbulkan (diterima) permohonan (doa) mereka. ( Hadits riwayat Bukhari dan Muslim) Jika kedai pembuat roti itu bukan kepunyaan atau milik orang Islam pula, maka pembeli-pembeli atau pengguna-pengguna Islam hendaklah mengetahui bahawa orang-orang bukan islam itu tiadalah mengerti dan faham apa itu halal dan haram dan apa itu najis.

Kebersihan (hygien) belumlah cukup untuk memberi gambaran bahawa sesuatu makanan itu boleh di makan oleh orang islam.Sementara dalam perkara binatang dan campuran daripada lemak binatang memerlukan kepada kepastian dan keyakinan adakah binatang itu disembelih menurut syara’ atau sebaliknya.

Ini adalah menurut kaedah fiqh:الأصل فى الميتات النجاسة

Ertinya: Asal bangkai itu najis.

Jelasnya bangkai binatang yang halal dimakan seperti burung, ayam, itik, dan seumpamanya itu apabila telah nyata dan diyakini disembelih mengikut syara’ maka barulah ia halal dimakan.Jika ia atau lain-lain makanan itu masih samar-samar, meragukan atau syubahah, maka pimpinan agama mengatakan supaya dijauhi yang syubhah itu.

Di antara peringatan Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam ialah: من اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه.

Maksudnya: “ Barangsiapa memelihara (dirinya daripada) segala yang syubhah(kesamaran), sesungguhnya dia telah memelihara agamanya dan kehormatannya.(hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabdanya lagi:دع ما يريبك إلى ما لا يريبك

Maksudnya: Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada (ambillah) apa yang tidak meragukanmu.(Hadits riwayat Ahmad dan Nasa’I )

Jadinya apabila roti yang diperbuat oleh kedai roti lebih-lebih lagi jika ianya kepunyaan orang bukan islam dan telah dipastikan bercampur dengan bahan lemak haiwan yang tidak diketahui kehalalannya, maka roti itu adalah haram berdasarkan binatang yang halal dimakan pun adalah bangkai sehinggalah ia diyakini disembelih mengikut hukum syara’.

Hukum memakan yang halal adalah wajib sebagaimana firman Allah: يأيها الناس كلوا مما فى الأرض حللا طيبا.

Tafsirnya: “ Wahai manusia, makanlah sebahagian makanan yang ada dibumi ini, yang halal dan baik.(Surah Al-baqarah: 168).

Firman Allah lagi: يايها الذين ءأمنواكلوا من طيبت ما رزقنكم.

Tafsirnya: “ Wahai orang-orang yang beriman makanlah kamu daripada yang baik-baik (halal) apa yang telah kami kurniakan untuk kamu.(Surah Al-Baqarah: 172)

Memakan lemak daripada binatang yang tidak jelas sembelihannya itu sama dengan memakan bangkai.

Sedang memakan bangkai itu haram, sebagaimana firman Allah:حرمت عليكم الميته

Tafsirnya: “ Diharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai.(Surah Al-Maidah : 3)

Sebenarnya persoalan roti apabila telah didapati atau diketahui mengandungi bahan yang tidak halal atau meragukan seperti lemak binatang, maka sebagai langkah awal dan serta merta ialah memberhentikan pemasarannya supaya pengguna-penggunanya yang juga terdiri daripada orang-orang islam tidak akan membeli atau memakannya.

Tindakan ini diambil sehinggalah ada langkah lain bagi pihak-pihak yang menangganinya membetulkan supaya roti keluaran kedai berkenaan atau lain-lain keldai menjadi bersih daripada sebarang bahan yang meragukan itu.Mengenai makan minum yang halal, telah ramai ulama memperkatakannya dari dahulu hingga sekarang dengan berbagai-bagai pendekatan dan cara.

Perkara ini ditekankan peri memandang wajibnya menjaga makan minum yang halal kerana ia ada hubungan dengan ibadat dan akhirat orang islam.Di bawah ini kita petik sedikit nasihat oleh Al-Syeikh Al-Islam Al-Hujjah Al-Imam Al-Syyaid Abdullah bin Alwi Al-Hadad Al-Hadhramiyyi Al-Syafie’ dalam bukunya Al-Nashahih Al-Diniyyah wa Al-Washaya Al-Imaniyyah menyebutkan kepentingan memakan yang halal dan bahaya memakan yang najis katanya:“Kemudian hendaklah kamu mengetahui, moga-moga Allah merahmati kamu, bahawasanya memakan yang halal itu akan menambah cahaya pada hati serta melembutkannya.

Selain itu ia akan menimbulkan kegentaran dan kekhusyukan terhadap kebesaran Allah Taala, mencergaskan seluruhan anggota badan, untuk beribadat dan membuat taat, zuhud terhadap dunia dan suka terhadap hari-hari akhirat.

Semua sifat-sifat yang tersebut tadi akan menjadi sebab utama pada terkabulkannya amalan salih dan diterimanya doa.Rasulullah Shalallahu alaihi wassala,pernah berkata kepada Saad bin Abu Waqas Radhiallahu anhu: أطب طعمتك تستجب دعوتك

Maksudnya: “ Bersihkan (pastikan halal dan bersih) makananmu,nescaya doamu dikabulkan.Adapun orang yang memakan haram atau yang syubhah, maka ia akan berada jauh daripada segala kebajikan kerana makanan yang haram atau yang syubhah itu akan mengeras dan menggelapkan hati, mengekang seluruh aggota badan daripada beribadat dan bertaat dan menjadikannya sentiasa mencintai dunia.

Semua perkara ini adalah menyebabkan tidak termakbulnya amalan dan doa.Bahaya memakan yang haram itu tertolaknya doa, sabda Baginda Shallallahu alaihi wassalam: ...ثم ذكر الرجليطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه إلى السماء يا رب يا رب ! ومطعمه حرام ومشربه حرام وملبسه حرام وغذي بالحرام فأنى يستجاب له؟

Maksudnya:“ ………Kemudian Baginda menyebutkan pula tentang seorang yang jauh perjalannya sedang rambutnya kusut masai, berdebu mukanya (kerana pelayaran yang begitu jauh). Ia mengangkat kedua belah tangannya arah ke langit, seraya berdoa: Ya Tuhanku! Ya Tuahnku! Padahal makanannya daripada yang haram, dan minumannya daripada yang haram, dan pakaiannya juga daripada yang haram, malah (perutnya) telah diisikan dengan makanan yang haram, bagaimanakah akan dikabulkan doanya?(Hadits riwayat Muslim)

Di antara bahaya makanan yang haram itu lagi, sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam:لا يدخل الجنة لحم نبت من سحت النار أولى به.

Maksudnya: “ Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram, api neraka lebih baik baginya”.(Hadits riwayat Ahmad bin Hanbal)Daripada nasihat ini, hendaklah kiranya orang-oarang Islam dan kerajaan Islam tahu apa yang mesti mereka lakukan untuk menyelamatkan orang Islam daripada terkena musibah atau bahaya-bahaya seperti yang diterangkan oleh Al-Quran sendiri, Nabi kita, Sayyidina Muhammad Shallallahu alaihi wassalam dan ulama-ulama Islam.

Negara asal : Brunei darussalam
Negeri : Brunei
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Abdul Aziz bin Juned

Tarikh Diisu : 1997  

Monday, August 12, 2013

MAKSUD DAKWAAN ATAS NAMA AGAMA

Soalan; Boleh tak ustaz beri contoh dakwaan yang dibuat atas nama agama? Saya kurang jelas..
(*Pertanyaan merujuk kepada jawapan; “
LARANGAN HARI SELASA”)

Jawapan;

1. Kayu kokka; dakwaan bahawa ia adalah kayu tongkat Nabi Musa, Kapal Nabi Nuh dan sebagainya yang ada kaitan dengan agama, dakwaan tersebut wajib disandarkan kepada nas-nas agama (al-Quran atau as-Sunnah). Jika tidak, orang yang mendakwanya adalah berdusta. Adapun khasiat atau kelebihannyanya, jika didakwa berdasarkan pengalaman atau bukti saintifik, terserah kepada kita untuk mempercayainya atau tidak bergantung kepada sejauhmana keyakinan kita kepada pengalaman dan kepakaran orang yang mendakwa khasiat dan kelebihan tersebut. Adapun jika khasiat atau kelebihannya didakwa atas dasar agama (seperti ia boleh mengusir jin, menjadi pendinding diri dan sebagainya), wajiblah orang yang mendakwa mendatangkan nas-nas yang soheh dari al-Quran atau as-Sunnah untuk membenarkan dakwaannya.

2. Herba-herba dan makanan tertentu; jika khasiatnya didakwa berdasarkan pengalaman atau kajian, terserah kepada kita untuk mempercayainya atau tidak, bergantung kepada keyakinan kita kepada orang yang mendakwanya. Namun jika didakwa atas dasar agama, wajiblah orang yang mendakwanya mendatangkan nas-nas al-Quran atau as-Sunnah. Contohnya; habbatus-sauda’, madu lebah, kam-ah dan kurma ‘ajwah (*sekadar menyebut beberapa contoh). Herba-herba atau makanan ini harus kita dakwa khasiatnya atas nama agama kerana sememangnya terdapat nas-nas dari al-Quran dan as-Sunnah yang menyebutnya. Oleh kerana herba-herba dan makanan ini telah masyhur diketahui kewujudannya dalam al-Quran dan as-Sunnah, tidak perlulah lagi kita meminta nas dari orang yang mendakwa khasiatnya (yang disebut dalam nas). Namun herba-herba lain yang jarang kita dengar, hendaklah kita meminta dibawakan nas jika ada orang mendakwa khasiatnya atas nama agama.

Selalu juga kita mendengar larangan mencampur susu dan ikan. Larangan ini jika dibuat atas dasar pengalaman atau kajian saintifik, terserah kepada kita untuk menerimanya atau tidak mengikut pertimbangan akal kita. Namun jika didakwa larangan itu adalah larangan agama, wajiblah orang yang mendakwa membawa nas dari al-Quran atau as-Sunnah.

4. Tanda-tanda sebelum kematian; 100 hari sebelum mati, 40 hari sebelum mati dan sebagainya; jika dakwaan tentang tanda-tanda itu berdasarkan pengalaman atau penilitian, terserah kepada kita untuk mempercayainya atau tidak bergantung kepada keyakinan kita kepada orang yang mendakwa itu. Namun jika dakwaan itu dibuat atas nama agama, tidak harus kita mempercayainya melainkan orang yang mendakwanya membawa hujah-hujah al-Quran atau as-Sunnah/al-Hadis. (Sila baca lebih lanjut; TANDA-TANDA KEMATIAN)

Sumber ilmu yang diakui di dalam Islam ada empat;
1. Melalui pancaindera
2. Melalui aqal
3. Melalui Wahyu; iaitu al-Quran dan as-Sunnah
4. Melalui pancaran rohani


Bagi ilmu tentang agama (ad-Din), sumber yang muktamad ialah wahyu (al-Quran dan as-Sunnah). Sumber-sumber lain (iaitu pancaindera, aqal dan pancaran rohani) dilihat dari sudut agama fungsinya hanyalah sebagai alat untuk memahami agama, menganalisis nas-nasnya, mengistinbat hukum-hakam darinya, mengkaji hikmah-hikmahnya dan mengatur perlaksaan dan penerapannya. Sumber-sumber lain itu tidak harus untuk menambah agama kerana agama telah lengkap dan sempurna. Nabi dalam sabdanya telah memperingatkan; “Sesiapa mereka-reka dalam urusan kami ini (yakni urusan agama) apa-apa yang bukan darinya, maka ia adalah tertolak" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Saidatina ‘Aisyah).

Umat Islam ialah umat yang diajar oleh Allah dan Rasulnya untuk sentiasa mementingkan dalil dan hujjah. Ketika berdepan dengan orang-orang kafir, Allah berkata kepada Nabi Muhammad (bermaksud); “Katakanlah (wahai Muhammad) (kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani): ‘Bawalah hujah-hujah yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar’” (Surah al-Baqarah, ayat 111. Ayat seumpamanya diulang oleh Allah beberapa kali dalam al-Quran; surah al-Anbiya’ 9ayat 24), surah an-Naml (ayat 64), surah al-Qasas (ayat 75)).

Dalam surah al-Isra’, Allah berfirman (bermaksud); “Dan janganlah engkau berkata (atau mengikut) apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya” (ayat 36). Imam Qatadah ketika mengulas ayat ini beliau menegaskan; “Jangan kamu berkata; ‘Aku telah melihat’, padahal kamu tidakpun melihatnya. Atau kamu berkata; ‘Aku telah mendengarnya’, padahal kamu tidakpun mendengarnya. Atau kamu mendakwa; ‘Aku mengetahuinya’, padahal kamu tidakpun mengetahuinya”. Menurut Imam Ibnu Kathir; Apa yang dapat disimpulkan dari ulasan-ulasan para ahli tafsir berkenaan ayat ini ialah; Tegahan Allah dari berkata tanpa ilmu atau dengan semata-mata sangkaan yang bersifat waham dan khayalan sebagaimana firmanNya dalam ayat yang lain (bermaksud); “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa” (Surah al-Hujuraat, ayat 12) dan sabda RasulNya dalam hadis; “Jauhilah kamu dari sangkaan, kerana sesungguhnya sangkaan ialah sedusta-dusta ungkapan” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah). (Rujuk; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Isra’, ayat 36).

Dalam disiplin ilmu Islam, para ulamak mengajar kita kaedah; “Jika kamu menaqal (yakni memindahkan ucapan orang lain), wajib ke atas kamu membuat kepastian (benar atau tidak ucapan itu darinya). Dan jika kamu mendakwa, wajib ke atas kamu membawa dalil/bukti”.

Dengan mematuhi arahan Allah dan Rasul di atas dan melaksanakan disiplin ilmu yang diberikan ulamak itu, kita dapat menjaga pengamalan agama kita dari diserapi kepalsuan dan dapat menjaga akal dan fikiran kita dari khufarat, tahayul dan segala jenis kepercayaan yang karut-marut.

(Untuk tambahan, sila baca di laman AL-QALAM tulisan bertajuk “
PERSOALAN GHAIB; Bagaimana sikap kita?”)

Wallahu a’lam.

Oleh: Ust. Adnan Fadhil

Cakra Alam, Korea Dan Magis


power letrik ?
Info yang paling menarik adalah paparan youtube, rakaman dari rancangan khas siaran stesyen television Korea.
Ia jelas memperlecehkan dan menelanjangkan ‘kehebatan' ketua pusat perubatan tersebut.
Apapun, saya masih ragu-ragu kepada kedua-dua pihak. Masih menanti laporan dari siaran 360 oleh stesyen tv Malaysia yang dikatakan pergi menemuramah sendiri tuan punya Pusat Perubatan.
Namun setelah melihat sedutan ringkas temuramah ini. Tiada jawapan konkrit diberikan oleh pengamal berkenaan;
Saksikan
BAGI STESYEN TV KOREA
Saya ragu dan masih tidak mampu memberikan sebarang kata putus untuk kebenaran apa yang ditayang oleh stesyen KOREA itu, Ini kerana terdapat kemungkinan petikan video kaki angkat turun dan kasut yang di scanned itu adalah kaki orang lain dan kasut orang lain. Tiada sebarang bukti bahawa kasut yang di scanned adalah kasut yang dipakai oleh ‘sang ustaz' Tiada bukti juga, gambar video kaki bergerak adalah kaki sang ustaz semasa pertunjukan dilakukan. Namun tidak dapat disangkal, pertunjukkan oleh tetamu stesyen TV itu agak menyakinkan, kemampuannya membakar kertas dan hilang, menghidup lampu dan lain-lain teknik biasa sang pengamal, mampu dilakukannya dengan mudah.
Inilah yang menyebabkan ramai penonton video stesyen TV akan mempercayai penipuan TELAH BERLAKU. Saya juga tanpa dinafikan, agak terpengaruh dengan info yang dipapar oleh stesyen TV ini. Sebagaimana juga ramai yang lain. Namun, paparan video juga boleh ditokok tambah dengan cammera trick !
Berikut adalah videonya :-
Pertama

http://uk.youtube.com/watch?v=p9hgWWQC3e0
Kedua

http://uk.youtube.com/watch?v=9pBe2_tbPUE 
BAGI SANG PENGAMAL
Saya tidak pernah mengkaji berkenaan ajarannya dan cara perubatannya, lalu saya tidak berkelayakan untuk menentukan kesohihan caranya atau tidak.
Ada pihak yang berusaha mempertahankan pengamal dan pusat ini dengan memaparkan video ‘sang ustaz' sedang mengubat menggunakan lampu tanpa berkasut.
"Nah kali ini mungkin benar-benar tidak ada penipuan lagi" Mungkin itu harapan pihak pusat perubatan Cakra Alam.
Namun tidak semudah itu untuk membawa keyakinan, ini kerana tanpa kasut dengan mudah sahaja cara lain digunakan untuk menghidup dan mematikan lampu.
Saya BELUM mahu menuduh penipuan dibuat oleh ‘ustaz' tersebut, namun ingin melihat jika dia merasakan stesyen TV itu telah menghinanya dan menjatuhkannya tanpa sebenar, kita menunggu dia menyaman stesyen tersebut. Jika boleh.
KESIMPULAN
Tidak dapat kita nafikan, terdapat individu yang diberi kelebihan oleh Allah untuk mengubat ( dengan izin Allah) melalui cara-cara yang unik dan luar biasa. Yang penting wajib kita pastikan tiada sebarang unsur syirik, tangkal, pemujaan, jampi mantera pelik-pelik yang dibaca.
Kita juga sedar, bahawa Jin dan Syaitan boleh digunakan untuk tujuan mewujudkan keadaan luar biasa. Justeru pemantauan cara dan amalan mana-mana pengubat tradisional adalah AMAT PENTING.
Sekali lagi saya amat-amat berharap pembaca dapat membaca dan menyebarkan panduan yang pernah saya tulis sebelum ini berkait hal penyelewengan aqidah dan kepercayaan yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita.
Buka artikel ini UMAT ISLAM DALAM BAHAYA AQIDAH
JIka benarlah penipuan memang berlaku, ingin saya nasihatkan umat Islam di Malaysia khususnya agar menjadi lebih prihatin dengan kepelbagaian penipuan dalam hal yang boleh melibatkan aqidah. Selain penipuan yang berkait dengan penipuan wang dan harta serta maruah.
JAKIM pula memberikan fatwa yang mengelirukan ( kemungkinan besar kesilapan typo sehingga tidak dapat difahami ertinya) di dalam web soal jawab agama berkenaan Cakra Alam
Jawapan JAKIM (dipetik dari web JAKIM pada 26 Nov 2008, mungkin akan berlaku sebarang perubahan selepas ini)
Menggunakan perubatan secara cakera alam adalah dilarang kerana ia mengandungi ciri-ciri ajaran Islam ( sumber )
Adalah boleh difahami jawapan itu ?????




Sebagai ingatan semula. Rasulullah s.a.w. bersabda :
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا
Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :
مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Sohih menurut Albani ; Muntaqa , 2/791 )


Akhirnya, pihak disarankan lebih aktif memantau kewujudan pusat-pusat perubatan tradisional, begitu banyak jenis perbuatan yang belum diputuskan hukumnya oleh Majlis Fatwa antaranya seperti bomoh tulang yang mengurut dari jauh, mengubat dengan aura dan macam-macam lagi.
Jika benar, penipuan dilakukan, setiap sen yang diperolehinya adalah haram di sisi Islam. Malah lebih bahaya jika kesan kerosakan aqidah pula berlaku kepada para peserta.
CUKUPLAH...
Bagi para ustaz, cukup-cukuplah dengan aktiviti pelik sebegini. Nama dan gelaran 'ustaz' semakin hari semakin busuk akibat hal-hal penipuan.
Sebelum ini kita dikejutkan dengan ustaz-ustaz yang kemaruk skim cepat kaya..tiba-tiba diharamkan, semua hilang.
Kemudian ustaz yang kemaruk skim piramid.
Kemudian ustaz yang jadi bomoh dan akhirnya ditangkap cabul, rogol pesakit dan lain-lain.
Kemudian ada ustaz yang ditangkap rasuah.
Ada ustaz pula yang sibuk dengan bisnes kayu kokka, serta menjaja khasiat ghaib kayu tersebut, menggunakan namanya untuk mempengrauhi pembeli.
Saya teringat bertanya kepada seorang doktor di Ireland,
"adakah para doktor boleh terlibat dengan bisnes ubat?"
"boleh memang boleh tetapi dianggap tidak beretika" jawabnya
Jika demikian, bagaimana pula dengan ustaz ? Fikirkan bersama... dan saya tidak terkecuali. Jual buku tulisan sendiri tu lain le...itu penyebaran ilmu.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
26 Nov 2008







TV Korea dedah penipuan 'bomoh' dalam YouTube

Oleh WAN SYAMSUL AMLY

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Tahukah anda telur yang digunakan oleh seorang pengamal perubatan tradisional di negara ini sebenarnya sudah menjalani beberapa kaedah saintifik yang mengubah isi kandungannya.

Ia didedahkan oleh sebuah rancangan televisyen di Korea yang mendakwa kaedah perubatan yang digunakan pengamal perubatan tradisional itu hanyalah permainan sains dan ia boleh dijawab menerusi eksperimen yang membuktikan penipuan itu.

Sebuah rancangan daripada Korean TV Channel yang dipaparkan dalam laman YouTube menunjukkan beberapa eksperimen sains dapat mendedahkan taktik penipuan pengamal perubatan tradisional terbabit.

Pengamal perubatan yang berstatus 'ustaz' itu menggunakan telur sebagai kaedah perubatannya.

Telur itu dilurut pada badan pesakit atau mana-mana bahagian yang dikatakan sakit dan didakwa boleh menyerap 'racun.'

Pengamal perubatan terbabit kemudiannya membaca 'mantera' dan selepas itu memecahkan telur tersebut.

Kemudiannya mimik muka pengamal perubatan itu terus berubah selepas memecahkan telur itu apabila mendapati warna telur itu berubah seolah-olah terdapat darah di dalamnya.

Dengan nada selamba dan penuh keyakinan, pengamal perubatan tersebut kemudiannya mendakwa pesakit berkenaan telah diubati dan 'racun' yang tersimpan dalam badan 'mangsa' telah 'dikeluarkan' menerusi telur itu.

Bagaimanapun berdasarkan rancangan dalam 'Korean TV Channel' itu membuktikan telur itu sebenarnya sudah melalui beberapa proses sains yang menyebabkan terdapat cecair merah di dalamnya.

Kelihatan agak pelik tetapi tiada apa yang mustahil dalam sains, dengan kaedah tertentu kandungan telur itu boleh ditukar warnanya.

Beberapa lagi 'penipuan' yang dikesan dan didedahkan menerusi rancangan dari Korea itu ialah pengamal perubatan tersebut menyalakan lampu kalimantang dan alat penguji arus elektrik (test pen) menyala apabila diletakkan pada tangan atau dahinya.

Rancangan itu membuktikan penipuan pengamal perubatan terbabit apabila salah seorang krew penerbitan meminta pengamal perubatan itu membuka kasut dan memberi lampu lain untuk dinyalakan, beliau gagal melakukannya.

Selain itu, telur yang didakwa boleh menyerap racun tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila dipecahkan setelah ditukarkan dengan telur lain.

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman